Selamat pagi kepada semua pembaca laman blog PISMP Pengajian Sosial. Sebentar tadi penulis baru sahaja membaca e-mail yang dihantar dari Grup_PM oleh En. Mohd. Isa. Penuis amat tertarik dengan topik yang dibincangkan dan ingin berkongsi bersama dengan pembaca semua. Ikutilah perkongsian ilmu ini dengan memberi komen yang membina anda dalam ruang ulasan.
Sebentar tadi Cikgu Fazida Daud menghantar mesej kepada e-grup kami. Beliau meminta kami menyebarluaskan mesejnya. Saya menyampaikan dua sari mesejnya itu, diikuti dengan ulasan ringkas.
1. Akum Bukan Salam
Cikgu Fazida menyatakan, akum bukan singkatan assalamualaikum. Menurutnya, akum ialah singkatan Ave Kokhavim U Mazzalot dalam bahasa Ibrani. Maksud ungkapan ini dan singkatannya ialah "hamba binatang dan orang-orang yang sesat". Orang Yahudi menggunakan ungkapan ini sebagai gelaran untuk orang bukan Yahudi.
Jikalau kita berasa perkataan assalamualaikum itu panjang untuk digunakan dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), gunakan perkataan salam sahaja dan bukannya akum.
2. Kirim Salam Assalamualaikum
Cikgu Fazida menyatakan, untuk berkirim salam, kita hendaklah menggunakan ungkapan "kirim salam assalamualaikum" dan bukannya "kirim salam sahaja". Beliau mengingatkan kita agar jangan sekali-kali menggunakan ungkapan gurauan seperti "kirim salam maut".
Ulasan
1.Perkara pertama sudah menjadi mesej e-grup sejak beberapa lama dahulu. Namun masih ada pengguna bahasa Melayu yang menggunakan perkataan akum dalam komunikasi e-mel, e-grup dan blog. Oleh itu, mesej ini perlu kita sebar luaskan.
2.Ungkapan "kirim salam dengan ucapan assalamualaikum" menjadi amalan beberapa orang rakan saya. Sayangnya, saya belum membiasakan diri dengan amalan itu. Kini saya memikirkan perkara ini kembali.
Antara yang saya fikirkan ialah, ungkapan "kirim salam" bersifat umum dan dapat ditujukan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama. Ungkapan ""kirim salam dengan ucapan assalamualaikum" pula bersifat khusus dan perlu mematuhi panduan memberi dan menjawab salam berdasarkan agama Islam. Perkara ini ada saya sentuh dalam masukan "Ucapan Salam – Salam Berbasaan" dan "Ucapan Salam – Salam Keagamaan".
Wallahuaklam.
Diambil sepenuhnya dari: Group_PM@yahoo.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan