31 Oktober 2010

Minggu Kokurikulum

18 - 22 Oktober 2010 persatuan gerko dan permainan kampus telah mengadakan satu program minggu kokurikulum yang bertempat di padang IPG Kampus Keningau. Antara permainan yang dipertandingkan termasuklah permainan Bola Tampar, Tenis, Hoki, Bola Jaring, Bola Baling dan Bola Sepak mini. Penduduk Salinatan juga tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan ini dengan menghantar penyertaan dalam permainan Bola Baling, Bola Tampar dan Tenis serta mendapat tempat ke-2 permainan Bola Tampar (Kolaborasi FC: Gabungan dengan kelas PML), Tempat ke-2 Tenis (Velerie Wheelervon Primus). Tahniah kepada semua pemenang. Tahun depan kita cuba lagi. 
Permainan Bola Jaring

Permainan Bola Baling

Permainan Bola Tampar. Kolaborasi FC.

Permainan Hoki
Permainan Tenis: Velerie Wheelervon Primus
Marilah kita sama-sama merealisasikan hasrat negara untuk melahirkan belia yang sihat, aktif dan prograsif. Majulah sukan untuk negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan perkembangan secara menyeluruh dari pelbagai aspek termasuklah Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS). Dalam gelanggang kita lawan, di luar kita kawan.

More photograph [klik

19 Oktober 2010

Jadual peperiksaan

Berlaku pindaan bagi jadual peperiksaan PISMP Ambilan Januari 2009. Jadual terbaru adalah seperti berikut:

10 Oktober 2010

Peperiksaan PISMP semester 4/2010

Tugasan semua sudah selesai, langkah semakin ke akhir semester ini. Tinggal lebih kurang 5 minggu lagi cuti semester akan bermula dan nampaknya peperiksaan akhir semester semakin dekat. Ini jadual peperiksaan kelas kita. Masa peperiksaan nanti kita rujuk dalam memo jadual peperiksaan ok. Semoga berjaya buat rakan-rakan semua. Sila rujuk laman ini untuk mendapatkan jadual penuh. 


Mengapai Impian

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia buat rakan-rakan semua. Saya sebagai admin blog ini ingin mengucapkan tahniah kepada penduduk Salinatan (PISMP Pengajian Sosial) dan PISMP Prasekolah ambian Januari 2009 kerana telah berjaya menganjurkan Kembara Sosial Program Anak Angkat Bina Insan Guru baru-baru ini. Saya juga mewakili seluruh penduduk Salinatan merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah memberikan sumbangan dari pelbagai aspek sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang kami menganjurkan program ini. Semoga segala bantuan yang diberikan akan diberkati oleh-Nya. Kepada pihak penganjur juga merangkap sebagai peserta program, jadikanlah segala ilmu baharu yang diperoleh sepanjang program ini sebagai pengajaran dan panduan pada masa akan datang. Laporan program perlu dihantar kepada pengerusi program En. Velerie Wheelervon Primus pada 11 Oktober 2010 (Isnin). 
PISMP Pengajian Sosial & PISMP Prasekolah 2010