Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan

11 Mei 2010

13 Mei

Kenang kembali 41 tahun yang lalu...
13 Mei 1969 merupakan satu peristiwa hitam yang tercoret dalam sejarah negara. Pada ketika itu, negara masih dalam usia yang muda dalam megenal erti kebebasan.


13 Mei 1969

Ketika berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 sememangnya saya belum lahir ke dunia, eyalah kalau dah lahir pun pada masa itu belum tentu dapat hidup dan kalaupun hidup tidak mungkin umurku boleh berpanjangan sampai sekarang. Peristiwa 13 Mei 1969 hanya dapat saya gambarkan dalam minda dan dapat merasakan derita kehidupan pada ketika itu melalui pembacaan dari sumber internet dan buku-buku sejarah. Melalui peristiwa hitam ini, pemimpin negara pada ketika itu telah membuka mata bahawa perpaduan merupakan aspek terpenting dalam membangunkan negara Malaysia yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum. Kesedaran inilah yang telah mengubah negara dan berjaya membentuk negara kearah negara sedang membangun kini.

Walaupun peperiksaan semakin dekat, entry ini bukannya untuk tujuan mengulangkaji pelajaran... (ini subjek tahun lepas lah). Sebabnya hari ini 11hb Mei 2010, besok 12 hb dan lusa 13 Mei 2010. Tarikh inilah yang telah membuatkan saya tergerak hati untuk buat entry ini. Kepada pembaca yang sudah melupakan sejarah negara... Baca dan kenang-kenangkanlah kembali sejarah negara yang telah berjaya mencorak negara kita sehingga kita mencapai hari ini.

Bak kata pepatah ~ Yesterday is history, today is reality and tomorrow is mystery

28 November 2009

UCAPAN KEPADA PISMK OUM


Ucapan khas ini ditujukan kepada PISMK-OUM, kakak-kakak dan abang-abang yang tengah bersedia untuk berkhidmat di dunia kerjaya sebagai guru.
Untuk pengetahuan umum (ada-ada jak) Pismk Oum merupakan senior kami yang paling senior dan banyak membantu saya dan rakan-rakan yang lain dari segi perkembangan JERIS (hahaha). Betulah tu, dalam kesempatan ini saya sebagai wakil dan bapa sementara salong ingin mengucapkan selamat maju jaya apabila tiba di sekolah yang telah ditetapkan.

Di sini saya juga ingin menyatakan rasa berterima kasih yang amat kepada bro-bro OUM dan sis-sis OUM.Disini saya ingin memberikan sedikit pesanan selaku pemerhati kepada perkembangan mereka-mereka ini heheheheh

>>>>>>>>>>>PESANAN POSTO<<<<<<<<<<<<

Mohd Alfizari Bin Abd Rahman- Tq bagi barang-barang wakaf tu :-) Mohamad Akmal Bin Mat Rodzee- Sorry abe Akmal, belum sempat nak record lagu kita tu :-( Musafarudin Bin Othman- kirimkan dia kekasih yang baik hati dan besar hati hehehe Aminn Muhammad Rosli Bin Yusoff-
Mahu buat pengakuan berani mati (abe , saye la paling last men gitar time malam 2 huhuhu) sory :-( Azfar Zhafran Bin Mohd Najib-Tahun depan saya ganti jual reload huhuhuh Abdullah Sanim Bin Jaapar- Tak sempat salam hari 2 Nasiruddin Bin Jafary- Paling fiest salam dengan dorang hari 2 Lee Lip Chaw- Basketball player

>>>> Pesanan Sekali GUS<<<<<<

Adriana Bt Muhamad Akhir Clarice John Mariam Bt Basir Marina Nicholas Masferanah Bt Marimin Norhayati Bt Abdul Latip Sanimah Bt Tali Santi Bt Pani Siti Hafizarina Bt Manju Zashima Bt Ahmad Sibi Zarina Bt Satar

>>>>>>>>SELAMAT MAJU JAYA DAN KAWIN CEPAT HAHAHHA<<<<<<<<<<


DENGAN BANGGANYA SAYA MEMPERSEMBAHKAN PRODUK-PRODUK IPGM KAMPUS KENINGAU YANG BAKAL DILANCARKAN PADA TAHUN 2010.

PRODUK INI BUKAN PRODUK KESIHATAN, PRODUK DIGITAL ATAUPUN PRODUK YANG BOLEH DI JUAL

PRODUK INI MERUPAKAN HASIL DARIPADA PERTAPAAN SELAMA 5 TAHUN DI IPGM

DENGAN ITU TANPA MEMBUANG MASA SAYA SAYA MEMPERSEMBAHKAN

PISMK-OUM 2010





20 November 2009

Salam buat semua

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia saya ucapkan kepda semua pembaca. Saya selau moderator kepada blog ini ingin mengucapkan tahniah kepada semua guru pelatih IPGM seluruh Malaysia terutamanya guru pelatih yang berada di IPGM Kampus Keningau khususnya opsyen PISMP Pengajian Sosial ambilan Januari 2009 kerana telah berjaya menyelesaikan semester ini dengan jayanya. Sepanjang semester ini banyak perkara yang telah kita lalui dan pelajari serta telah menjadi sebahagian daripada proses pendewasaan kita. Semua peristiwa pahit dan manis yang telah kita lalui marilah kita jadikan ia sebagai pengalaman dan panduan pada hari esok terutamanya apabila kita mendidik anak bangsa kelak.

Dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan selamat menjani KISSM kepada abang dan kakak PISMK-OUM Kajian Sosial ambilan Januari 2006. Kami amat menghargai segala bimbingan, perkongsian ilmu dan tunjuk ajar yang telah anda semua berikan kepada kami sepanjang kami bersama dengan anda semua. Semoga akan ditempatkan di sekolah pilihan masing-masing dan semoga kita berpeluang untuk bertemu semula. Manalah tahu pada tahun 2013 kami ditempatkan disekolah dimana anda semua berada. Apa yang pasti, kami akan merindui anda semua.


Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua rakan-rakan. Penuhlah cuti selama 6 minggu yang kita miliki ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Semasa balik ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya. Ingat orang tersayang. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan dengan semangat, harapan dan wajah yang lebih bersemangat dan ceria.

07 November 2009

Selamat Semua

Kepada rakan-rakan semua,
Selamat mengulangkaji pelajaran dan marilah kita menjawab semua soalan peperiksaan dengan sebaik mungkin. Semoga kita semua berjaya mengharungnya.

Selepas peperiksaan jangan lupa dengan aktiviti kita...
Saya sudah tidak sabar untuk berendam di Sungai Bunsit, Taman Bandukan.

Bergembira bersantai bersama semua... semoga semua yang dirancang dapat di jalankan.

24 Oktober 2009

TERKINI!!!

Keningau, Rabu, 21 Okt 2009 - Salah seorang daripada ahli bumi Salong En. Mohd. Zahiddin Madaile telah mengalami kecederaan di bahagian lutut kaki beliau semasa menyertai perlawanan futsal yang dianjurkan dalam Festival Sukan peringkat Kampus Keningau.

"Proses pemanasan badan (warm up) yang tidak dilakukan dengan sempurna antara punca saya mendapat kecederaan ini. Pertukaran jadual perlawanan yang mengejut membuatkan saya tidak sempat untuk melakukan aktiviti pemanasan dengan sempurna." En. Mohd. Zahiddin.

Menurut beliau lagi selama beliau terlibat dalam arena bola sepak sejak sekolah rendah, beliau tidak pernah mengalami sebarang kecederaan seperti yang dialaminya kini. Beliau menekankan bahawa aktiviti pemanasan badan merupakan proses yang paling penting sebarang menjalankan sebarang aktivi sukan dan rekreasi.

Dari meja terbitan berita bumi Salong mengharapkan agar beliau akan cepat sembuh, rajin-rajin makan ubat, jagalah keselamatan diri, berjalan perlahan-lahan dan jangan turun ke padang untuk bermain bola sekiranya belum sembuh sepenuhnya. Kepada kawan-kawan semua marilah kita doakan kesejahteraan semua penduduk bumi Salong.

En.Mohd Zahiddin kelihatan sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan daripada doktor yang bertugas.

23 Ogos 2009

Salam puasa

Dibulan yang mulia ini moderator ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan, para pensyarah IPGM Kampus Keningau dan semua pembaca yang budiman.