29 April 2010

Jadual peperiksaan 2010




Jadual Peperiksaan PISMP Pengajian Sosial Semester 3

25 April 2010

Jasamu dikenang

Sambutan Jubli Perak Kampus Keningau telapun berakhir dua hari yang lalu. Sepanjang sambutan ini, penduduk bumi Salinatan begitu sibuk dalam membantu menjayakan majlis ini. Buktinya, keseluruhan penduduk tersenarai dalam AJK yang begitu mecabar termasuklah AJK Jamuan, AJK Teknikal dan AJK Protokol. Tidak dilupakan juga dengan penglibatan penduduk bumi Salinatan dalam menganjurkan pertandingan permainan tradisional Terompah Gergasi. Pihak pengelola utama pertandingan turut merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama kita itu.

Penduduk juga tidak melepaskan peluang untuk mengaut keuntungan melalui gerai-gerai jualan yang dibuka khas sempena sambutan ini.


Dengan adanya majlis sebegini diharapkan dapat memberikan peluang kepada semua guru pelatih untuk belajar mengenai pengrusan dan pembentukan peribadi yang cemerlang.

19 April 2010

SELAMAT ULANG TAHUN


Sedar tak sedar
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Sabah
yang dahulunya maktab perguruan kini telah mencecah 25 tahun pada tahun ini...
Sepanjang 25 tahun ini, ramai tenaga pendidik yang telah berjaya dilahirkan bagi mendidik anak bangsa dan kita juga bakal menjadi salah seorang daripada mereka...

Selamat ulang tahun buat IPG Kampus Keningau