03 Januari 2012

Tahun 4 semester 7

Salam perpaduan, salam kerinduan, salam tahun baru dan salam 1Malaysia buat rakan-rakan semua. Nampaknya lama sudah ditinggalkan laman blog ni tidak di kemas kini. Maaf atas kesibukan yang melanda admin dan sekarang tibalah masanya admin mau buang sikit sarang laba-laba yang lama sudah melekat di blog ni (admin tengah menaip sambil pegang feathers duster) hehehehee... zzuuppp Zappp zuuuppp zaaappp... dah bersih sikit... 

Rasanya belum terlambat untuk admin ucapkan....
Happy New Year 2012
Admin mengharapkan agar tahun 2012 ni akan membawa kerajinan, kebahagian dan kejayaan buat semua... Tahun ni merupakan tahun Naga dalam zodiak Cina, mungkin kena latihan garang-garang tunjuk muka naga kat murid... tapi ingat, jangan buka mulut masa tunjuk muka naga tu... Takut pula nanti kalau tersembur api... habis hangus murid-murid tercinta kita nanti... heheheee... 


Tahun ni tahun akhir buat kita semua Budak Salinatan dan yang sewaktu dengannyya. Maksud admin yang sewaktu dengannya ialah PISMP yang berjenama "ambilan Januari 2009". Itu dia, ada ayat bahasa Melayu yang sempurna sikit di situ hehee~ Yuppp... memang tahun akhir tapi bukan semester akhir tau... ada 2 semester lagi dan banyak lagi yang perlu di selesaikan demi segenggam ijazah dan selautan ilmu di dadah... Waaaa... ayat emas... 

Apa-apa pun, semoga kita dapat tempuhi tahun-tahun akhir ini dengan cemerlang, gemilang dan terbilang... tembirang sikit-sikit boleh tapi jagan lebih-lebih wahahahaa... It's our final year... and also a senior year hehehee... Chooouuuu dulu.... SELAMAT BERKULIAH buat semua RAKAN IPG SELURUH MALAYSIA :)

05 November 2011

Rukun Negara Teras Perpaduan


Tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa penganjur; Kelab Rukun Negara (PISMP Pengajian Sosial ambilan Januari 2009) dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Keningau sesi 2011/2012 kerana telah menganjurkan Program Semarak Rukun Negara di peringkat IPG Kampus Keningau dan telah melaksanakan program ini dengan jayanya. 

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua yang telah melibatkan diri secara langsung atau secara tidak langsung sepanjang program ini dijalankan. Semua bentuk bantuan termasuklah buah fikiran, tenaga kerja, sokongan dan apa jua bentuk bantuan yang telah disumbangkan oleh anda semua amatlah dihargai dan di dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Tanpa sokongan dan penyertaan daripada anda semua program ini tidak mungkin dapat dijalankan seperti yang telah dirancang. Kami sebagai penganjur program ini sentiasa mendoakan agar budi baik tuan, puan, saudara dan saudari sentiasa diberkati oleh-Nya. 

Akhir kata daripada admin mewakili ahli jawatankuasa penganjur mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada rakan guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh Malaysia. Semoga Rukun Negara menjadi teras perpaduan kita semua. 

Salam perpaduan dan salam 1Malaysia. 

Semoga berjaya. 

31 Oktober 2011

Program Semarak Rukun Negara

Anjuran:
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
dengan kerjasama
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

JAWATANKUASA INDUK

Penaung
: Y. Bhg. Datuk Dr. Haili bin Dolhan (Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia)
: Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri.
: Puan Rujinah binti Miki (Pengarah IPG Kampus Keningau, Sabah)
: Encik Baharom bin Mohamad Noor (Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau, Sabah)

Penasihat 
: Encik Mazlan Ngah (Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar)
: Puan Hjh. Faridah Mariani bt. Johari (Ketua Jabatan Kaji Sosial)
: Encik Abdul Kadir Azis (Tutor PISMP Pengajian Sosial ambilan Januari 2009)

AHLI JAWATANKUASA KERJA
Penyelaras program                        
: Dimitri Elmer Gukor
  YDP Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Pengerusi
: Vivien Lodin
  Pengerusi Kelab Rukun Negara

Timbalan pengerusi 
: Mohd. Zahiddin Madaile

Setiausaha
Bernadette Fontaine Banagua

Pengacara majlis
: Adilah Saridih
: Rhodeon Rupert Laudi

Jamuan
: Nina Karina Naim (K)
: Norhayati Othman
: Hadi Shafien Bin Udin
: Noor Yuzawanah Bte Yunus
: Amodd Deal Tingadon
: Viona Taipoi

Dokumentasi
: Nurul Khairunie Mahtar (K)
: Nurfarhana Salline Salleh
: Meris anak Serang
: Azureen Binti Amjah
: Siti Fauzielah Binti Masri
: Hairil Faiz bin Noor Fuad
: Junichiro Iaan Maritus

Buku program & kad jemputan
: Chong Oi Lan (K)
:  Ledwina Ibar
:  Noor Atikah binti Halimin @ Solehin
:  Nor Atikah Binti Tarikon
:  Mcelly Lorience

Kehadiran
: Noorazila Azmin (K)
: Nur Aznah Weeltha
: Mohd. Khairullah Bin Mohd. Marzidi
: Jerome Law Sheng Yi 
: Esterinah Gintulu

Peralatan
: Nurafiqah Idris (K)
: Siti Noor Ain Jemin
: Daisy Anak Gujang
: Roylester Abiddin 
: Calventino Akim

Persembahan
: Anggie Anjis (K)
: Velerie Wheelervon Primus
: Chong Oi Lan
: Winnie Mailin
: Flora Gubin
: Tham Siew Gie
: Al Hithir Bin Francis

Cenderahati
: Lyediana Sopital (K)
: Shirley Peter Kating

P.A Sistem
: Mohd Hasifi Hartono Kamis (K)
: Mohd Firhan Asilin
: Roselind Ucha anak Jubong
: Emiline Aren Anak Kuet
: Mohd Firdaus bin Addinin
: Mohd. Syafiq Bin Junaidi

Tapak penanaman Bunga Raya 
: Vivien Lodin (K)
: Mohd Zahiddin Madaile
: Bernadette Fontaine Banagua

Hiasan & susun atur dewan 
: PISMP Pengajian Sosial ambilan Januari 2010
: Datu Muhamad. Nazib B. Datu Kasim
: Alvin Agustine
: Andy Jutaim

Kek Bunga Raya
: Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012




Tentatif Program Rukun Negara

07.30 a.m        : Ketibaan guru pelatih
07.45 a.m        : Ketibaan pensyarah
07.55 a.m        : Ketibaan Pengarah IPG Kampus Keningau
08.00 a.m        : Nyanyian lagu Negaraku
                       : Nyanyian lagu 1 Malaysia
                       : Bacaan Doa
                       : Melafaz Rukun Negara
                       : Taklimat oleh En Ibrahim Hj. Wahab
                       : Persembahan sajak
                       : Persembahan nyanyian lagu patriotik  
                       : Ucapan alu-aluan daripada wakil pelajar oleh
                         Dimitri Elmer Gukor, YDP Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
                        : Ucapan perasmian penutupan oleh Puan Rujinah Miki,         
                          Pengarah IPG Kampus Keningau
                        : Imbasan 2011
                        : Persembahan koir
                        : Persembahan tarian 1 Malaysia
                        : Penyampaian cenderahati
                        : Acara memotong kek Bunga Raya
                        : Penanaman pokok Bunga Raya
                        : Jamuan ringan
10.30 a.m        : Majlis dijangka selesai

Program ini dijalankan di peringkat IPG kampus Keningau dibawah kelolaan KELAB RUKUN NEGARA dengan kerjasama JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR. 

28 Jun 2011

Subjek Semester 6/Tahun 4

PSS3107 Nilai & Etika dalam Pengajian Sosial
PSS3112 Pertumbuhan & Pembangunan Ekonomi
BMM3103 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
PRK3102 Praktikum fasa II (major + elektif 1)
WAJ3113 Kokurikulum - Persatuan
WAJ3114 Bina Insan Guru fasa VI

Tahun 4, Semester 6

Admin memohon kemaafan kerana blog ini telah lama ditinggalkan tanpa dikemaskini disebabkan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. 

Di awal semester 6 ini, belum terlambat rasanya untuk admin mengucapkan selamat kembali ke kampus IPG masing-masing dan selamat menjalani kuliah kepada semua rakan guru pelatih di seluruh Malaysia. Bagi rakan pelatih semester 6 yang bakal menjalani praktikum pada minggu depan, selamat berpraktikum admin ucapkan dan semoga kita semua dapat menempuhi 8 minggu ini dengan cemerlang. Bagi abang dan kakak senior semester 8, selamat menyiapkan pembentangan kajian tindikan anda, kami juga bakal menyusul jejak anda semester depan. Bagi adik-adik junior pula (terutama pelatih baharu), selamat berkuliah dan sesuaikanlah diri dengan budaya IPG dan dalamilah profesion perguruan. 

Buat rakan-rakan Salinatan, Marilah kita harungi 3 semester terakhir ini dengan hati yang lapang, tabah, gembira dan kekalkan jalinan kekeluargaan kita ini. Admin mendoakan semoga semua yang kita telah rancang akan tercapai. walaupun bukan dalam masa ini, mungkin dalam jangka masa panjang. Love all of you. 

Selamat berkuliah dan selamat berpraktikum.