Memaparkan catatan dengan label PSS3108. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PSS3108. Papar semua catatan

27 September 2010

Tugasan Tutorial PSS3108

Sediakan catatan ringkas mengenai tajuk tugasan yang berkenaan dengan definisi/maksud, ciri-ciri dan contoh.

Pembahagian tajuk tugasan
1. Kemahiran sosial (Angie, Intan)
2. Memahami masyarakat (Wina, Ayin)
3. Sosialisasi politik (Piqa, Farah)
4. Sejarah negara (Za8, Ono)
5. sistem kerajaan, perundangan dan demokrasi (Vyan, Nina)
6. Kebebasan bersuara (Fontaine, Aznah)
7. Hak pekerja (Khay, Adilah)
8. Budaya (Oilan, Yati)
9. Agen perubahan (SPK, Lady)
10. Kawalan sosial & kontrak sosial (Bon, Firhan)

p.s~ pembentang pada minggu hadapan. 

15 Ogos 2010

Muzium Negeri Sabah, UMS & Monsopiad Caltural Village

7 & 8hb Ogos 2010: Opsyen PISMP Pengaian Sosial ambilan Januari 2009 telah mengadakan satu kajian mengenai Budaya Masyarakat Kadazandusun di Negeri Sabah. Kajian ini yang telah disertai oleh 20 orang guru pelatih IPG Kampus Keningau dan di pantau oleh 3 orang pensyarah pengiring. Kajian dua hari satu malam ini dijalankan di tiga tempat di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, antaranya Muzium Negeri Sabah, Universiti Malaysia Sabah dan Monsopiad Caltural Village.  

MUZIUM NEGERI SABAH

MONSOPIAD CALTURAL VILLAGE
Tarian Anggalang & Magunatip suku kaum Murut Sabah
Tarian Sumazau, suku kaum Kadazandusun Sabah
Tarian Sazau, suku kaum Kadazandusun daerah Papar Sabah
Rumah Tengkorak Monsopiad


Kajian ini dikatakan berjaya dilaksanakan dan ahli jawatankuasa penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang menjayakan kajian  ini. Kepada peserta kajian, lepas ini jangan lupa hantar laporan.
PISMP Pengajian Sosial Ambilan Januari 2009
p.s ~ Rasanya ini gambar pertama kelas kita yang semua ahlinya lengkap setelah tiga tahun bersama... :)

02 Ogos 2010

Soalan Tugasan KKBI PSS3108


Subjek                                                                   Pengajian  Sosial  Sekolah  Rendah(PSS3108)

Tugasan                                                                A  Projek Kewarganegaraan(75%)
                                                                                B Ujian Objektif(25%)

Projek Kewarganegaraan                               Projek kewarganegaraan ialah komponen penting dalam pendidikan sivik dan kewarganegaraan.  Pelajar dikehendaki menjalankan kerja amali di luar waktu interaksi di Institut.Kerja amali memerlukan pelajar menyertai dengan aktif dalam khidmat kepada komuniti  luar institut.


Tajuk                                                                      Melaksanakan satu projek kewarganegaraan sekolah rendah berdasarkan  satu tajuk dalam
 huraian sukatan pelajaran PSK  Samada  tahun 4 atau 5 atau 6



Hasil Pembelajaran                                           1.             Menghasilkan kertas cadangan projek kewarganegaraan mengikut kriteria ditetapkan.

2.             Mengurus  dan melaksanakan projek kewarganegaraan

3.             Mengumpul bahan dan maklumat dari  pelbagai sumber tentang projek kewarganegaraan

4.             Menyediakan satu laporan lengkap berdasarkan projek kewarganegaraan

5.             Menulis satu reflksi berdasarkan pengalaman melaksanakan projek

6.             Mengupas isu isu pengajaran dan pembelajaran PSK


ArahanTugas
1.             Menyediakan kertas projek, mengurus dan melaksanakan secra kumpulan

2.             Laporan projek disediakan secara individu mengikut format yang ditetapkan

3.             Tugasan di taip komputer jenis Arial font 12

4.             Sumber/bahan sokongan di sertakan

5.             Laporan  di sertakan dengan kertas cadangan projek

6.             Bahagian kulit hadapan /luar  dilengkapi dengan maklumat berikut:


Nama Pelajar beserta dengan gambar

No kad Pengenalan

Kumpulan/Unit

Nama IPG

Mata pelajaran

Kod

Tajuk Projek

Nama Pensyarah Pembimbing

Projek Kewarganegaraan PSS3108

Tarikh: 7 & 8 Ogos 2010 (Sabtu & Ahad)
Tempat: Muzium Negeri Sabah & Monsopiad Caltural Village
Tajuk kajian: Budaya Masyarakat Kadazan di Negeri Sabah.
Mata Pelajaran: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4
Tema:
Pensyarah pengiring: Tn. Hj Yaacob bin Ismail, Pn. Afinah A.D Matsud, Abdul Kadir Azis.

Tentatif Program 
Tarikh: 7 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa: 1.30 p.m - 5.00 p.m 
Tajuk: Mengkaji Budaya Masyarakat Kadazan di Negeri Sabah.
Tempat: Muzium Negeri Sabah, Kota Kinabalu.
Pakaian: T-shirt Hijau Kelas

Masa: 7.30 p.m - 11.00 p.m 
Tempat: University Malaysia Sabah
Tajuk: Sambutan Hari Kaamatan IPTA/IPTS negeri Sabah 2010.
Pakaian: Batik Kelas (hitam)

Tarikh: 8 Ogos 2010 (Ahad)
Masa: 9.00 a.m - 12.00 p.m
Tempat: Monsopiad Caltural Village, Penampang.
Tajuk: Mengkaji Budaya Masyarakat Kadazan di Negeri Sabah.
Pakaian: T-shirt Biru kelas.

20 Julai 2010

Projek Kewarganegaraan PSS3108

PISMP Pengajian Sosial Ambilan Januari 2009 akan menlaksanakan satu projek kewarganegaraan seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran PSS3108 Pengajian Sosial Sekolah Rendah. Projek ini dijalankan berpandukan kepada tema Kenali Budaya yang terdapat dalam buku Teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun 4. Projek ini mengkehendaki guru pelatih untuk menghuraikan "Budaya Masyarakat Kadazan di Negeri Sabah". Projek ini dijangka akan dilaksanakan pada 7 & 8 Ogos 2009 (Sabtu & Ahad), bertempat di Monsopiad Cultural Village dan Muzium Negeri Sabah.





Selamat menjalankan tugas dan semoga kertas cadangan projek kita akan diluluskan tanpa sebarang bantahan. Marilah kita sama-sama mendoakannya agar semuanyA berjalan dengan lancar.