Banjaran Crocker, Keningau - 8 hingga 9 Mei 2010: Sekumpulan pelatih IPG Kampus Keningau seramai 20 orang opsyen PISMP Pengajian Sosial (sem 3) ambilan Januari 2009 telah mengadakan 1 Program Pendidikan Alam Sekitar yang memberi penekanan keatas permainan alam sekitar dalam proses pengajaran dan pembelajaran alam sekitar di sekolah rendah. Program yang telah dijalankan selama 2 hari dan 1 malam ini dijalankan dengan jayanya di Taman Banjaran Crocker.
Taman Banjaran Crocker merupakan kawasan hutan simpan yang dibangunkan sebagai pusat pemeliharaan dan pemuliharan alam sekitar terutamnya. Sepanjang berada di taman ini, pelbagai aktiviti dan permainan yang dijalankan dan dipelajari oleh semua peserta.
Antara Gambar yang sempat dirakamkan oleh penulis semasa menyertai Program ini.
Melalui program seumpama ini dapat memberikan pengalama secara tidak langsung kepada semua peserta dalam mengendalikan permainan alam sekitar apaberada di sekolah kelak. Program ini juga dapat mendidik serta menanamkan kesedaran dalam diri peserta mengenai betapa pentingnya menjaga dan menghargai alam sekitar agar manusia dapat hidup dengan lebih baik. Harapan kami, semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.
Akhir sekali, pihak penganjur kepada program ini ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbanga tenaga, buah fikiran dan wang ringgit sepanjang menjayakan program ini. Semoga segala sumbangan yang telah diberikan akan diberkatin oleh-Nya.