Memaparkan catatan dengan label Luahan perasaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luahan perasaan. Papar semua catatan

16 Mei 2010

Guru: Macam-macam ada...


16 Mei hari bersejarah buat guru-guru di seluruh Malaysia...
Tidak kiralah dia guru tadika, guru taska, guru sekolah rendah, sekolah menengah, pensyarah, atau segala jenis jurulatih. Asalkan tujuannya adalah untuk menyampaikan ilmu yang baik kepada orang lain dia layak digelar sebagai seorang GURU.

Di hari yang bersejarah ini juga saya ingin kongsikan beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang saya terima yang mengandungi isi yang tersirat...


SMS 1
MAK cakap CIKGU macam MAGGI, makanan rutin waktu susah.
AYAH cakap CIKGU macam 'THE SEEKERS', menakutkan.
ATUK cakap CIKGU macam ASTRO, macam-macam ada.
TAPI
SAYA cakap CIKGU macam LOREAL, kerana DIRIMU BEGITU BERHARGA.

SMS 2
TEACHER is like PEPSI, "Ask for more"
TEACHER is like NIKE, "Just do it"
TEACHER is like NOKIA, "Connecting people"
TEACHER is like McD, "I'm loving it"
TEACHER is like TOYOTA, "Moving forward"

SMS 3
GUEU bukan macam PAPAN SKATE...
Belum main, gilap...
Sudah main, pijak.

GURU bukan macam BOLA SEPAK...
Belum dapat, kejar...
Sudah dapat, tendang.

GURU bukan macam BULU TANGKIS...
Belum main, pegang...
Sudah main, pukul...

GURU ibarat BOLA RAGBI...
Belum dapat, rebut...
Sudah dapat, lindungi.

GURU macam JARI...
Lukanya sembuh sendiri...
Tapi hilangnya tiada ganti...

Dengan itu, saya selaku admin blog PISMP Pengajian Sosial Ambilan Januari 2009 mewakili adik-beradik yang lain dalam kelas Salinatan mengucuapkan...

SELAMAT HARI GURU

kepada:
Semua guru yang telah mengajar kami sejak Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dan tidak dilupakan kepada guru-guru tadika...
&
semua pensyarah IPG Kampus Keningau, Sabah.

SEGALA DIDIKAN DAN PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH CIKGU CURAHKAN AKAN KAMI GUNAKAN SEHINGGA KEAKHIR HAYAT.

08 Disember 2009

Cemerlang bukan hanya pada A

Forum Utusan Malaysia | 4 Disember 2009 |

SAYA tertarik dengan pandangan yang dikemukakan oleh Profesor Rosnani Hashim dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkenaan isu pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dibandingkan antara pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang berlaku sekarang.

Juga cadangan menghantar guru Melayu dari SK untuk `belajar' daripada guru Cina dari SJKC kaedah mengajar Matematik dan Sains yang dikatakan lebih baik.

Keputusan UPSR baru-baru ini perlulah dianalisis secara lebih mendalam, bukan sahaja ke atas angka-angka yang terbit daripadanya, tetapi juga perlu dilihat dari aspek falsafah dan hasil yang ingin dicapai.

Perlu ditekankan, hari ini pelajar diasak dengan tekanan berapa banyak A diperoleh daripada peperiksaan. Pelajar yang mendapat lebih banyak A dianggap lebih cerdik, bergeliga dan menjadi kebanggaan. Sebaliknya mereka yang mendapat kurang A dianggap tidak baik dan dipandang rendah.

Benar, sepintas lalu mereka yang mendapat lebih banyak A adalah lebih baik berbanding yang mendapat kurang A. Tetapi apakah itu matlamat akhir kurikulum pendidikan kita dan bertepatan dengan Dasar Pendidikan Nasional?

Perlulah diinsafi, dengan cabaran globalisasi dunia hari ini, pelajar bukan sahaja perlu dilengkapkan dengan kepandaian intelektual (melalui A dalam peperiksaan) tetapi juga seimbang dengan kemahiran insaniah yang meliputi aspek kemanusiaan lain.

Antaranya seperti kerjasama, toleransi, semangat setiakawan, kekitaan, hormat kepada orang lebih tua dan pemberi ilmu. Apabila berjaya kelak, mereka akan menjadi warga yang cintakan negara, tidak mengkhianati bangsa dan bersama-sama membantu membangunkan negara. Namun elemen itu dilihat semakin kurang ditekankan demi mengejar bilangan A dalam peperiksaan.

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan oleh Prof. Rosnani, generasi yang bagaimana ingin dilahirkan oleh kerajaan. Adakah generasi bijaksana (berdasarkan kecemerlangan peperiksaan) tetapi gagal menjadi insan syumul? Ataupun generasi yang cemerlang bukan sahaja dari aspek akademik malahan sempurna nilai insaniah mereka? Konsep keseimbangan ini amat perlu direnung kerana kita tidak mahu melahirkan generasi robotik yang mementingkan diri sendiri sahaja kerana negara akan rugi kemudian hari.

Kurikulum pendidikan di SJKC memang menitikberatkan latih tubi dan banyak masa diperuntukkan untuk itu. Sebagai korban, masa untuk pengajaran Bahasa Malaysia, Pengetahuan Sivik dan Tatasusila serta Sejarah dikurangkan.

Selain itu, jika dilihat secara umum taburan SK dan SJKC, kebanyakan SK terletak bukan di kawasan bandar (kerana demografi masyarakat Melayu adalah di kawasan kampung) berbanding SJKC yang banyak bertaburan di kawasan bandar. Dari situ, perbezaan demografi dan infrastruktur telah jelas menyebelahi SJKC.

Pola perbezaan ini menyumbang kepada keberkesanan pelajaran. Hasilnya, lahirlah sepasukan pelajar baru masuk ke universiti yang tidak pandai untuk berkomunikasi dengan baik dalam bahasa kebangsaan (malah dalam bahasa Inggeris juga), tidak pandai bergaul dengan rakan sekuliah (melainkan rakan sebangsa sendiri sahaja) dan tidak menghormati pensyarah.

Mereka juga didapati kurang kemahiran berfikir dengan kritis apabila timbul persoalan yang memerlukan jawapan berdasarkan idea dan intelektual pelajar. Sebaliknya, apabila disoal dengan soalan langsung daripada buku, mereka dapat menjawab dengan cemerlang. Dari situ, dapat disimpulkan pelajar kita hari ini adalah ibarat sepan, hanya menyerap ilmu yang diberi sahaja dan mengeluarkannya kembali dalam dewan peperiksaan tetapi gagal mengembangkan idea daripada asas ilmu yang diberikan.

Cadangan daripada Prof. Rohani agar gagasan dan idea baru yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan berkaitan dengan pendidikan perlulah dirujuk kepada pakar, ada benarnya. Ini kerana merekalah kelompok cerdik pandai yang tahu dengan lengkap ruang lingkup dan cara bagaimana ingin mencanai pelajar agar menjadi bukan sahaja generasi berilmu, tetapi yang lebih penting berakhlak, beragama dan mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi. Dan menghantar guru dari SK yang rata-ratanya guru Melayu ke SJKC yang rata-ratanya bukan Melayu bukan sahaja tidak perlu malah ia difikirkan tidak menyelesaikan masalah sebenarnya.

Dipetik daripada email Tuan Hj. Isa

Erti Sebenar Guru Cemerlang

Sumber: Forum Utusan Malaysia |3 Disember 2009|

SAYA merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, yang menyarankan agar guru-guru menerima sahaja tugasan yang diberi kerana ia akan membentuk sikap bertanggungjawab dan dedikasi kepada tugas sebagai pendidik.

Sebagai guru, saya percaya semua guru bersetuju dengan pandangan beliau. Pendedahan kepada pelbagai bidang tugas memang satu nilai tambah kepada modal insan guru.

Namun begitu, saya berpendapat, sebagai Ketua Pengarah Pelajaran, beliau patut sudah mengetahui tentang bebanan tugas guru yang sudah menyebabkan hampir 80 peratus guru hilang fokus, masa dan tenaga yang sepatutnya ditumpukan kepada tugasan sebenar, iaitu mengajar di dalam kelas. Perkara ini jika berlarutan, kalau ditambah bilangan guru 10 kali ganda pun, tapi kalau semuanya hendak buat kerja pentadbiran, memang tidak berubah keadaan sekolah-sekolah kita.

Inilah yang menimbulkan rungutan guru-guru. Apabila proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) terganggu, murid ketinggalan dalam akademik dan menimbulkan masalah disiplin. Kemudian ibu bapa pula merungut. Padahal sebagai guru, kita sudah melakukan apa yang termampu dengan masa dan tenaga yang terhad.


Tugas perkeranian ini bukan sahaja sudah menyebabkan tumpuan kepada bidang akademik terganggu, malah ia telah mengelabui mata para pentadbir dalam bidang pendidikan juga, bermula dari pentadbir sekolah, sehinggalah ke peringkat jabatan pelajaran negeri-negeri.

Malah, pada pendapat saya, pelantikan Ketua Pengarah Pelajaran dari kalangan guru yang merupakan orang akademik (yang akhirnya terpaksa duduk di pejabat membuat tugasan pentadbiran) ialah bukti bagaimana fokus kepada akademik telah dilonggarkan, kerana tuntutan kerja-kerja pentadbiran. Bayangkanlah kalau seseorang pada tahap kematangan dan pengalaman yang ada pada Alimuddin, duduk di dalam kelas untuk mengajar. Beliau barangkali boleh menghasilkan beratus-ratus lagi anak bangsa yang bakal menyumbang kepada negara. Tapi akhirnya beliau diletakkan di pejabat.

Kenapa tidak kita berikan kerja pentadbiran kepada orang pentadbiran, dan kita orang akademik, buatlah kerja akademik. Kenapa guru yang sudah berpengalaman bertahun-tahun akhirnya disuruh membuat kerja pentadbiran? Bukankah pengalaman dan pengetahuan mereka boleh membantu lebih ramai murid menjadi cemerlang? Adakah menjadi orang akademik terhebat masih rendah tarafnya berbanding orang pentadbiran yang duduk di pejabat?

Lihatlah bagaimana pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, prestasi melintang (sudah tidak akan diamalkan lagi) pelantikan guru pakar, guru bestari dan guru cemerlang. Adakah mereka yang diberi semua penghargaan ini dilantik di kalangan guru yang anak murid mereka menunjukkan peningkatan prestasi akademik? Tidak!

Kebanyakan penerima anugerah dan pentadbir-pentadbir sekolah, pejabat pelajaran daerah dan jabatan pelajaran negeri dilantik di kalangan orang yang menonjol di bidang pentadbiran semata-mata. Sebab itulah kita lihat masih ada murid yang gagal subjek-subjek tertentu walaupun diajar oleh guru pakar, guru cemerlang dan guru bestari. Ini kerana yang `bestari', `cemerlang' dan `pakar' ialah kerja pentadbiran guru itu, bukan teknik P&Pnya. Sekarang ini dengan peperiksaan PTK, guru yang malas masuk kelas pun boleh dapat kenaikan gaji dan pangkat.

Malah, saya sendiri pernah melihat seorang guru yang sangat konsisten. Guru ini setiap tahun (selama hampir 18 tahun) mencatatkan peratus lulus subjek Sains melebihi 95 peratus di semua kelas yang diajarnya, walau pun saban tahun mendapat kelas paling hujung, walaupun mengajar murid yang buta huruf, walaupun format peperiksaan kerap bertukar.

Beratus-ratus muridnya daripada tidak mengenal huruf, akhirnya mendapat A dalam subjek Sains SPM. Tetapi guru ini tidak pernah diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, hanya kerana guru ini tidak mempunyai hubungan baik dengan pentadbir sekolah yang hanya mementingkan kerja pentadbiran. Guru ini pula memang menolak kerja pentadbiran kerana kerja pentadbiran akan menyebabkan dia mengabaikan murid-muridnya, sesuatu yang guru ini enggan lakukan.

Bagi saya, sekalipun guru ini dilihat `melawan ketua', tetapi komuniti kecil guru-guru dan murid-murid sekolah menyanjung dan menghormati guru ini kerana keberaniannya meletakkan fokus pada apa yang berhak, iaitu murid-murid. Guru ini juga tidak lokek membantu guru-guru muda dari segi memberi bimbingan tentang teknik P&P yang berkesan. Bagi guru muda seperti saya, inilah guru dalam erti kata sebenar.

Bagaimana boleh berlaku, dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, guru yang pandai mengajar diketepikan berbanding guru yang hanya pandai menaip dan mengemas fail? Di manakah profesionalisme guru? Bagi saya, seorang guru itu profesional jika dia pandai mengajar kerana itulah sebenarnya tugas hakiki seorang guru. Tapi hari ini, guru yang membuat kerja yang betul tidak diberi penghargaan sepatutnya, dan guru yang tidak pandai mengajar pula yang diletakkan di tempat tinggi, diberi elaun, kuasa dan jawatan. Bagaimanakah guru-guru yang setiap hari berhempas-pulas dengan murid di dalam kelas hendak menghormati pentadbir mereka yang tidak pandai mengajar pun?

Malah, pentadbir itu pula yang akan duduk di belakang kelas menilai sama ada guru lain pandai mengajar atau tidak. Hanya kerana mereka pentadbir, mereka ada kuasa memberi markah. Tapi mereka menjadi pentadbir bukan kerana mereka pandai mengajar, tapi pandai membuat kerja lain selain mengajar. Bagaimanakah pentadbir sekolah seperti ini layak menuntut penghormatan daripada warga guru? Saya pernah melihat seorang pengetua sekolah yang diletakkan mengajar hanya dua waktu seminggu, terpaksa meminta guru lain mengambil alih kelasnya kerana dia terlalu kerap keluar dan tidak ada di sekolah.

Jika hari ini masyarakat melihat guru sebagai tidak professional, itu ialah kerana hampir semua guru terpaksa membuat kerja menaip dan mengemas fail, suatu kerja yang boleh dibuat oleh budak lepasan SPM.

Jika hari ini masyarakat melihat guru tidak berilmu, ia adalah kerana guru asyik mengisi borang, bukan mengisi dada dengan ilmu.

Dipetik daripada email Tuan Hj. Isa

23 November 2009

Tanah Airku Tercinta



Rakaman vedio tersebut merupakan lagu koir yang didendangkan oleh penduduk bumi Salong pada festival Kebudayaan yang diadakan bulan lalu. Pihak admin memohon maaf atas kelewatan menyiarkan vedio rakaman ini. Pihak admin ingin mengucapkan tahniah kepada semua. Akhirnya kita berjaya jug merebut tempat dalam beberapa pertandingan yang kita sertai. Tidak sia-sia usaha kita. Latihan yang hanya mengambil masa tidak sampai 24 jam nampaknya agak baik dan mungkin sekiranya mendapat latihan yang lebih kerap kita mampu menghasilkan suara yang lebih baik. Lagu, lirik dan latihan adalah dibawah bimbingan Anggie Anjis dan muzik dimainkan oleh Alyvian Thomas. Terima kasih atas kerjasama semua.

Wawasan dan Tahan Airku (Medly)

demi esok dan esok lagi
pastinya untuk kita semua
membina dan dibina
oleh wawasan wawasan

kekuatan adalah wawasan
bahwa satu kekuatan
pengerak suara menuju wawasan
maju melalui wawasan

pom (x7)....
cantik berseri-seri
negaraku yang amatku cintai
terkenal di merata dunia
dan berdaulat Malaysia merdeka

bulan serta pun bintang
menyinari di langit Malaysiaku
hasratku hendaku sampaikan
apa saja untuk kemajuan

sungguh hatiku gembira
melihat segalanya bangsa
berpakat dengan bekerja
dibawah satu bendera

mari kita berdoa
supaya aman makmur dan bahagia
junjunglah namamu Malaysia
hidup aman kekal dan abadi

20 November 2009

Salam buat semua

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia saya ucapkan kepda semua pembaca. Saya selau moderator kepada blog ini ingin mengucapkan tahniah kepada semua guru pelatih IPGM seluruh Malaysia terutamanya guru pelatih yang berada di IPGM Kampus Keningau khususnya opsyen PISMP Pengajian Sosial ambilan Januari 2009 kerana telah berjaya menyelesaikan semester ini dengan jayanya. Sepanjang semester ini banyak perkara yang telah kita lalui dan pelajari serta telah menjadi sebahagian daripada proses pendewasaan kita. Semua peristiwa pahit dan manis yang telah kita lalui marilah kita jadikan ia sebagai pengalaman dan panduan pada hari esok terutamanya apabila kita mendidik anak bangsa kelak.

Dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan selamat menjani KISSM kepada abang dan kakak PISMK-OUM Kajian Sosial ambilan Januari 2006. Kami amat menghargai segala bimbingan, perkongsian ilmu dan tunjuk ajar yang telah anda semua berikan kepada kami sepanjang kami bersama dengan anda semua. Semoga akan ditempatkan di sekolah pilihan masing-masing dan semoga kita berpeluang untuk bertemu semula. Manalah tahu pada tahun 2013 kami ditempatkan disekolah dimana anda semua berada. Apa yang pasti, kami akan merindui anda semua.


Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua rakan-rakan. Penuhlah cuti selama 6 minggu yang kita miliki ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Semasa balik ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya. Ingat orang tersayang. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan dengan semangat, harapan dan wajah yang lebih bersemangat dan ceria.

16 Oktober 2009

Wahai Guru

Wahai guru masa depan

Dengarlah ini kata nasihat

Bukan sindiran bukan cacian

Hanya jadikan tauladan dan sempadan


Wahai guru pendidik bangsa

Jadilah dirimu berguna seadanya

Mendidik bangsa menjulang negara

Bukan menjadi makhluk terkutuk


Wahai guru pembina negara

Jadilah apa yang dikata

Didik bangsa seadanya rupa

Bukan menjadi seumpama ketam


Wahai guru pemberi ilmu

Jadilah dirimu umpama padi,

semakin berisi semakin tunduk

bukan ilmu setitik berkata seperti ilmu segunung


Wahai guru cahaya kemanusian

Jadilah dirimu manusia disanjung

Bukan menjadi guru yang terkutuk

Seharum budimu seiring namamu


Wahai guru pengubah dunia

Jadilah dirimu pemberi yang setia

Mendidik anak bangsa penuh kasih

Jangan menjadi seumpama ikan haruan


Wahai guru berilmu pendidik

Jadikanlah dirimu sebersih adanya

Kasihlah anak didikmu

Bukanya menjadi gunting dalam lipatan

Bukan juga menjadi duri dalam daging


Wahai guru bijak pandai

Gunakanlah akalmu

Fikirkan apa yang telah dikata


Nukilan & isi hati

Chong Oi Lan

16 Julai 2009

selamat hari jadi


Selamat hari jadi
Ku ucapkan kepada mu
Semoga yang Esa panjangkan umurmu selalu
Betapa riangnya menanti di saat ini
Ku harap kita dapat meraikan bersama-sama
Di sisi teman-teman

Selamat hari lahir
Sekali lagi ku ucapkan
Kini usia telah
Mendewasakan dirimu
Kini kau menanti pelangi kehidupan
Secerah mentari memancar buni ini
Tak dapat melupakan kenangan manis

Sambut-menyambut mesra penuh keriangan
Berdendanglah iramaku dengan mesranya
Harijadimu yang paling bahagia
Tak dapat kulupakan buat selamanya

Tiap detik beredar silih berganti
Hanya setahun sekali kau menanti
Bagaikan sejarah tersemat di sanubari
hepi befday oi lan. semoga sukses selalu.

29 Mei 2009

Selamat Bercuti

Peperiksaan dah habis...
Cuti mendatang...

SELAMAT BERCUTI SEMUA
SEMOGA kamu sentiasa selamat dalam apa jua yang kamu lakukan...amin...

p.s~jangan lupa balik IP 21hb nanti dah lah...

26 Mei 2009

~Tamat~

TAHNIAH!!!
Akhirnya...MySpace
Setelah berpenat lelah selama berminggu-minggu...
memerah otak Thinkingdalam masa 2 jam 30 minit untuk setiap kertas...
berakhirlah ia pada hari ini... dan akan disambung pada semester hadapan.

Cuti bakal bermula...Too Happy 1
30hb Mei - 21 Jun 2009
smoga kita semua bercuti dengan tenang sebelum menerima kejutan Electrickeputusan peperiksaan.

Ini iklan terbuka...
pada masa cuti ini ada aktiviti belia yang melibatkan pelajar IPT...
memandangkan di Keningau ne kita salah sebuah IPT, jadi kita ditawarkan mengikuti program ini...

PROGRAM ANAK IPT
ANJURAN JABATAN BELIA & SUKAN BAHAGIAN KENINGAU
16 JUN - 21 JUN 2009
BERTEMPAT DISEKITAR KENINGAU

Sesiapa yang berminat boleh berjumpa terus dengan
Chong Oi LanRoll
atau
Bernadette Fontaine BanaguaBounce

16 Mei 2009

Segalanya Cikgu...

Tarikh 16 Mei pada setiap tahun bukanah tarikh yang asing bagi kita semua yang pernah bergelar pelajar, guru, bekas guru mahupun bakal guru. Tarikh ini merupakan tarikh peringatan bagi kita semua agar menghargau guru-guru yang telah banyak berjasa kepada kita semua dan juga menjadi ingatan kepada guru dan bakal guru agar memikul tanggungjawab mendidik anak bangsa dengan penuh amanah. Selain itu, tarikh keramat ini juga merupakan hari bagi mengenang jasa serta pengorbanan seorang manusia yang bergelar pendidik.

Disini saya sebagai moderator blog PISMP Pengajian Sosial ini ingin merakamkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru dan juga bakal-bakal guru di seluruh Malaysia... Jasamu tetap dikenang. "Guru Pembina Negara Bangsa" tatapi sajak karya Usman Awang...

Guru Oh Guru
Oleh Usman Awang (1979)

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



03 April 2009

Membimbangkan...

Lokasi: Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGM kampus Keningau
Perkara: Hantar portfolio

Apa yang anda lihat sekarang ini...
bukan gurauan...
Ini benar-benar berlaku...
dan semua disediakan oleh kami...

Sememangnya agak merisaukan...
Susah hati bila melihatnya...

Ini merupakan 13/20 buah portfolio yang disediakan oleh penduduk bumi Salong..
Sememangnya amat merisaukan...sekali lagi...

Gambar dibawah...
penduduk bumi Salong masing-masing menunjukkan wajah keresahan...

Perbualan ringkas semasa menghantar portfolio...

oilan: Adadaaa... fail lagi kah ni??

Ayin: isk isk isk... (dengan gelengan)

Firhan: Sandi aku tengok fail ne tau...:(

Ono dan Zahid:... Sabar hati... sabar... (berbisik dalam hati masing-masing)

p.s~Bukti penggunaan elaun dengan sebaik-baiknya... namuan sejauhmanakah ia berfaedah kepada kami???

02 April 2009

Bukti pembaziran... @ pemusnahan bumi...


inilah bukti kata-kata cik Khairunie...

kertas-kertas yang digunakan untuk menyiapkan portfolio yang entah benar-benar berguna atau sekadar satu simbolik sahaja...
Nota yang terdapat dalam gambar tu hanya sebahagian... nota untuk seorang sahaja...
cubalah anda hitung sendiri... dalam kelas kita terdiri daripada 20 orang...
dapatkah anda bayangkan berapa tebal kertas yang digunapakai???

sebentar... itu hanya untuk 1 subjek sahaja... bagaimana pula dengan 5 subjek yang lain??
kiranya semua memiliki nota yang setebal ini... eemmm... kamu fikirlah sendiri...

Dan bukan kah itu satu pembaziran??? tambahan lagi sekiranya nota-nota ini tidak dibaca, dirujuk atau sekadar dijadikan simbolik sahaja apabila MQA datang melakukan audit dalaman...
bukankah negara kita kini menyeru rakyatnya mengamalkan sikap
BERJIMAT CERMAT???
sejauh manakah kebenaran seruan itu???
kamu fikirlah sendiri...

p.s~Kami tidak mensia-siakan elaun yang dibekalkan oleh kerajaan kepada kami... buktinya kamu boleh lihat disekeliling kamu... berapa banyak $ yang telah kita habiskan untuk membeli buku, membayar kos fotostat nota-nota dan buku-buku rujukan, membeli kertas berim-rim, membeli ink printer, membeli fail/folio yang mahal...

p.s~kami tidak menggunakan $ elaun yang diberi hanya untuk benda-benda yang tidak berfaedah...sekiranya anda terfikir ada yang membeli telefon bimbit menggunakan $ elaun... cuba anda fikirkan adakah telefon bimbit itu satu benda yang tidak berfaedah...

p.s~Jangan berfikir hanya dari sudut negatif... anda seorang GURU dan BAKAL GURU!!!!gunakanlah akal anda sebaik mungkin... jangan cemarinya!!!

minta perhatian;

earth hour bukan sahaja meminta kita untuk menutup lampu bagi menjimatkan atau menggunakan tenaga secara minimal.

tetapi juga meminta kita untuk lebih menghargai pokok-pokok yang menghijau, yang pada akhirnya akan menjadi korban manusia yang tidak tahu nilai pokok-pokok tersebut pada kita,

yang pokok-pokok itu menjadi mangsa rakus manusia menebang sesuka hati,

dan akhirnya hasil tebangan tersebut dijadikan helaian-helaian kertas tidak berguna.

tahukah ahli kelas sekalian, mengikut statistik yang dikeluarkan oleh cik lyediana si cantik manis, ongkos untuk fotokopi ISL PKK dan FPK adalah sebanyak RM200++.

bazir duit, bazir kertas.

harap pada semester hadapan kita tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. ikhtiar supaya pensyarah dapat melonggarkan syaraf folio ISL iaitu hanya SATU fail sahaja bagi setiap semester untuk semua subjek.

saya mula merasakan bahawa kerja yang kita buat itu tidak mendatangkan faedah. lebih baik kalau setiap chapter yang kita belajar itu, kita ulangkaji sendiri dan buat rumusan seringkas mungkin bagi memudahkan pembelajaran serta mengurangkan pembaziran.

bukan dengan timbunan maklumat yang tidak akan disentuh sama sekali.

saya tidak bermaksud untuk bersuara pesimis di sini, tetapi kita fikir-fikirkanlah. kalau perkara ini dipermudahkan, semua akan merasa kesenangannya juga.

duit tidak terbazir.

kertas tidak perlu digunapakai dengan begitu banyak.

dan yang paling penting, TIDAK MENYUSAHKAN AJK FOTOKOPI sendiri.

elaun pun belum dikreditkan lagi, rasa berat mahu membayar, bukan?