21 Julai 2009

Pembentangan AURA

kepada kawan-kawan Salong yang dikasihi sekalian sila ambil masa untuk membacanya....
agar anda lebih faham apa yang ingin disampaikan pada pembentangan PSS 3104 Geografi Fizikal esok malam...


komponen utama disiplin geografi dalam sains sosial.

a) kajii iklim dan cuaca (cuaca & iklim).
b) biogeografi ( merangkumi elemen tanah, hidupan, tumbuhan).
c) geomorfologi (batuan dan pinggir pantai).


komponen utama dalam disiplin geografi ini berkait rapat dengan masa dan ruang. hali ini yang menyebabkan perbezaan geografi dengan disipin-disiplin sains sosial yang lain..

contohnya.

dalam kajian geomorfologi, aspek hakisan pinggir pantai, elemen yang terbentuk ekoran prosesnya dilihat dari aspek masa untuk melihat sama ada wujud perbezaan atau persamaan. manakala proses tindakan air pula melibatkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain di dalam ruang. seperti, pembinaan Pelabuhan Kuantan di Tanjung Gelang telah memberi kesan kepada tindakan ombak ke atas pantai (hakisan) di sepanjang pantai di Kemaman Terengganu..

kawan-kawan teruskan membaca yaa.. dahulu kala geografi telah dikaji beratus-ratus tahun dahulu dan sekarang banyak pendekatan yang telah berubah dalam kajiannya. dulu sub bidang dikaji dalam bidangnya sahaja tetapi pada masa kini kajian telah dibuat secara terperinci. seperti bidang geomorfologi dan kaji iklim yang berada dalam bidang geografi fizikal. kajian ini berguna untuk manusia mengenal persekitarannya.....apakah kepentingannya??? yah sudah semestinya ramalan cuaca kan...senang lah sedikit tahu esok hujan atau tidak....

ermmm untuk yang seterusnya sila ambil perhatian dalam pembentangan AURA malam esok....
ada KEJUTAN!!!....TUNGGUUU.......

Tiada ulasan: