30 Julai 2009

Rumah Amal Cheshire


SELAMAT DATANG:
Program Bina Insan Guru (fasa 2) Khidmat Masyarakat bertempat di Rumah Amal Cheshire, Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada 25 Julai 2009.


insan-insan istimewa yang menghuni Cheshire Home

Bersungguh-sungguh membersihkan taman bunga
SEBELUM


SELEPAS


Memcuci kain


Membersihkan bilik tidur


Berusaha mengemaskan setor


Gambar dibawah menunjukkan salah seorang penghuni yang turut bersama-sama kami membersihkan kawasan sekitar. Sungguh rajin kawan kita ini.


Penyerahan cenderahati dan sumbangan oleh En. Maspi Hj. Peran kepada Cik Jennifer Liew pengurus Rumah Amal Cheshire


Bersalam-salaman dengan warga Rumah Amal Cheshire sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang... masih ada yang sayang...


Kelihatan insan istimewa yang mengisi masa lapang dengan membuat gelang dan rantai manik... mereka dididik untuk hidup berdikari...


Senarai penghuni


Menyanyi untuk menghiburkan hati semua penghuni dan hati kami juga


KENANGAN: Menanam pokok Kayu manis sebagai tanda kami pernah hadir...
Zahid: Jaga baik-baik tau... jan mati... nanti kami p tingok...
Ono: Ya ya... kalo mati nanti kami kecewa maaa... nangis tidak berlagu ooo...
Kiven: Betul tu Ono...saya sukung...


BERGAMBAR KENANGAN

PISMP Pemulihan Bahasa Melayu


PISMP Pengajian Sosial


Bergambar kenangan bersama-sama dengan Pn. Penny Lim Pengarah IPGM Kampus Keningau, Cik Jennifer Liew Pengurus Rumah Amal Cheshire, En. Maspi Hj. Peran dan Pn. Afinah A.D Matsud Pensyarah pengiring, insan-insan istimewa Rumah Amal Cheshire dan para peserta BIG

Program khidmat masyarakat ini benar-benar telah mengubah pandangan dan persepsi kami mengenai insan kurang upaya. Oleh dengan itu, kami dengan berbesar hati ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Pengarah IPGM Kampus Keningau, pensyarah pengiring, Pihak pengurusan Rumah Amal Cheshire, warga istimewa Rumah amal Cheshire dan kepada mereka yang telah menyumbang tenaga, buah fikiran mahupun harta benda dalam menjayakan program yang mulia ini.
"SEMOGA KITA SEMUA DIRAHMATI OLEH-NYA."

Gambar oleh: Nurul Khairunie Makhtar

Tiada ulasan: