01 Julai 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Blog JSS

01 Julai 2009, Jabatan Sains Sosial - Mesyuarat kali pertama bagi Jawatankuasa Blog Jabatan Sains Sosial telah diadakan bermula tepat pada jam 2.30 petang yang dipengerusikan oleh Mejar (B) Yeap Keng Leng, Ketua Jabatan Sains Sosial (JSS). Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pensyarah JSS, En Yaazid pegawai ICT, ketua kelas dan moderator bagi kelas-kelas di bawah JSS.

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk menyusun dan mengemaskini blog JSS sebelum disambungkan ke laman web rasmi IPGM Kampus Keningau disamping membentuk jawatankuasa yang berkenaan.

Dalam mesyuarat ini, En. Yazid Tuah telah membaca dan menerangkan beberapa peraturan berkenaan dengan penerbitan bahan dalam blog atau laman web. Ini termasuklah larangan mempromosi laman web yang tidak berfaedah dan tidak berkenaan dengan pendidikan, larangan memaparkan bahan-bahan yang boleh menyentuh isu-isu sensetif atau bahan yang boleh menjejaskan imej pihak pentadbir. Menurut beliau, sebelum menerbitkan sesuatu bahan dari blog atau laman web lain, moderator haruslah memohon keizinan daripada moderator asalnya terlebih dahulu dan melakukan proses pautan semula ke blog/ laman web asal sebagai tanda penghargaan.

Mejar (B) Yeap Keng Leng berpendapat bahawa jawatankuasa blog yang dibentuk dapat memberikan faedah yang baik kepada pensyarah dan guru pelatih terutamanya. Menurut beliau, setiap kelas yang mempunyai blog bolehlah mengorganisasikan satu jawatankuasa blog agar pengemaskinian maklumat dan bahan dalam blog berkenaan dapat dijalankan dengan lancar dan membawa faedah kepada semua pembaca dan pelawat. Menyentuh akan persoalan komen atau ruang luahan perasaan, beliau mengatakan bahawa penulis mahupun pembaca harulah bijak menggunakan bahasa yang baik dan sesuai dalam mengutarakan rasa ketidak puashatian ataupun semasa memeberikan pendapat. Moderator juga haruslah peka akan situasi ini.

Dalam mesyuarat ini juga, Pn. Afinah A.D Matsud telah menerangkan serba sedikit mengenai perancangan awal sambutan Bulan Kemerdekaan Kampus. Sekiranya perancangan awal ini dapat dilaksanakan, Kami berpendapat bahawa bulan kemerdekaan pada tahun ini merupakan bulan yang paling bererti kepada warga Kampus Keningau. Maklumat mengenai bulan Kemerdekaan akan di paparkan dalam keluaran akan datang.

Mesyuarat berakhir pada jam 3.45 petang beserta dengan sedikit jamuan ringan yang ditaja oleh En. Abd. Kadir Mohd. Azis. Seiring dengan kemajuan teknologi negara kita pada masa kini, saya selaku moderator blog PISMP Pengajian Sosial amat menghargai dan memuji usaha yang dilakkan oleh Jabatan Sains Sosial. Semoga segala usaha yang kita lakukan dirahmati oleh-Nya.


Kusyuk mendengar penerangan dari En Yazid Tuah

En Mohd. Johan menerangkan mengenai penstrukturan semula JSS

Maklumat tambahan:
  1. Seiring dengan proses penstrukturan semula Jabatan, Jabatan Kajian Sosial telah bertukar nama kepada Jabatan Sains Sosial (JSS).
  2. Kelas di bawah JSS
  • PISMK-OUM semester 8
  • PISMP Reka Bentuk Teknologi (RBT) Ambl. Januari 2008
  • PISMP Pengajian Sosial Ambl. Januari 2009
  • PPISMP Pengajian Sosial Ambl. Julai 2008
  • KPLI Pengajian Sosial Ambl. Januari 2009
  • KPLI Kemahiran Hidup

6 ulasan:

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Salam. Saya berharap blog ini mampu menyerlahkan idealisme pelajar dengan bahasa yang santun. Sama-samalah kita membina budaya ilmu. Elakkan daripada menimbun tambah sampah. Selamat meneruskan usaha menambah isi dan mengemaskinikan blog. Wassalam.

H.R PuTeRa YuSoFF berkata...

salam kunjungan dari Exco Kebajikan Sosial IPGM Kampus Sultan Mizan dan pelajar sem 6 kajian sosial

Irene O. L. Chong berkata...

Salam buat Cikgu Isa.
Terima kasih kerana menyokong usaha kami ini. Kami berharap agar cikgu sentiasa sudi menegur kami kiranya terdapat sebarang kesilapan dan kelemahan dalam blog kami ini.

Terima kasih cikgu

Irene O. L. Chong berkata...

Salam H.R Putera Yusoff

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog kami yang tidak seberapa ini.

Salam IPGM ^_^

Tanpa Nama berkata...

Kami berharap agar diberikan tunjuk ajar dari anda semua.Sebagai salah seorang daripada moderator dari segi teknikal kepada blog ini, saya akan memberikan sokongan 100 % kepada penambahbaikan kepada blog ini terutamanya dari segi pengisian dan ulasan kearah akedemik dan ilmiah supaya dapat digunakan oleh semua dalam usaha menyebarkan ilmu pengetahuan yang begitu banyak.




p/s moderator salong motivasikan diri anda kearah penambahbaikan blog ini demi kebaikan bersama. diharapkan agar semua memberikan kerjasama yang padu kearah kecemerlangan bersama...-MF-

Irene O. L. Chong berkata...

Majulah Salong untuk semua...

Bersama-sama kita realisasikan konsep SATU MALAYSIA