Tidak kelembatan juga bah kan untuk menyentuh soal PPSMI??.. hati ini tergerak untuk menulis di lembaran ini.....
Sememangnya ini adalah kemenangan yang insan yang memperjuangkan PPSMI... jikalau diperdebatkan di kelas Salong pun..yah semestinya riuh rendah jadinya.....dan yang sangat menyeronokkan banyak watak dan perwatakan yang dapat dilihat...walau apa-apapun ini adalah kata putusnya...PPSMI telah dimansuhkan......yahh...jikalau anda tidak setuju...apa boleh buat ini adalah kenyataannya....
Penulisan saya ini dipetik daripada email yang telah saya baca dari Tuan HJ. Mohd. Isa, Mantan ketua Jabatan Pengajian Melayu, IPGM Kampus Keningau..sila lah luangkan masa anda untuk memperhalusinya...
Di bawah ini adalah sebahagian daripada ulasan blog tentang pemansuhan PPSMI mulai 2012 untuk rekod dan rujukan.
Ini semua adalah kemenangan bagi semua pejuang, baik orang perseorangan atau organisasi. Tanpa sekalian suara dan sumbangan barangkali sampai hari ini BM itu terus terhina di atas bumi tanah airnya sendiri. Alhamdulillah. Berwaspadalah terus, dan jangan lalai dan berasa selesa seperti pada masa lalu. Blog DesaKota: Bahasa Melayu Melawan Balik; Hari Ini Hari Kemenangan?, 8 Julai 2009.
Dalam mengimbas kembali pengkhianatan terhadap BM pada tahun 2002, saya tidak pasti akan tertebuskah dosa mereka terhadap BM dengan pemansuhan tertunda ini. Maruah BM bukan saja tercalar malah diinjak-injak oleh bangsa sendiri. Bila tahun 2012 muncul, kita akan kembali ke era 1960-an di mana bermulanya penggunaan BM untuk mengajar sains dan matematik (ilmu hisab). Betapa ruginya kita terpaksa memulakan semula sesuatu yang telah jalani 49 tahun yang lalu. Bergerak mundur ke belakang memerlukan rundingan dengan UNESCO yang sejak awal lagi pada tahun 2002 mengehendaki bahasa Ibunda digunakan untuk mengajar semua subjek pendidikan. Blog Wacana Seni: "Jenayah" terhadap Bahasa Melayu, 8 Julai 2009.
Berita pemansuhan PPSMI secara berperingkat- peringkat untuk sekolah rendah dan menengah sahaja kurang menggembirakan saya. Saya khuatir akan ada lagi helah lain untuk melambat-lambatkan pemansuhan itu secara total. Mudah-mudahan kekhuatiran saya itu tidak menjadi kenyataan. Blog Sambung-menyambung: Petikan E-Mel tentang Pemansuhan PPSMI, 8 Julai 2009.
Kepada teman-teman, janganlah menjadikan 'kejayaan atau kemenangan' (belum pasti sebenarnya) sebagai medan untuk kita mendabik dada dan menyerang mereka yang dianggap tidak bersama. Blog sayapmahati: Mari Berlapang Dada, 9 Julai 2009.
Sesungguhnya kita tidak dapat mengelak daripada terus berasa curiga. Namun jauh di sudut hati ini, wujud pula satu kerisauan apabila mendapati maklum balas daripada banyak pihak menunjukkan 'kita' sudah berpuas hati dengan keputusan KPM ini. Seolah-olah PPSMI dimansuhkan mulai hari ini, sedangkan ia hanya akan berlaku 3 tahun lagi! Adakah kita tidak sedar atau buat-buat tidak sedar bahawasanya keputusan pemansuhan PPSMI itu ditunda lagi? Kita bergembira pada sesuatu yang belum pasti. Blog Marni: Wahai Tan Sri, Mengapa Perlu 3 Tahun? 9 Julai 2009.
4. GMP penuh berharap agar perubahan ini berlaku bukan sahaja di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah sahaja malah meliputi semua peringkat pendidikan termasuk peringkat universiti. Blog Budaya dan Bahasa: Kenyataan Media Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), 9 Julai 2009.
TIDAK mengapalah kalau mereka akan mengadakan pesta sambutan kerana kegembiraan mendengar pengumuman itu. Tetapi saya tidak. Saya tidak akan pun berasa gembira dan tidak pun punya niat untuk menyatakan kegembiraan itu walau dengan cara apa pun. Blog Tanah-Air-Api- Angin: Gembira, Gembiralah, 10 Julai 2009.
Cikgu Ha berhenti mengambil nafas. "Adapun hamba lebih suka PPSMI dimansuhkan pada tahun yang bakal menjelang. Tidak perlu berlengah sehingga tiga tahun. Titah tersebut tiada serinya. Muslihat apa yang cuba dimainkan?" Blog Salam Ya Hamim: Titah Yang Tiada Serinya: Cikgu Ha, 10 Julai 2009.
Once upon a time the King of Siam asked his warriors to measure the weight of an elephant. However the weight of the elephant was too heavy to be measured by the biggest weighing machine available. Your task is to help the warriors to solve the problem.
Question 2: Abu Nawas’ Problem.
In one of the stories in ‘One Thousand and One Night’, Abu Nawas would only allow any traveler to fetch water from the only well in the desert after solving the following problem:
The travelers were given a 3-litre container and a 5-litre container. They have to measure exactly four and seven liters of water using the above containers. You are required to help the travelers solve the problem.
Alkisah disuatu pagi indah.... Langit yang dipenuhi dengan awan nan memutih...
Kelihatan sekumpulan anak-anak kecil... Ehhh... apa yang dilakukan tu??? Bergaduh ka tu??? Mari kita lihat apa mereka buat tu... OOooooo... anak-anak ne main Bola keranjang pula... Ingatkan bergaduh tadi... : : : : Ehh... yang ne kenapa pula ne??? : : : Mereka ne main Bola tapar pula daaa... ingatkan bat apa tadi... Majulah sukan untuk kesihatan...
KOD Kursus PSS3101 Pengenalan Pengajian Sosial (SEM. 1)
PSS3102 Sosiologi dari Perspektif Pengajian Sosial (SEM. 1)
PSS3103 Perkembangan Sejarah Negara (SEM. 2)
PSS3104 Geografi Persekitaran (SEM. 2)
PSS3105 Pendidikan Pembangunan Lestari (SEM. 3)
PSS3106 Politik dan Kerajaan (SEM. 3)
PSS3107 Nilai dan Etika dalam Pengajian Sosial (SEM. 4)
PSS3108 Mata Pelajaran Pengajian Sosial Sekolah Rendah (SEM. 4)
PSS3109 Sumber Pengajaran Pembelajaran dalam Pengajian Sosial (SEM. 5)
PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial (SEM. 5)
PSS3111 Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial (SEM. 6)
PSS3112 Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi (SEM. 6)
PSS3113 Penyelidikan Tindakan 1 - Pengajian Sosial Pendidikan Rendah (Kaedah) (SEM. 7)
PSS3114 Wacana dan Masyarakat (SEM. 8)
PSS3115 Penyelidikan Tindakan II - Pengajian Sosial Pendidikan Rendah(Pelaksanaan dan Pelaporan) (SEM. 8)
Elektif 1 Kursus Pendidikan Jasmani PJM3102 Pergerakan Asas (SEM. 2)
PJM3106 Anatomi dan Fisiologi (dan *PBS) (SEM. 3)
PJM3110 Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani (SEM. 4)
PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan (SEM. 5)
Elektif 2 Kursus English Language ELE3101 English for Undergraduates (SEM. 3)
ELE3102 Principles of English Language Teaching (SEM. 4)
ELE3103 English for the Language Teacher (SEM. 5)
ELE3104 English Language Teaching Methodology For Young Learners (SEM. 6)
Lihat table diatas. ....teliti...dan itulah elektif yang wajib kita pelajari sepanjang bergelar PISMP Pengajian Sosial.(Ini adalah 1st entry sy sbg penulis jemputan dlm blog ni.Sj bgtaw.hehe)
Ok class, jgn panik. Jgn risau.apa yang berlaku dikelas semalam tentang pemilihan subjek adalah kekeliruan dan kecelaruan semata-mata. JANGAN SALAHKAN KAMI SEBAB KAMI TIDAK TAHU DAN KITA SEMUA TIDAK DAPAT BRIEFING PASAL SUBJEK YANG BAKAL KITA AMBIL DLM PRGRM IJAZAH. Ini ada satu penjelasan dr Nurul Khairunie (beliau perolehi dari encik Luqman-IP Tawau) yg patut dikongsi dan diketahui oleh semua pelajar PISMP Pengajian Sosial.
Tak pyh buat undi BI atau PJ, sebab kedua2 subjek ni kita akn pelajari juga. Elektif tu adalah subjek yang wajib kita pelajari, dan tidak ada satu pun yang akn terkecuali. Misalnya, sem. 2 ni elektif kita yang akan masuk dalam peperiksaan besar ialah EDU3103 Murid dan Alam Belajar dan PJM3102 Pergerakan Asas, manakala sem.4 nanti elektif kita ialah PJM3106 Anatomi dan Fisiologi (dan *PBS) dan ELE3101 English for Undergraduates. Inilah maklumat yg diperolehi setakat ini. Kalau ada perubahan, diluar tanggungan saya. Nanti kamu marah pula salah inform.
Oh ya, tahniah kepada kesemua pelatih PISMP P.S atas keputusan peperiksaan kita yg memberangsangkan ;)
PS: Saya rasa kita ni perlu briefing pasal subjek yang akan kita pelajari setiap sem, selama 4 tahun.
Nilaikan kemerdekaan negara dari segi sejarah perkembangan negara, kemasyarakatan dan perpaduan serta pembinaan negara bangsa.
OBJEKTIF: a) Menghasilkan satu tugasan tentang penilaian terhadap kemerdekaan dari segi:
sejarah perkembangan negara
kemasyarakatan dan perpaduan
pembinaan negara bangsa
b) Menghasilkan tugasan berikut di atas berasaskan kepada perkara berikut:
Pemerolehan ilmu
Penguasaan ilmu
Pemindahan pembelajaran
ARAHAN: 1) Tugasan haruslah dilakukan dalam kumpulan (2 orang 1 kumpulan) 2) Panjang esei 1500 patah perkataan 3) Wajib bertaip menggunakan font Aial bersaiz 12, langkau 1.5 3) Menggunakan kertas muka warna biru dan bainding tape berwarna biru laut. 4) Tugasan haruslah dihantar sebelum 08 Julai 2009 sebelum jam 8 pagi.
Konsep yang diguna kali ini diambil dari konsep yang digunakan oleh pendaki:
"Tidak semua pendaki akan berjaya menuju ke puncaknya pada dakian pertama. Kejayaan mungkin berada pada pendakian kedua atau seterusnya dan apa yang paling penting teruskan usaha, jangan mudah berputus asa. Pastinya setiap langkah pendakian pasti ada halangan yang berbeza dan halangan ini pasti akan memberi pengalaman dan pengajaran dalam diri setiap pendaki. Paling penting JANGAN TAKUT UNTUK MENCUBA."
Konsep yang diguna pakai Begitu jugalah apabila diputar balikkan ke dalam kehidupan kita ini, gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya dan jika diputar balikkan lagi kedalam konsep guru dan murid, tidak semua murid akan mencapai kejayaan dalam setiap apa yang dilakukan olehnya dan yang pasti, setiap cubaan akan membawa pengalaman baru kepada murid tersebut.
Oleh dengan itu, yakinlah akan kebolehan diri murid dan diri anda. Sebagai seorang guru pula kita harus percaya bahawa anak murid anda akan berjaya suatu hari nanti. Walaupun mungkin tidak cemerlang dalam bidang pendidikan, akan tetapi sudah cukup memadai jika ia berjaya menjadi seorang manusia yang berguna. Memetik kata-kata En. Abdul Kasimin Japin (guru disiplin di SMK Keningau II: sekolah moderator dahulu)
"Bukan mudah untuk memanusiakan manusia"
Ayat bahasa Inggeris"A teacher achievement is not how manya A's or B's they produce but how many live they change and how many heart they touch." Ayat ini membawa maksud kejayaan seorang guru bukan dinilai melalui pencapaian muridnya melalui akademik semata-mata tetapi ia dinilai melalui sejauh mana seorang guru mampu membentuk peribadi muridnya.
Gambar yang diubahsuai dari gambar asal (di bawah)
Di awal pagi yang dingin, lokasi di Bumi Salong tercinta kami dikunjungi oleh pensyarah dari Jabatan Hal Ehwal Pelatih (HEP). Apakah yang akan berlaku? Keadaan agak membimbangkan kami. Namun kehadiran mereka pada kali ini membawa berita baik rupanya: dua berita baik yang mampu membuatkan kami terlonjak gembira.
Elaun akan didebitkan dalam akaun pelatih sebelum Julai 10
Keputusan peperiksaan bakal diumumkan kelak (sebenarnya ini agak membimbangkan)
ELAUN masuk... Ingat kawan-kawan, kita kena buat baju kelas baru: Baju kurung atau baju batik. Baju lama dah lapuk dah. Yuran keceriaan kelas jangan dilupakan. Ini lagi satu, dari dulu kita merancang mau berjalan beramai-ramai... bila mau jadi rancangan kita ne?? Mari kita serang SIPITANG masa Pesta GATA (Gasing dan tamu besar) hujung bulan ni.
01 Julai 2009, Jabatan Sains Sosial - Mesyuarat kali pertama bagi Jawatankuasa Blog Jabatan Sains Sosial telah diadakan bermula tepat pada jam 2.30 petang yang dipengerusikan oleh Mejar (B) Yeap Keng Leng, Ketua Jabatan Sains Sosial (JSS). Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pensyarah JSS, En Yaazid pegawai ICT, ketua kelas dan moderator bagi kelas-kelas di bawah JSS.
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk menyusun dan mengemaskini blog JSS sebelum disambungkan ke laman web rasmi IPGM Kampus Keningau disamping membentuk jawatankuasa yang berkenaan.
Dalam mesyuarat ini, En. Yazid Tuah telah membaca dan menerangkan beberapa peraturan berkenaan dengan penerbitan bahan dalam blog atau laman web. Ini termasuklah larangan mempromosi laman web yang tidak berfaedah dan tidak berkenaan dengan pendidikan, larangan memaparkan bahan-bahan yang boleh menyentuh isu-isu sensetif atau bahan yang boleh menjejaskan imej pihak pentadbir. Menurut beliau, sebelum menerbitkan sesuatu bahan dari blog atau laman web lain, moderator haruslah memohon keizinan daripada moderator asalnya terlebih dahulu dan melakukan proses pautan semula ke blog/ laman web asal sebagai tanda penghargaan.
Mejar (B) Yeap Keng Leng berpendapat bahawa jawatankuasa blog yang dibentuk dapat memberikan faedah yang baik kepada pensyarah dan guru pelatih terutamanya. Menurut beliau, setiap kelas yang mempunyai blog bolehlah mengorganisasikan satu jawatankuasa blog agar pengemaskinian maklumat dan bahan dalam blog berkenaan dapat dijalankan dengan lancar dan membawa faedah kepada semua pembaca dan pelawat. Menyentuh akan persoalan komen atau ruang luahan perasaan, beliau mengatakan bahawa penulis mahupun pembaca harulah bijak menggunakan bahasa yang baik dan sesuai dalam mengutarakan rasa ketidak puashatian ataupun semasa memeberikan pendapat. Moderator juga haruslah peka akan situasi ini.
Dalam mesyuarat ini juga, Pn. Afinah A.D Matsud telah menerangkan serba sedikit mengenai perancangan awal sambutan Bulan Kemerdekaan Kampus. Sekiranya perancangan awal ini dapat dilaksanakan, Kami berpendapat bahawa bulan kemerdekaan pada tahun ini merupakan bulan yang paling bererti kepada warga Kampus Keningau. Maklumat mengenai bulan Kemerdekaan akan di paparkan dalam keluaran akan datang.
Mesyuarat berakhir pada jam 3.45 petang beserta dengan sedikit jamuan ringan yang ditaja oleh En. Abd. Kadir Mohd. Azis. Seiring dengan kemajuan teknologi negara kita pada masa kini, saya selaku moderator blog PISMP Pengajian Sosial amat menghargai dan memuji usaha yang dilakkan oleh Jabatan Sains Sosial. Semoga segala usaha yang kita lakukan dirahmati oleh-Nya.
Kusyuk mendengar penerangan dari En Yazid Tuah En Mohd. Johan menerangkan mengenai penstrukturan semula JSS
Maklumat tambahan:
Seiring dengan proses penstrukturan semula Jabatan, Jabatan Kajian Sosial telah bertukar nama kepada Jabatan Sains Sosial (JSS).
Kelas di bawah JSS
PISMK-OUM semester 8
PISMP Reka Bentuk Teknologi (RBT) Ambl. Januari 2008
Siapakah yang bakal memegang jawatan ketua dan penolong ketua kelas pada semester ini?? Siapakah yang bakal menjadi setiausaha dan bendahari kelas?? Siapakah yang bakal menjadi pengurus buku rekod kehadiran kelas??? Siapakah bakal pengurs-pengurus subjek yang berjaya itu??
Kesemua persoalan ini bakal terjawab pada minggu hadapan. Pastikan anda teruskan bersama saya moderator tetap PISMPPengajian Sosial, tahun 1, semester 2.
PUTRAJAYA: Dua kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim 2, Kudat, Sabah ditutup semalam berikutan penularan Influenza A (H1N1) di sekolah berkenaan, membabitkan 125 murid dan guru diarah untuk kuarantin di rumah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata penularan wabak itu adalah daripada seorang guru berumur 24 tahun di sekolah berkenaan, yang bercuti ke Istanbul selama 17 hari, kembali ke Malaysia pada 18 Jun lalu dan kembali mengajar pada 22 Jun 2009.
"Beliau hanya menunjukkan gejala demam dan batuk pada 23 Jun, telah pergi mendapatkan rawatan di Hospital Kudat pada hari sama, kemudian dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan disahkan positif H1N1 semalam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata lapan ahli keluarganya turut dikuarantin di rumah dan kes itu menyumbang kepada 14 kes baru wabak H1N1 yang dilaporkan di Malaysia hari ini, yang terdiri daripada 13 kes import dan satu kes jangkitan tempatan.
Katanya ini menjadikan jumlah terkumpul kes H1N1 sehingga jam 8 pagi ini berjumlah 105 kes iaitu 90 kes import dan 15 kes jangkitan tempatan.
Cuti sudah tamat... dah balik ke kampus, Majlis Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) untuk KPLI ambilan Jun 2009 bermula... kelas jangan tanya, kelas memang sentiasa ada, penghuninya macam 'chipsmore' Asrama ada penyelengaraan elektrik: blok D.
Sebagai moderator, saya ingin mengucapkan SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS & SELAMAT MENERIMA JUNIOR
NUTP tak setuju lanjut Kursus Perguruan Lepasan Ijazah 18 bulan
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah cadangan Kementerian Pelajaran memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) daripada setahun kepada 18 bulan.
Presidennya, Hashim Adnan, berkata tempoh setahun sudah memadai kerana pelatih terbabit sebelum ini sudah menghabiskan masa empat tahun di universiti.
"Jika kita fikir secara logik mereka sudah belajar bertahun-tahun di universiti. Kalau dicampur dengan tempoh belajar pada peringkat KPLI jika ia dilanjutkan, hampir enam tahun baru mereka dapat merasa gaji," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kelmarin, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Misrah Ibrahim, berkata pihaknya kini pada peringkat akhir memuktamadkan kertas kerja mengenai cadangan itu dan paling awal ia akan dilaksanakan pada pengambilan Januari depan.
Misrah berkata, keputusan itu diambil berikutan desakan pelbagai pihak yang mendakwa tempoh setahun sekarang kurang berkesan dalam melahirkan guru berkualiti.
Hashim sebaliknya mencadangkan supaya tempoh latihan praktikal dilanjutkan, berbanding tiga bulan sekarang.
Beliau juga mencadangkan sistem pengambilan ke KPLI diperkemaskan bagi memastikan pelajar betul-betul berminat untuk menjadi guru.
"Saya mencadangkan supaya kementerian mengadakan minggu suai kenal selama dua minggu bagi memberi ruang kepada pelajar untuk menarik diri daripada menyertai KPLI jika merasakan tidak sesuai untuk berkhidmat sebagai guru.
"Sistem ini diguna pakai bagi pengambilan kadet anggota tentera dan polis. Jika yang terpilih semuanya terhadap profesion keguruan, maka kerajaan tidak akan rugi dan mereka pun cepat dapat berkhidmat," katanya.
Sementara itu, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Aminah Ayob, juga berpendapat bahawa tempoh setahun pengajian KPLI sudah memadai.
Aminah bersetuju jika tempoh praktikal pelajar KPLI dilanjutkan bagi memberi pendedahan sewajarnya kepada bakal guru.
"Apa yang penting adalah kandungan dan penyampaian pedagogi dengan sempurna, pembelajaran secara mikro serta latihan tiga bulan di sekolah dapat membantu mereka menjadi guru yang berkualiti," katanya.