11 Disember 2009
keputusan peperiksaan;
bahagian pendidikan guru
sertakan no mykad dan angka giliran.
oleh kerana saya lupa no angka giliran saya, jadi saya tidak dapat check. hehe.
selamat berjaya kawan-kawan.
21 Oktober 2009
Bersatu teguh, bercerai roboh
(dari kiri) Farah, Zahiddin, Hasifi, Velerie, Oilan, Angie
Pasukan bumi Salong telah berjaya menumpaskan pasukan PPISMP Pemulihan semester 3 pada usingan pertama dan akan bertemu dengan pasukan PISMP Bahasa Melayu semester 2 pada perlawanan akan datang.
Juru gambar sempat merakamkan beberapa aksi menarik sepanjang perlawanan berlangsung.
Penuh bersemangat...
Anggie menerangkan strategi perlawanan sebelum perlawanan dimulakan.
(gambar bawah) Kelihatan Farah, Zahid dan Hasifi serius memerhatikan pasukan lawan melakukan reggangan.
Velerie juga tidak melepaskan peluang memberikan semangat kepada ahli pasukan Bumi Salong.
Pengadil yang cekap, adil dan peka.
Aksi-aksi hebat servis dari pasukan bumi Salong untuk pihak lawan.
Mohd. Zahiddin Madaile
Mohd Hasifi Hartono Kamis
Nurfarhana Selline Salleh
Chong Oi Lan
Velerie Wheelervon Primus
Anggie Anjis
AKSI-AKSI KANDIT
Antara penyokong yang begitu setia dengan pasukan masing-masing...
Meris dengan sepanduknya sekali...
AKHIR sekali, selamat berjuang buat rakan-rakan semua. Semoga kita semua memperoleh kejayaan yang diinginkan. Majulah sukan untuk bakal guru negara.
Juru gambar: Nurul Khairunie Mahtar (pemilik kasut gambar di bawah)
15 Jun 2009
Kesatuan guru bantah
NUTP tak setuju lanjut Kursus Perguruan Lepasan Ijazah 18 bulan
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah cadangan Kementerian Pelajaran memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) daripada setahun kepada 18 bulan.
Presidennya, Hashim Adnan, berkata tempoh setahun sudah memadai kerana pelatih terbabit sebelum ini sudah menghabiskan masa empat tahun di universiti.
"Jika kita fikir secara logik mereka sudah belajar bertahun-tahun di universiti. Kalau dicampur dengan tempoh belajar pada peringkat KPLI jika ia dilanjutkan, hampir enam tahun baru mereka dapat merasa gaji," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kelmarin, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Misrah Ibrahim, berkata pihaknya kini pada peringkat akhir memuktamadkan kertas kerja mengenai cadangan itu dan paling awal ia akan dilaksanakan pada pengambilan Januari depan.
Misrah berkata, keputusan itu diambil berikutan desakan pelbagai pihak yang mendakwa tempoh setahun sekarang kurang berkesan dalam melahirkan guru berkualiti.
Hashim sebaliknya mencadangkan supaya tempoh latihan praktikal dilanjutkan, berbanding tiga bulan sekarang.
Beliau juga mencadangkan sistem pengambilan ke KPLI diperkemaskan bagi memastikan pelajar betul-betul berminat untuk menjadi guru.
"Saya mencadangkan supaya kementerian mengadakan minggu suai kenal selama dua minggu bagi memberi ruang kepada pelajar untuk menarik diri daripada menyertai KPLI jika merasakan tidak sesuai untuk berkhidmat sebagai guru.
"Sistem ini diguna pakai bagi pengambilan kadet anggota tentera dan polis. Jika yang terpilih semuanya terhadap profesion keguruan, maka kerajaan tidak akan rugi dan mereka pun cepat dapat berkhidmat," katanya.
Sementara itu, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Aminah Ayob, juga berpendapat bahawa tempoh setahun pengajian KPLI sudah memadai.
"Apa yang penting adalah kandungan dan penyampaian pedagogi dengan sempurna, pembelajaran secara mikro serta latihan tiga bulan di sekolah dapat membantu mereka menjadi guru yang berkualiti," katanya.
dipetik dari: Berita Harian online
APA KOMEN ANDA???