24 Oktober 2009

TERKINI!!!

Keningau, Rabu, 21 Okt 2009 - Salah seorang daripada ahli bumi Salong En. Mohd. Zahiddin Madaile telah mengalami kecederaan di bahagian lutut kaki beliau semasa menyertai perlawanan futsal yang dianjurkan dalam Festival Sukan peringkat Kampus Keningau.

"Proses pemanasan badan (warm up) yang tidak dilakukan dengan sempurna antara punca saya mendapat kecederaan ini. Pertukaran jadual perlawanan yang mengejut membuatkan saya tidak sempat untuk melakukan aktiviti pemanasan dengan sempurna." En. Mohd. Zahiddin.

Menurut beliau lagi selama beliau terlibat dalam arena bola sepak sejak sekolah rendah, beliau tidak pernah mengalami sebarang kecederaan seperti yang dialaminya kini. Beliau menekankan bahawa aktiviti pemanasan badan merupakan proses yang paling penting sebarang menjalankan sebarang aktivi sukan dan rekreasi.

Dari meja terbitan berita bumi Salong mengharapkan agar beliau akan cepat sembuh, rajin-rajin makan ubat, jagalah keselamatan diri, berjalan perlahan-lahan dan jangan turun ke padang untuk bermain bola sekiranya belum sembuh sepenuhnya. Kepada kawan-kawan semua marilah kita doakan kesejahteraan semua penduduk bumi Salong.

En.Mohd Zahiddin kelihatan sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan daripada doktor yang bertugas.

Tiada ulasan: