10 Oktober 2010

Mengapai Impian

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia buat rakan-rakan semua. Saya sebagai admin blog ini ingin mengucapkan tahniah kepada penduduk Salinatan (PISMP Pengajian Sosial) dan PISMP Prasekolah ambian Januari 2009 kerana telah berjaya menganjurkan Kembara Sosial Program Anak Angkat Bina Insan Guru baru-baru ini. Saya juga mewakili seluruh penduduk Salinatan merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah memberikan sumbangan dari pelbagai aspek sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang kami menganjurkan program ini. Semoga segala bantuan yang diberikan akan diberkati oleh-Nya. Kepada pihak penganjur juga merangkap sebagai peserta program, jadikanlah segala ilmu baharu yang diperoleh sepanjang program ini sebagai pengajaran dan panduan pada masa akan datang. Laporan program perlu dihantar kepada pengerusi program En. Velerie Wheelervon Primus pada 11 Oktober 2010 (Isnin). 
PISMP Pengajian Sosial & PISMP Prasekolah 2010

Tiada ulasan: