29 September 2010

Kembara Sosial

KEMBARA SOSIAL PROGRAM KELUARGA ANGKAT BINA INSAN GURU PISMP SEMESTER 4/FASA 4

TARIKH: 
1 OKTOBER 2010 & 3 OKTOBER 2010 (JUMAAT & AHAD) 

TEMPAT:
KG. MALIMA SOOK, KENINGAU, SABAH


ANJURAN:
PISMP PENGAJIAN SOSIAL & PISMP PRA SEKOLAH AMBILAN JANUARI 2009



1.   MATLAMAT

Program ini diadakan bagi memenuhi kehendak tugasan Bina Insan Guru (BIG) yang telah diamanahkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang berhasrat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan  Falsafah Pendidikan Guru dan nilai-nilai keguruan.

OBJEKTIF 
  • Melatih pelatih dalam kemahiran merancang, melaksana dan mengurus program atau aktiviti.
  • Melaksanakan sesuatu aktiviti berasaskan semangat berpasukan, amanah dan kesediaan berbakti.
  • Mengeratkan ikatan silaturahim antara pelatih dengan masyarakat di kampung tersebut.
  • Memberi peluang kepada para pelatih untuk mengenali dan mengetahui secara lebih dekat corak kehidupan kampung tersebut.
  • Menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.
  • Menjadi insan guru yang berilmu, beradab, berwatak, inovatif, kreatif dan berketrampilan.
  • Menimbulkan keinsafan dan tanggungjawab mulia sebagai insan guru.

Tiada ulasan: