26 Oktober 2009

Satu Suara Negaraku Tercinta

Keningau, Khamis, 22 Okt 2009 - Sebahagian daripada penduduk bumi Salong telah menyertai pertandingan koir bersempena dengan festival budaya yang dikendalikan oleh opsyen KPLI Muzik ambilan Jun 2009.

Penduduk Salong yang hanya menggunakan pakaian batik kelas yang agak berusia mempersembahkan lagu medley petriotik bertajuk Wawasan dan Negaraku Tercinta. Atas usaha gigih, berbekalkan jurulatih sedia ada (Anggie Anjis) dan pemain muzik yang diimport khas dari PISMP Bahasa Melayu sem. 2 akhirnya pasukan ini menjadi penyandang tempat kedua berada di belakang PISMP Pendidikan Pemulihan sem. 2.


(Gambar atas) Barisan penyanyi suara tanor dan soprano

(Gambar bawah) Barisan penyanyi suara melodi


Persembahan yang yankin dan penuh bersemangat

(Gambar atas & bawah) Anggie Anjis, konduktor koir juga sebagai jurulatih yang berpengalaman.


(Gambar bawah) Allyvian, pemain muzik berkemahiran yang diimport khas dari PISMP Bahasa Melayu sem. 2.



Pesaing dan juga merupakan juara pertandingan koir tahun ini. PISMP Pendidikan Pemulihan sem. 2 ambilan Januari 2009. Tahniah.


Tiada ulasan: