Pergi sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.
Syukur kepada Tuhan kerana memberi pelindungan kepada kami sepanjang program BIG yang telah kami sertai selama 4 hari dan 3 malam
BIG sememangnya sesuatu yang menyeronokkan...
Terutamanya apabila terdapat pelbagai cabaran diluar jangkaan minda, cabaran yang tidak pernah terlintas dalam kotak pemikiran kami...
contoh yang paling nyata... Kami berpeluang untuk merasai pelbagai jenis kawat... kawat yang bukan sekadar kawat biasa... namun ini merupakan kawat luar biasa...
1. kawat Pasir
2. kawat Lumpur
3. kawat Laut
4. kawat Paya
inilah contoh kawat lumpur...
*maaf gambar tidak jelas disebabkan cuaca yang panas terik...
keempat-empat kawat ini memerlukan kekuatan stamina kaki dan psikolgi diri... memang seronok...
Selain kawat... Kami, nampakya apabila sesat di hutan belantara, kami masih boleh hidup lama dan mendapatkan bekalan makanan... perkara ini terbukti apabila tiada kumpulan yang kecundang dalam aktiviti iktiar hidup... caayaalah... hebat...
Kayak... antara aktiviti yang diminati dan dinanti-nanti... selepas aktiviti 'water confident' sehari yang lalu memudahkan kami turun ke laut... Walaupun ada yang masih fobiah dengan air, namun mereka gagahkan juga diri ntuk menyertai aktiviti ini... dan hasilnya, semua terlibat walaupun diancam oleh abang ubur-ubur... dan juga ada yang mabuk laut... aweeekkk.. (bunyi muntah)
Sebut akan aktiviti air mengingatkan kami akan sang Belangkas... perumpamaan seperti belangkas terbukti benar apabila kami berkesempatan menyaksikan sepasang belangkas yang terdampar di pantai disebabkan keadaan air laut yang surut di awal pagi...
Ini dia belangkas
LDK jangan ditanya... ini lah bahagian yang agak membosankan sepatutnya... namun pada kali ini... LDK tidak banyak dijalankan dalam bentuk kumpulan kecil... ini dilakukan secara beramai-ramai... lebih seronok dan cepat habis daripada biasa... ditambahkan lagi dengan nyanyian dan tepuk sorak yang amat menyeronokkan yang berjaya menaikkan semangat kami...
Terlalu banyak pengalaman manis dan pahit yang terpahat dalam minda masing-masing dan tidak mampu diungakapkan segaa-galanya... biarlah hanya minda dan hati masing-masing yang berbicara...
Akhir sekali, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pensyarah yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga bagi membimbing dan medorong kami sepanjang program ini serta mereka semua yang secara langsung atau tidak langsung telah membantu kami menjayakan program ini.
Tenang-tenang air dilaut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan