06 Julai 2009

Konsep gambar

Konsep yang diguna kali ini diambil dari konsep yang digunakan oleh pendaki:
"Tidak semua pendaki akan berjaya menuju ke puncaknya pada dakian pertama. Kejayaan mungkin berada pada pendakian kedua atau seterusnya dan apa yang paling penting teruskan usaha, jangan mudah berputus asa. Pastinya setiap langkah pendakian pasti ada halangan yang berbeza dan halangan ini pasti akan memberi pengalaman dan pengajaran dalam diri setiap pendaki. Paling penting JANGAN TAKUT UNTUK MENCUBA."

Konsep yang diguna pakai Begitu jugalah apabila diputar balikkan ke dalam kehidupan kita ini, gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya dan jika diputar balikkan lagi kedalam konsep guru dan murid, tidak semua murid akan mencapai kejayaan dalam setiap apa yang dilakukan olehnya dan yang pasti, setiap cubaan akan membawa pengalaman baru kepada murid tersebut.

Oleh dengan itu, yakinlah akan kebolehan diri murid dan diri anda. Sebagai seorang guru pula kita harus percaya bahawa anak murid anda akan berjaya suatu hari nanti. Walaupun mungkin tidak cemerlang dalam bidang pendidikan, akan tetapi sudah cukup memadai jika ia berjaya menjadi seorang manusia yang berguna. Memetik kata-kata En. Abdul Kasimin Japin (guru disiplin di SMK Keningau II: sekolah moderator dahulu)
"Bukan mudah untuk memanusiakan manusia"

Ayat bahasa Inggeris "A teacher achievement is not how manya A's or B's they produce but how many live they change and how many heart they touch." Ayat ini membawa maksud kejayaan seorang guru bukan dinilai melalui pencapaian muridnya melalui akademik semata-mata tetapi ia dinilai melalui sejauh mana seorang guru mampu membentuk peribadi muridnya.


Gambar yang diubahsuai dari gambar asal (di bawah)

Tiada ulasan: