Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

11 Mei 2010

13 Mei

Kenang kembali 41 tahun yang lalu...
13 Mei 1969 merupakan satu peristiwa hitam yang tercoret dalam sejarah negara. Pada ketika itu, negara masih dalam usia yang muda dalam megenal erti kebebasan.


13 Mei 1969

Ketika berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 sememangnya saya belum lahir ke dunia, eyalah kalau dah lahir pun pada masa itu belum tentu dapat hidup dan kalaupun hidup tidak mungkin umurku boleh berpanjangan sampai sekarang. Peristiwa 13 Mei 1969 hanya dapat saya gambarkan dalam minda dan dapat merasakan derita kehidupan pada ketika itu melalui pembacaan dari sumber internet dan buku-buku sejarah. Melalui peristiwa hitam ini, pemimpin negara pada ketika itu telah membuka mata bahawa perpaduan merupakan aspek terpenting dalam membangunkan negara Malaysia yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum. Kesedaran inilah yang telah mengubah negara dan berjaya membentuk negara kearah negara sedang membangun kini.

Walaupun peperiksaan semakin dekat, entry ini bukannya untuk tujuan mengulangkaji pelajaran... (ini subjek tahun lepas lah). Sebabnya hari ini 11hb Mei 2010, besok 12 hb dan lusa 13 Mei 2010. Tarikh inilah yang telah membuatkan saya tergerak hati untuk buat entry ini. Kepada pembaca yang sudah melupakan sejarah negara... Baca dan kenang-kenangkanlah kembali sejarah negara yang telah berjaya mencorak negara kita sehingga kita mencapai hari ini.

Bak kata pepatah ~ Yesterday is history, today is reality and tomorrow is mystery

07 Mac 2010

merentas desa ipg kampus keningau 2010.

okay hari ni rasa sedikit penat sebab perlu bangun awal di pagi hujung minggu dan seterusnya berpanas-panasan bergerak berlari ke sana ke mari menembak wajah-wajah manusia di IPKS.

so we had college running today, merentas desa. ya amatlah merentas desa. mereka ini telah berlari memasuki perkampungan penduduk di keningau. dan harus mengagumi mereka kerana laluan atau track yang dilalui adalah berbukit curam dan tinggi.

but somehow i feel this year's college running tidak semeriah tahun lepas. mungkin sebab kekurangan bajet kot. tahun lepas minuman 100 plus diberikan percuma secara berleluasa, siap boleh tapau 10 tin setiap seorang kerana memang amat mewah. haha tapi tidak lah pasal tu ja sebab. banyak sebab lagi.

kerana saya amat penat, saya malas upload gambar banyak-banyak. layan mana yang ada sahaja lah dulu ye.

DSC08637
memasang tanda warna rumah sukan.
DSC08698

DSC08733
stretching sebelum memulakan larian.
DSC08773
DSC09337-vert
DSC08911
encik sallehudin sebagai ketua program memberikan taklimat kepada pelajar. antara pelajar dalam gambar ni, ada yang juara larian. cuba kamu teka yang mana satu.
DSC08880-vert
memulakan larian dengan bergaya...
DSC09200
DSC09258
dan mengakhiri larian dengan bergaya juga.
DSC09217
DSC09317
maka apabila selesai larian, boleh lah duduk-duduk bercerita sambil view balik gambar2 yang sudah ditembak.
DSC09231
inilah pemenang larian pada tahun ini! brian midir. bertubuh kecil tapi semangat kuat dan besar. malah tahun ini adalah tahun kedua memenangi larian peringkat kampus. way to go brian!
DSC09275
mengakhiri post kali ini dengan portraiture puan syikin sebab saya suka reflection di glasses dia. hehe.


TAHNIAH WARGA KAMPUS KENINGAU!

08 Disember 2009

Cemerlang bukan hanya pada A

Forum Utusan Malaysia | 4 Disember 2009 |

SAYA tertarik dengan pandangan yang dikemukakan oleh Profesor Rosnani Hashim dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkenaan isu pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dibandingkan antara pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang berlaku sekarang.

Juga cadangan menghantar guru Melayu dari SK untuk `belajar' daripada guru Cina dari SJKC kaedah mengajar Matematik dan Sains yang dikatakan lebih baik.

Keputusan UPSR baru-baru ini perlulah dianalisis secara lebih mendalam, bukan sahaja ke atas angka-angka yang terbit daripadanya, tetapi juga perlu dilihat dari aspek falsafah dan hasil yang ingin dicapai.

Perlu ditekankan, hari ini pelajar diasak dengan tekanan berapa banyak A diperoleh daripada peperiksaan. Pelajar yang mendapat lebih banyak A dianggap lebih cerdik, bergeliga dan menjadi kebanggaan. Sebaliknya mereka yang mendapat kurang A dianggap tidak baik dan dipandang rendah.

Benar, sepintas lalu mereka yang mendapat lebih banyak A adalah lebih baik berbanding yang mendapat kurang A. Tetapi apakah itu matlamat akhir kurikulum pendidikan kita dan bertepatan dengan Dasar Pendidikan Nasional?

Perlulah diinsafi, dengan cabaran globalisasi dunia hari ini, pelajar bukan sahaja perlu dilengkapkan dengan kepandaian intelektual (melalui A dalam peperiksaan) tetapi juga seimbang dengan kemahiran insaniah yang meliputi aspek kemanusiaan lain.

Antaranya seperti kerjasama, toleransi, semangat setiakawan, kekitaan, hormat kepada orang lebih tua dan pemberi ilmu. Apabila berjaya kelak, mereka akan menjadi warga yang cintakan negara, tidak mengkhianati bangsa dan bersama-sama membantu membangunkan negara. Namun elemen itu dilihat semakin kurang ditekankan demi mengejar bilangan A dalam peperiksaan.

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan oleh Prof. Rosnani, generasi yang bagaimana ingin dilahirkan oleh kerajaan. Adakah generasi bijaksana (berdasarkan kecemerlangan peperiksaan) tetapi gagal menjadi insan syumul? Ataupun generasi yang cemerlang bukan sahaja dari aspek akademik malahan sempurna nilai insaniah mereka? Konsep keseimbangan ini amat perlu direnung kerana kita tidak mahu melahirkan generasi robotik yang mementingkan diri sendiri sahaja kerana negara akan rugi kemudian hari.

Kurikulum pendidikan di SJKC memang menitikberatkan latih tubi dan banyak masa diperuntukkan untuk itu. Sebagai korban, masa untuk pengajaran Bahasa Malaysia, Pengetahuan Sivik dan Tatasusila serta Sejarah dikurangkan.

Selain itu, jika dilihat secara umum taburan SK dan SJKC, kebanyakan SK terletak bukan di kawasan bandar (kerana demografi masyarakat Melayu adalah di kawasan kampung) berbanding SJKC yang banyak bertaburan di kawasan bandar. Dari situ, perbezaan demografi dan infrastruktur telah jelas menyebelahi SJKC.

Pola perbezaan ini menyumbang kepada keberkesanan pelajaran. Hasilnya, lahirlah sepasukan pelajar baru masuk ke universiti yang tidak pandai untuk berkomunikasi dengan baik dalam bahasa kebangsaan (malah dalam bahasa Inggeris juga), tidak pandai bergaul dengan rakan sekuliah (melainkan rakan sebangsa sendiri sahaja) dan tidak menghormati pensyarah.

Mereka juga didapati kurang kemahiran berfikir dengan kritis apabila timbul persoalan yang memerlukan jawapan berdasarkan idea dan intelektual pelajar. Sebaliknya, apabila disoal dengan soalan langsung daripada buku, mereka dapat menjawab dengan cemerlang. Dari situ, dapat disimpulkan pelajar kita hari ini adalah ibarat sepan, hanya menyerap ilmu yang diberi sahaja dan mengeluarkannya kembali dalam dewan peperiksaan tetapi gagal mengembangkan idea daripada asas ilmu yang diberikan.

Cadangan daripada Prof. Rohani agar gagasan dan idea baru yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan berkaitan dengan pendidikan perlulah dirujuk kepada pakar, ada benarnya. Ini kerana merekalah kelompok cerdik pandai yang tahu dengan lengkap ruang lingkup dan cara bagaimana ingin mencanai pelajar agar menjadi bukan sahaja generasi berilmu, tetapi yang lebih penting berakhlak, beragama dan mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi. Dan menghantar guru dari SK yang rata-ratanya guru Melayu ke SJKC yang rata-ratanya bukan Melayu bukan sahaja tidak perlu malah ia difikirkan tidak menyelesaikan masalah sebenarnya.

Dipetik daripada email Tuan Hj. Isa

Erti Sebenar Guru Cemerlang

Sumber: Forum Utusan Malaysia |3 Disember 2009|

SAYA merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, yang menyarankan agar guru-guru menerima sahaja tugasan yang diberi kerana ia akan membentuk sikap bertanggungjawab dan dedikasi kepada tugas sebagai pendidik.

Sebagai guru, saya percaya semua guru bersetuju dengan pandangan beliau. Pendedahan kepada pelbagai bidang tugas memang satu nilai tambah kepada modal insan guru.

Namun begitu, saya berpendapat, sebagai Ketua Pengarah Pelajaran, beliau patut sudah mengetahui tentang bebanan tugas guru yang sudah menyebabkan hampir 80 peratus guru hilang fokus, masa dan tenaga yang sepatutnya ditumpukan kepada tugasan sebenar, iaitu mengajar di dalam kelas. Perkara ini jika berlarutan, kalau ditambah bilangan guru 10 kali ganda pun, tapi kalau semuanya hendak buat kerja pentadbiran, memang tidak berubah keadaan sekolah-sekolah kita.

Inilah yang menimbulkan rungutan guru-guru. Apabila proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) terganggu, murid ketinggalan dalam akademik dan menimbulkan masalah disiplin. Kemudian ibu bapa pula merungut. Padahal sebagai guru, kita sudah melakukan apa yang termampu dengan masa dan tenaga yang terhad.


Tugas perkeranian ini bukan sahaja sudah menyebabkan tumpuan kepada bidang akademik terganggu, malah ia telah mengelabui mata para pentadbir dalam bidang pendidikan juga, bermula dari pentadbir sekolah, sehinggalah ke peringkat jabatan pelajaran negeri-negeri.

Malah, pada pendapat saya, pelantikan Ketua Pengarah Pelajaran dari kalangan guru yang merupakan orang akademik (yang akhirnya terpaksa duduk di pejabat membuat tugasan pentadbiran) ialah bukti bagaimana fokus kepada akademik telah dilonggarkan, kerana tuntutan kerja-kerja pentadbiran. Bayangkanlah kalau seseorang pada tahap kematangan dan pengalaman yang ada pada Alimuddin, duduk di dalam kelas untuk mengajar. Beliau barangkali boleh menghasilkan beratus-ratus lagi anak bangsa yang bakal menyumbang kepada negara. Tapi akhirnya beliau diletakkan di pejabat.

Kenapa tidak kita berikan kerja pentadbiran kepada orang pentadbiran, dan kita orang akademik, buatlah kerja akademik. Kenapa guru yang sudah berpengalaman bertahun-tahun akhirnya disuruh membuat kerja pentadbiran? Bukankah pengalaman dan pengetahuan mereka boleh membantu lebih ramai murid menjadi cemerlang? Adakah menjadi orang akademik terhebat masih rendah tarafnya berbanding orang pentadbiran yang duduk di pejabat?

Lihatlah bagaimana pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, prestasi melintang (sudah tidak akan diamalkan lagi) pelantikan guru pakar, guru bestari dan guru cemerlang. Adakah mereka yang diberi semua penghargaan ini dilantik di kalangan guru yang anak murid mereka menunjukkan peningkatan prestasi akademik? Tidak!

Kebanyakan penerima anugerah dan pentadbir-pentadbir sekolah, pejabat pelajaran daerah dan jabatan pelajaran negeri dilantik di kalangan orang yang menonjol di bidang pentadbiran semata-mata. Sebab itulah kita lihat masih ada murid yang gagal subjek-subjek tertentu walaupun diajar oleh guru pakar, guru cemerlang dan guru bestari. Ini kerana yang `bestari', `cemerlang' dan `pakar' ialah kerja pentadbiran guru itu, bukan teknik P&Pnya. Sekarang ini dengan peperiksaan PTK, guru yang malas masuk kelas pun boleh dapat kenaikan gaji dan pangkat.

Malah, saya sendiri pernah melihat seorang guru yang sangat konsisten. Guru ini setiap tahun (selama hampir 18 tahun) mencatatkan peratus lulus subjek Sains melebihi 95 peratus di semua kelas yang diajarnya, walau pun saban tahun mendapat kelas paling hujung, walaupun mengajar murid yang buta huruf, walaupun format peperiksaan kerap bertukar.

Beratus-ratus muridnya daripada tidak mengenal huruf, akhirnya mendapat A dalam subjek Sains SPM. Tetapi guru ini tidak pernah diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, hanya kerana guru ini tidak mempunyai hubungan baik dengan pentadbir sekolah yang hanya mementingkan kerja pentadbiran. Guru ini pula memang menolak kerja pentadbiran kerana kerja pentadbiran akan menyebabkan dia mengabaikan murid-muridnya, sesuatu yang guru ini enggan lakukan.

Bagi saya, sekalipun guru ini dilihat `melawan ketua', tetapi komuniti kecil guru-guru dan murid-murid sekolah menyanjung dan menghormati guru ini kerana keberaniannya meletakkan fokus pada apa yang berhak, iaitu murid-murid. Guru ini juga tidak lokek membantu guru-guru muda dari segi memberi bimbingan tentang teknik P&P yang berkesan. Bagi guru muda seperti saya, inilah guru dalam erti kata sebenar.

Bagaimana boleh berlaku, dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, guru yang pandai mengajar diketepikan berbanding guru yang hanya pandai menaip dan mengemas fail? Di manakah profesionalisme guru? Bagi saya, seorang guru itu profesional jika dia pandai mengajar kerana itulah sebenarnya tugas hakiki seorang guru. Tapi hari ini, guru yang membuat kerja yang betul tidak diberi penghargaan sepatutnya, dan guru yang tidak pandai mengajar pula yang diletakkan di tempat tinggi, diberi elaun, kuasa dan jawatan. Bagaimanakah guru-guru yang setiap hari berhempas-pulas dengan murid di dalam kelas hendak menghormati pentadbir mereka yang tidak pandai mengajar pun?

Malah, pentadbir itu pula yang akan duduk di belakang kelas menilai sama ada guru lain pandai mengajar atau tidak. Hanya kerana mereka pentadbir, mereka ada kuasa memberi markah. Tapi mereka menjadi pentadbir bukan kerana mereka pandai mengajar, tapi pandai membuat kerja lain selain mengajar. Bagaimanakah pentadbir sekolah seperti ini layak menuntut penghormatan daripada warga guru? Saya pernah melihat seorang pengetua sekolah yang diletakkan mengajar hanya dua waktu seminggu, terpaksa meminta guru lain mengambil alih kelasnya kerana dia terlalu kerap keluar dan tidak ada di sekolah.

Jika hari ini masyarakat melihat guru sebagai tidak professional, itu ialah kerana hampir semua guru terpaksa membuat kerja menaip dan mengemas fail, suatu kerja yang boleh dibuat oleh budak lepasan SPM.

Jika hari ini masyarakat melihat guru tidak berilmu, ia adalah kerana guru asyik mengisi borang, bukan mengisi dada dengan ilmu.

Dipetik daripada email Tuan Hj. Isa

17 November 2009

Potensi Manusia Boleh Dimanipulasi



Kita perlu ada pemangkin dalam mengenali potensi diri. Setiap orang ada potensi diri yang mungkin mereka sendiri pun tidak tahu, POTENSI DIRI itu mungkin lahir dari 2 (ini berdasarkan teori perkembangan kanak-kanak)

  1. melalui bakat yang diwarisi (genetik)
  2. melalui minat yang mendalam
  3. potensi yang keluar semasa terdesak (ini selalu terjadi-bukan dari buku berdasarkan pengalaman sendiri)

Potensi yang wujud didalam diri setiap individu yang bergelar manusia itu berbeza-beza kerana kecenderungan MEREKA YANG BERLAINAN. kecendurangan manusia ini semuanya bergantung kepada penggunaan OKA dan OKI mereka. Apa benda OKA OKI tu.? Otak kanan dan otak kiri kita mempunyai fungsi dan kecenderungan tersendiri. Begitu unik sekali ciptaan TUHAN berikan kepada manusia.


Baiklah mengenali potensi diri melalui kecenderungan adalah lebih baik kerana setiap individu itu mempunyai minat yang berbeza. Ada yang minat musik, ada yang minat melukis, ada yang minat kedua-duanya. Semua ini bergantung kepada kecenderungan diri masing-masing.



kembali kepada mengenali potensi diri, potensi diri melalui warisan contohnya ayahnya seorang ahli matematik, anaknya juga mungkin cerdas dalam matematik seperti ayahnya. Potensi diri melalui minat yang mendalam membuatkan sesorang itu daripada tidak menguasai akan berjaya memperoleh pengetahuan yang diminatinya itu, semua ini bergantung kepada minat dan kemahuan yang tinggi untuk menguasai pengetahuan itu.



Salah seorang daripada rakan saya kini, dahulunya boleh dikatakan "BUTA" dalam bidang musik, oleh kerana kemahuannya dan minatnya yang mendalam kini beliau sudah mahir bermain alat musik dan dalam masa yang sama menyanyi.



Walaupun merasa payah semasa dalam mencari ilmu itu namun daripada kesungguhannya membuahkan hasil. Begitu juga yang berlaku kepada salah seorang daripada rakan saya yang mengenali potensi diri yang tercetus daripada dorongan kemahuannya untuk bebas daripada masalah yang menimpanya. Beliau begitu bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja (bisnes) namun apa yang berlaku, beliau sering berhadapan dengan masalah bebanan hutang akibat ditipu oleh klien-klien yang tidak berhati perut.



Daripada situ, potensi beliau untuk melepaskan diri daripada keadaan itu begitu hebat sehingga beliau berjaya mengeluarkan potensi yang luarbiasa. Kini beliau sudah boleh tersenyum riang kerana daripada masalah yang dihadapinya, beliau secara tidak langsung dapat mengenali potensi diri sendiri dan berjaya membuktikan beliau berjaya memiliki empayar perniagaan sendiri.



Daripada cerita-cerita yang telah saya selitkan diatas tadi, mungkinkah setiap manusia itu lahir dengan potensi yang tersendiri? jawapannya ya memang betul setiap manusia itu mempunyai potensi tersendiri dan potensi manusia boleh dimanipulasi dan dilatih melalui kemahuan, paksaan dan lain-lain.



Akhir sekali, kenali potensi diri dan pastikan diri anda sentiasa gembira dalam melakukan pekerjaan yang anda lakukan.


Firhan Abqari

16 Oktober 2009

Wahai Guru

Wahai guru masa depan

Dengarlah ini kata nasihat

Bukan sindiran bukan cacian

Hanya jadikan tauladan dan sempadan


Wahai guru pendidik bangsa

Jadilah dirimu berguna seadanya

Mendidik bangsa menjulang negara

Bukan menjadi makhluk terkutuk


Wahai guru pembina negara

Jadilah apa yang dikata

Didik bangsa seadanya rupa

Bukan menjadi seumpama ketam


Wahai guru pemberi ilmu

Jadilah dirimu umpama padi,

semakin berisi semakin tunduk

bukan ilmu setitik berkata seperti ilmu segunung


Wahai guru cahaya kemanusian

Jadilah dirimu manusia disanjung

Bukan menjadi guru yang terkutuk

Seharum budimu seiring namamu


Wahai guru pengubah dunia

Jadilah dirimu pemberi yang setia

Mendidik anak bangsa penuh kasih

Jangan menjadi seumpama ikan haruan


Wahai guru berilmu pendidik

Jadikanlah dirimu sebersih adanya

Kasihlah anak didikmu

Bukanya menjadi gunting dalam lipatan

Bukan juga menjadi duri dalam daging


Wahai guru bijak pandai

Gunakanlah akalmu

Fikirkan apa yang telah dikata


Nukilan & isi hati

Chong Oi Lan

22 Julai 2009

Laporan kesihatan

Cuaca tidak menentu... kadang-kala panas dan kadang-kala sejuk...
keadaan cuaca sebigini memberi impak negatif kepada kita semua...
buktinya, ramai kawan-kawan kita yang kurang sihat,
termasuk hari ini 6 orang yang menerima cuti sakit dari daktor dan
masih dalam proses penyembuhan.

Keadaan kelas bertambah suram tanpa gelak-ketawa mereka... sedih...
Oleh dengan itu kawan-kawan...
jagalah kesihatan dan rajin-rajin makan ubat supaya cepat sihat.

p.s~kepada En. Mohd. Zahiddin selamat hari jadi.

30 April 2009

Tepuk semangat

1 X tepuk tangan, 2 X tepuk meja

majulah diri dengan semangat
semangat untuk berjaya
terus maju berusaha
kita pasti berjaya

we are, we are champion

we are, we are champion

eyyyaaa...

28 April 2009

NYALAKAN API KEBERANIAN...

Salam ceria semua salong 'group'....

Hari ini giliran saya untuk berkongsi motivasi dengan anda semua...tiap-tiap hari yang telah saya lalui selama lebih kurang seminggu ini....ada sahaja bermain di minda saya...suatu perubahan yang drastik yang saya tidak ketahui..adakah ini tranformasi orang berjaya???

Motivasi yang saya kongsikan pada hari ini adalah sifat keberanian....adakah anda mempunyai sikap keberanian?? atau 'bah kaulah, saya nda ok nee...' tidak yakin dengan diri....jikalau ditanya siapa-siapapun ahli motivasi antara ramuan orang berjaya adalah keberanian diri seseorang itu...

Keberanian ditakrifkan sebagai seseorang yang berani melawan perasaan sikap takut, berani melawan pengorbanan dan berani melakukan sesuatu pembaharuan yang terbaharu..tetapi apa-apapun takrifan berkenaan dengan keberanian adalah terpulang dengan sikap individu itu sendiri....

Untuk kita pula...sebagai seorang bakal pendidik..kita perlu menanamkan sikap berani mula dari saat ini....kalau bukan sekarang untuk kita berani bila lagi??? untuk itu saya seru untuk semua kita lebih berani melakukan suatu pembaharuan dalam kehidupan....ianya sejajar dengan motto kelas kita...

'PENGAJIAN SOSIAL BERANI BERSAING'.