14 Julai 2009

Kemenangan bagi pejuangnya!!..

Tidak kelembatan juga bah kan untuk menyentuh soal PPSMI??..
hati ini tergerak untuk menulis di lembaran ini.....

Sememangnya ini adalah kemenangan yang insan yang memperjuangkan PPSMI...
jikalau diperdebatkan di kelas Salong pun..yah semestinya riuh rendah jadinya.....dan yang sangat menyeronokkan banyak watak dan perwatakan yang dapat dilihat...walau apa-apapun ini adalah kata putusnya...PPSMI telah dimansuhkan......yahh...jikalau anda tidak setuju...apa boleh buat ini adalah kenyataannya....

Penulisan saya ini dipetik daripada email yang telah saya baca dari Tuan HJ. Mohd. Isa, Mantan ketua Jabatan Pengajian Melayu, IPGM Kampus Keningau..sila lah luangkan masa anda untuk memperhalusinya...

Di bawah ini adalah sebahagian daripada ulasan blog tentang pemansuhan PPSMI mulai 2012 untuk rekod dan rujukan.

  1. Ini semua adalah kemenangan bagi semua pejuang, baik orang perseorangan atau organisasi. Tanpa sekalian suara dan sumbangan barangkali sampai hari ini BM itu terus terhina di atas bumi tanah airnya sendiri. Alhamdulillah. Berwaspadalah terus, dan jangan lalai dan berasa selesa seperti pada masa lalu. Blog DesaKota: Bahasa Melayu Melawan Balik; Hari Ini Hari Kemenangan?, 8 Julai 2009.
  2. Dalam mengimbas kembali pengkhianatan terhadap BM pada tahun 2002, saya tidak pasti akan tertebuskah dosa mereka terhadap BM dengan pemansuhan tertunda ini. Maruah BM bukan saja tercalar malah diinjak-injak oleh bangsa sendiri. Bila tahun 2012 muncul, kita akan kembali ke era 1960-an di mana bermulanya penggunaan BM untuk mengajar sains dan matematik (ilmu hisab). Betapa ruginya kita terpaksa memulakan semula sesuatu yang telah jalani 49 tahun yang lalu. Bergerak mundur ke belakang memerlukan rundingan dengan UNESCO yang sejak awal lagi pada tahun 2002 mengehendaki bahasa Ibunda digunakan untuk mengajar semua subjek pendidikan. Blog Wacana Seni: "Jenayah" terhadap Bahasa Melayu, 8 Julai 2009.
  3. Berita pemansuhan PPSMI secara berperingkat- peringkat untuk sekolah rendah dan menengah sahaja kurang menggembirakan saya. Saya khuatir akan ada lagi helah lain untuk melambat-lambatkan pemansuhan itu secara total. Mudah-mudahan kekhuatiran saya itu tidak menjadi kenyataan. Blog Sambung-menyambung: Petikan E-Mel tentang Pemansuhan PPSMI, 8 Julai 2009.
  4. Kepada teman-teman, janganlah menjadikan 'kejayaan atau kemenangan' (belum pasti sebenarnya) sebagai medan untuk kita mendabik dada dan menyerang mereka yang dianggap tidak bersama. Blog sayapmahati: Mari Berlapang Dada, 9 Julai 2009.
  5. Sesungguhnya kita tidak dapat mengelak daripada terus berasa curiga. Namun jauh di sudut hati ini, wujud pula satu kerisauan apabila mendapati maklum balas daripada banyak pihak menunjukkan 'kita' sudah berpuas hati dengan keputusan KPM ini. Seolah-olah PPSMI dimansuhkan mulai hari ini, sedangkan ia hanya akan berlaku 3 tahun lagi! Adakah kita tidak sedar atau buat-buat tidak sedar bahawasanya keputusan pemansuhan PPSMI itu ditunda lagi? Kita bergembira pada sesuatu yang belum pasti. Blog Marni: Wahai Tan Sri, Mengapa Perlu 3 Tahun? 9 Julai 2009.
  6. 4. GMP penuh berharap agar perubahan ini berlaku bukan sahaja di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah sahaja malah meliputi semua peringkat pendidikan termasuk peringkat universiti. Blog Budaya dan Bahasa: Kenyataan Media Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), 9 Julai 2009.
  7. TIDAK mengapalah kalau mereka akan mengadakan pesta sambutan kerana kegembiraan mendengar pengumuman itu. Tetapi saya tidak. Saya tidak akan pun berasa gembira dan tidak pun punya niat untuk menyatakan kegembiraan itu walau dengan cara apa pun. Blog Tanah-Air-Api- Angin: Gembira, Gembiralah, 10 Julai 2009.
  8. Cikgu Ha berhenti mengambil nafas. "Adapun hamba lebih suka PPSMI dimansuhkan pada tahun yang bakal menjelang. Tidak perlu berlengah sehingga tiga tahun. Titah tersebut tiada serinya. Muslihat apa yang cuba dimainkan?" Blog Salam Ya Hamim: Titah Yang Tiada Serinya: Cikgu Ha, 10 Julai 2009.

__._,_.___


1 ulasan:

~call me intan~ berkata...

Btl tu Bonn, menyokong atau membantah pemansuhan PPSMI ini terletak pd individu itu sendiri. Bg yg menyokong pemansuhannya, itu adalah hak mereka. Bg yg membantah pula, ia juga hak individu. Kita x boleh memaksa seseorang itu terima atau menolak keputusan pemansuhan PPSMI. Spt sy, scr peribadi, sy KECEWA dgn keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI.Ketika cdgn ini mula digagaskan sekitar 2002/2003, sy sgt bersetuju dan ini adalah salah satu usaha yg boleh Tun lakukan bg membantu memartabatkan bangsa Melayu sblm Tun bersara. Belajar bahasa Inggeris bukan bermakna kita mengagungkan bahasa asing dan meminggirkan bahasa sendiri. Malah Tun sdh menerangkn awal2 TUJUAN UTAMA PPSMI ini.

Tp, ya..Terserahlah...Lgpn PPSMI sudah pun mahu dimansuhkan. Pendapat peribadi sy, tindakan kerajaan ini adalah kurang bijak.

You can't ask me to support this cancellation of PPSMI, as much as I can't ask u to support the implementation of PPSMI.

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html

TUN TETAP WIRA BANGSA!