28 Oktober 2009

karnival sukan rakyat ipgm kampus keningau

saya, nurul khairunie melaporkan karnival sukan rakyat yang telah berlangsung pada hari ini bertempat di padang ipgm kampus keningau.

post ini adalah post langsung daripada blog peribadi saya.

di hari yang indah dan cerah untuk turun ke padang. antara permainan yang menjadi pertaruhan;

sukanrakyat1

sukanrakyat3

sukanrakyat2

menyumpit.

sukanrakyat4

sukanrakyat9

sukanrakyat14

rampanau.

sukanrakyat7

sukanrakyat6

ini yang paling femes masa budak-budak; well, siapa yang tidak main zeropoint kan?

sukanrakyat15

sukanrakyat16

kuhit nama ni game kalau tidak silap saya.

sukanrakyat19

main galah panjang.

sukanrakyat17

laga ayam. mana ayamnya? ni lah ayam.

sukanrakyat20

sukanrakyat21

ni rakit darat. susah oh mau main ni. sakit di bahagian sulit. tidak pandai teknik, habis lah.

manakala aksi kandid para hadirin dan ajk yang terlibat;

sukanrakyat13

sukanrakyat12

sukanrakyat18

sukanrakyat11

sukanrakyat8

sukanrakyat10

adalah langkah yang bijak untuk mengajak generasi muda bersama-sama menyertai sukan rakyat, agar sukan ini terus diwarisi dari zaman ke zaman. bah ayat skema yang ndak berapa menjadi.

sukanrakyat5

okay ini sahaja gambar yang sempat saya upload di sini. ada baaaanyak lagi di facebook.

Bahasa Jiwa Bangsa

Keningau, Rabu, 28 Oktober 2009 - Bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan yang dilancarkan di peringkat kebangsaan baru-baru ini, IPGM Kampus Keningau turut mengadakan satu perhimpunan khas Bulan bahasa yang telah dilaksanakan semalam. Perhimpunan ini telah dikendalikan oleh Jabatan Bahasa Melayu. Perhimpunan ini walaupun dijalankan secara ringkas namun penuh dengan kesantunan adat Melayu dan beberapa persembahan yang mampu meninggalkan memori indah kepada semua penonton.


Ketibaan diiringi oleh sireh junjung dan bunga telur

Perhimpunan dimulakan dengan acara pembuka gelanggang oleh pasukan Dikir Barat Kampus Keningau (gambar bawah). Pasukan ini di bawah pimpinan En. Mohd. Firdaus Abdul Salam.


(gambar atas) Hadirin yang terhibur dengan persembahan yang dipertontonkan

(gambar bawah) Pn. Vasanti menyampaikan ucapan bersempena dengan perhimpunan Khas Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Kampus


(Gambar bawah) Perhimpunan diserikan lagi dengan acara berbalas pantun yang dipengerusikan oleh En. Ibrahim.



(gambar atas) Pasukan pemantun wanita-tidak diberi nama oleh pengerusi
(gambar bawah) Pasukan pemantun yang diberi nama Bujang Senang.


(gambar bawah) Severinus Nain penerima anugerah Tunas Bahasa Harapan IPGM Kampus Keningau. TAHNIAH!!!

Persembahan penutup



TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada semua yang telah menjayakan perhimpunan Khas ini. Bahasa penyumbang pembangunan bangsa.

26 Oktober 2009

Satu Suara Negaraku Tercinta

Keningau, Khamis, 22 Okt 2009 - Sebahagian daripada penduduk bumi Salong telah menyertai pertandingan koir bersempena dengan festival budaya yang dikendalikan oleh opsyen KPLI Muzik ambilan Jun 2009.

Penduduk Salong yang hanya menggunakan pakaian batik kelas yang agak berusia mempersembahkan lagu medley petriotik bertajuk Wawasan dan Negaraku Tercinta. Atas usaha gigih, berbekalkan jurulatih sedia ada (Anggie Anjis) dan pemain muzik yang diimport khas dari PISMP Bahasa Melayu sem. 2 akhirnya pasukan ini menjadi penyandang tempat kedua berada di belakang PISMP Pendidikan Pemulihan sem. 2.


(Gambar atas) Barisan penyanyi suara tanor dan soprano

(Gambar bawah) Barisan penyanyi suara melodi


Persembahan yang yankin dan penuh bersemangat

(Gambar atas & bawah) Anggie Anjis, konduktor koir juga sebagai jurulatih yang berpengalaman.


(Gambar bawah) Allyvian, pemain muzik berkemahiran yang diimport khas dari PISMP Bahasa Melayu sem. 2.



Pesaing dan juga merupakan juara pertandingan koir tahun ini. PISMP Pendidikan Pemulihan sem. 2 ambilan Januari 2009. Tahniah.


24 Oktober 2009

Sukan Tenis

saksikan aksi hebat dua sahabat pemain tenis ini.



Ini lagi hebat...