Memaparkan catatan dengan label Ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ilmu. Papar semua catatan

28 Oktober 2009

Bahasa Jiwa Bangsa

Keningau, Rabu, 28 Oktober 2009 - Bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan yang dilancarkan di peringkat kebangsaan baru-baru ini, IPGM Kampus Keningau turut mengadakan satu perhimpunan khas Bulan bahasa yang telah dilaksanakan semalam. Perhimpunan ini telah dikendalikan oleh Jabatan Bahasa Melayu. Perhimpunan ini walaupun dijalankan secara ringkas namun penuh dengan kesantunan adat Melayu dan beberapa persembahan yang mampu meninggalkan memori indah kepada semua penonton.


Ketibaan diiringi oleh sireh junjung dan bunga telur

Perhimpunan dimulakan dengan acara pembuka gelanggang oleh pasukan Dikir Barat Kampus Keningau (gambar bawah). Pasukan ini di bawah pimpinan En. Mohd. Firdaus Abdul Salam.


(gambar atas) Hadirin yang terhibur dengan persembahan yang dipertontonkan

(gambar bawah) Pn. Vasanti menyampaikan ucapan bersempena dengan perhimpunan Khas Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Kampus


(Gambar bawah) Perhimpunan diserikan lagi dengan acara berbalas pantun yang dipengerusikan oleh En. Ibrahim.



(gambar atas) Pasukan pemantun wanita-tidak diberi nama oleh pengerusi
(gambar bawah) Pasukan pemantun yang diberi nama Bujang Senang.


(gambar bawah) Severinus Nain penerima anugerah Tunas Bahasa Harapan IPGM Kampus Keningau. TAHNIAH!!!

Persembahan penutup



TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada semua yang telah menjayakan perhimpunan Khas ini. Bahasa penyumbang pembangunan bangsa.

26 Oktober 2009

Satu Suara Negaraku Tercinta

Keningau, Khamis, 22 Okt 2009 - Sebahagian daripada penduduk bumi Salong telah menyertai pertandingan koir bersempena dengan festival budaya yang dikendalikan oleh opsyen KPLI Muzik ambilan Jun 2009.

Penduduk Salong yang hanya menggunakan pakaian batik kelas yang agak berusia mempersembahkan lagu medley petriotik bertajuk Wawasan dan Negaraku Tercinta. Atas usaha gigih, berbekalkan jurulatih sedia ada (Anggie Anjis) dan pemain muzik yang diimport khas dari PISMP Bahasa Melayu sem. 2 akhirnya pasukan ini menjadi penyandang tempat kedua berada di belakang PISMP Pendidikan Pemulihan sem. 2.


(Gambar atas) Barisan penyanyi suara tanor dan soprano

(Gambar bawah) Barisan penyanyi suara melodi


Persembahan yang yankin dan penuh bersemangat

(Gambar atas & bawah) Anggie Anjis, konduktor koir juga sebagai jurulatih yang berpengalaman.


(Gambar bawah) Allyvian, pemain muzik berkemahiran yang diimport khas dari PISMP Bahasa Melayu sem. 2.



Pesaing dan juga merupakan juara pertandingan koir tahun ini. PISMP Pendidikan Pemulihan sem. 2 ambilan Januari 2009. Tahniah.


24 Oktober 2009

Semarak Bahasa Bahagian 4

Pencarian harta karun antara aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu pada beberapa minggu yang lalu bersempena dengan Program Semarak Bahasa. Penduduk Bumi Salong telah besetuju dan dengan penuh semangat menghantar 3 pasukan pencari harta karun pada ketika itu. 1 pasukan daripada 3 pasukan mendapat tempat ke-2 dan selebihnya mendapat tempat ke-4 dan ke-5. TAHNIAH diucapkan.



Sebahagian daripada 3 pasukan penduduk Salong yang dihantar bertugas mencari harta karun.

(Gambar atas) Pasukan yang mendapat tempat ke-2
(Gambar bawah) Penat berlari dan agak berpuashati dengan pencapaian.


Pasukan pencarian harta karun penduduk Bumi Salong berpendapat bahawa aktiviti ini sememangnya salah satu aktiviti yang berkesan dalam proses mengenali tokoh-tokoh bahasa negara kita dengan lebih dekat lagi.

TERKINI!!!

Keningau, Rabu, 21 Okt 2009 - Salah seorang daripada ahli bumi Salong En. Mohd. Zahiddin Madaile telah mengalami kecederaan di bahagian lutut kaki beliau semasa menyertai perlawanan futsal yang dianjurkan dalam Festival Sukan peringkat Kampus Keningau.

"Proses pemanasan badan (warm up) yang tidak dilakukan dengan sempurna antara punca saya mendapat kecederaan ini. Pertukaran jadual perlawanan yang mengejut membuatkan saya tidak sempat untuk melakukan aktiviti pemanasan dengan sempurna." En. Mohd. Zahiddin.

Menurut beliau lagi selama beliau terlibat dalam arena bola sepak sejak sekolah rendah, beliau tidak pernah mengalami sebarang kecederaan seperti yang dialaminya kini. Beliau menekankan bahawa aktiviti pemanasan badan merupakan proses yang paling penting sebarang menjalankan sebarang aktivi sukan dan rekreasi.

Dari meja terbitan berita bumi Salong mengharapkan agar beliau akan cepat sembuh, rajin-rajin makan ubat, jagalah keselamatan diri, berjalan perlahan-lahan dan jangan turun ke padang untuk bermain bola sekiranya belum sembuh sepenuhnya. Kepada kawan-kawan semua marilah kita doakan kesejahteraan semua penduduk bumi Salong.

En.Mohd Zahiddin kelihatan sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan daripada doktor yang bertugas.

17 Oktober 2009

Semarak Bahasa bahagian 3

"Seterusnya, penyampaian hadiah bagi ketegori yang dinanti-nantikan oleh semua... ketegori penglibatan paling aktif dalam semua aktiviti minggu Semarak Bahasa, disandang oleh... PISMP Pengajian Sosial amlan Januari 2009. Diminata wakil kelas untuk menerima hadiah..."

Inilah hasil penat lelah kami bekerja keras dalam membantu menjayakan aktiviti minggu Semarak Bahasa. Terima kasih atas hadiah ini... Ini boleh jadi sarapan kami 1 minggu dalam kelas ne...

Gambar atas: Velerie, wakil menerima anugerah khas untuk kelas...

Gambar bawah: Semua ketegori kami ada hadiahnya...


Gambar bawah: Gembira dengan titik peluh berbayar dengan hadiah lumayan... syukur


Ini hadiah kita... kata Velerie


Gambar kenangan pemenang bersama dengan ketua Timbalan pengarah, ketua JPM dan pengerusi program.

TERIMA KASIH penduduk bumi Salong kerana kita telah bersama-sama meraih banyak hadiah sebagai jamuan akhir tahun kita. Nanti hari isnin masa tutorial kita buat parti sikit.

16 Oktober 2009

Pameran Literasi Bahasa

Keningau, Isnin, 12 Oktober 2009 - Satu pameran alat bantu mengajar telah diadakan di Perkarangan pejabat Pentadbiran IPGM Kampus Keningau dan Sepanjang lorong pusat sumber kampus. Pameran ini melibatkan 4 opsyen PISMP ambilan Januari 2009. Sepanjang pameran ini banyak bahan bantu mengajar yang telah dipamerkan direka mengikut kreativiti setiap kumpulan.

Gambar-gambar yang dipaparkan berikut merupakan sebahagian daripada bahan pameran opsyen PISMP Pengajian Sosial ambilan Januari 2009.




Gambar atas: Persediaan teakhir sebelum dinilai oleh pensyarah terlibat.

Gambar bawah: Sempat berbincang sebaga persediaan awal bagi soalan yang mungkin disoal oleh penilai.


Gambar bawah: Anggie menerangkan sesuatu kepada En. Sahidani (pensyarah penilai).

Gambar atas: Kelihatan Aznah (kiri) dan Ladyana (tengah) sedang memerah otak untuk menjawab soalan pensyarah penilai.

Gambar bawah: Suasana santai tetapi kelihatan membincangkan topik yang hangat diperdengarkan.


TAHNIAH kepada semua yang telah berjaya menjayakan pameran ini. Semoga kita semua mendapat markah yang cemerlang.

Semarak Bahasa bahagian 2


Ini wajah pemenang tempat ke-2 pertandingan multimedia yang telah disertai oleh beliau anjuran Persatuan Bahasa Melayu, PISMP Bahasa Melayu dan Jabatan Pengajian Melayu bersempena dengan minggu Semarak Bahasa. Seperti yang dijanjikan pada terbitan berita bumi Salong yang lepas, penulis akan menceritakan serba sedikit kisah ahli bumi Salong ini.


Oragnya segak, sesegak namanya Mohd. Firhan Asilin. Berumur 20 tahun pada tahun ini dan dilahirkan pada 22 Mac 1989. Beliau berasal dari Papar dan menetap di Kimanis. Itulah serba sedikit mengenai latar belakang beliau.

Semasa menyertai pertandingan multimedia yang dipertandingkan, Firhan mengambil biografi tokoh bahasa A. Samad Said sebagai bahan persembahan dan hasilnya beliau mencapai kejayaan yang agak memberansangkan. TAHNIAH diucapkan. Tahun depan boleh cuba lagi.

Bersalam dengan pemenang tempat pertama pertandingan persembahan multimedia

Semarak Bahasa bahagian 1

Bersempena dengan minggu Semarak Bahasa yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu IPGM Kampus Keningau, ahli bumi Salong dengan berbesar hati dengan tulang seringan kapas telah menyertai kesemua acara yang dipertandingkan. Terbitan berita Semarak Bahasa bahagian 1 menceritakan perjuangan rakan bumi Salong dalam pertandingan lagu puisi ketegori berkumpulan yang disertai oleh:

Dari kiri (gambar atas): Velerie, Bernadette dan Adilah


Gambar atas: wajah penuh penghayatan

Gambar bawah: mendaklamasi sajak dengan penuh perasaan dan penghayatan


... dan akhirnya, perjuangan yang bermakna...
rakan bumi Salong mendapat tempat ke-2 daripada 3 kumpulan yang menyertai
TAHNIAH diucapkan.



Salah seorang rakan bumi Salong yang turut membatu dalam menjayakan Majlis penutupan Semarak Bahasa... cerita mengenai kejayaan beliau dalam pertandingan minggu Semarak Bahasa akan diceritakan dalam siri seterusnya.

Kami ahli bumi Salong mengucapkan TAHNIAH & TERIMA KASIH kepada pihak peganjur:
  • Persatuan Bahasa Melayu
  • PISMP Bahasa Melayu semester 6
  • Jabatan Bahasa Melayu
...kerana telah berjaya menganjurkan majlis dan minggu yang amat bermakna ini. Jasamu dikenang. Budi bahasa budaya kita.