02 Julai 2009

Elaun sebelum Julai 10

Di awal pagi yang dingin, lokasi di Bumi Salong tercinta kami dikunjungi oleh pensyarah dari Jabatan Hal Ehwal Pelatih (HEP). Apakah yang akan berlaku? Keadaan agak membimbangkan kami. Namun kehadiran mereka pada kali ini membawa berita baik rupanya: dua berita baik yang mampu membuatkan kami terlonjak gembira.
  1. Elaun akan didebitkan dalam akaun pelatih sebelum Julai 10
  2. Keputusan peperiksaan bakal diumumkan kelak (sebenarnya ini agak membimbangkan)
ELAUN masuk... Ingat kawan-kawan, kita kena buat baju kelas baru: Baju kurung atau baju batik. Baju lama dah lapuk dah. Yuran keceriaan kelas jangan dilupakan. Ini lagi satu, dari dulu kita merancang mau berjalan beramai-ramai... bila mau jadi rancangan kita ne?? Mari kita serang SIPITANG masa Pesta GATA (Gasing dan tamu besar) hujung bulan ni.

Tiada ulasan: