05 November 2011

Rukun Negara Teras Perpaduan


Tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa penganjur; Kelab Rukun Negara (PISMP Pengajian Sosial ambilan Januari 2009) dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Keningau sesi 2011/2012 kerana telah menganjurkan Program Semarak Rukun Negara di peringkat IPG Kampus Keningau dan telah melaksanakan program ini dengan jayanya. 

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua yang telah melibatkan diri secara langsung atau secara tidak langsung sepanjang program ini dijalankan. Semua bentuk bantuan termasuklah buah fikiran, tenaga kerja, sokongan dan apa jua bentuk bantuan yang telah disumbangkan oleh anda semua amatlah dihargai dan di dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Tanpa sokongan dan penyertaan daripada anda semua program ini tidak mungkin dapat dijalankan seperti yang telah dirancang. Kami sebagai penganjur program ini sentiasa mendoakan agar budi baik tuan, puan, saudara dan saudari sentiasa diberkati oleh-Nya. 

Akhir kata daripada admin mewakili ahli jawatankuasa penganjur mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada rakan guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh Malaysia. Semoga Rukun Negara menjadi teras perpaduan kita semua. 

Salam perpaduan dan salam 1Malaysia. 

Semoga berjaya.