15 Mac 2010

Trailer Kejohanan Rentas Desa 2010





Kejohanan Merentas Desa Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Sabah

11 Mac 2010

Politik dan kerajaan

Nota PSS3106 Politik dan kerajaan sila rujuk lamn ini [KLIK]

07 Mac 2010

PBS 3/SEM 3/2010

Soalan Tugasan PBS bagi subjek PJM3106 uktuk semseter ini.

Kepada semua rakan-rakan, selamat menjalankan PBS di sekolah masing-masing...
Ingat, jaga nama baik kampus kita...
Beringatlah sebelum kena...

&
selamat bercuti (walaupun cuma seminggu)

merentas desa ipg kampus keningau 2010.

okay hari ni rasa sedikit penat sebab perlu bangun awal di pagi hujung minggu dan seterusnya berpanas-panasan bergerak berlari ke sana ke mari menembak wajah-wajah manusia di IPKS.

so we had college running today, merentas desa. ya amatlah merentas desa. mereka ini telah berlari memasuki perkampungan penduduk di keningau. dan harus mengagumi mereka kerana laluan atau track yang dilalui adalah berbukit curam dan tinggi.

but somehow i feel this year's college running tidak semeriah tahun lepas. mungkin sebab kekurangan bajet kot. tahun lepas minuman 100 plus diberikan percuma secara berleluasa, siap boleh tapau 10 tin setiap seorang kerana memang amat mewah. haha tapi tidak lah pasal tu ja sebab. banyak sebab lagi.

kerana saya amat penat, saya malas upload gambar banyak-banyak. layan mana yang ada sahaja lah dulu ye.

DSC08637
memasang tanda warna rumah sukan.
DSC08698

DSC08733
stretching sebelum memulakan larian.
DSC08773
DSC09337-vert
DSC08911
encik sallehudin sebagai ketua program memberikan taklimat kepada pelajar. antara pelajar dalam gambar ni, ada yang juara larian. cuba kamu teka yang mana satu.
DSC08880-vert
memulakan larian dengan bergaya...
DSC09200
DSC09258
dan mengakhiri larian dengan bergaya juga.
DSC09217
DSC09317
maka apabila selesai larian, boleh lah duduk-duduk bercerita sambil view balik gambar2 yang sudah ditembak.
DSC09231
inilah pemenang larian pada tahun ini! brian midir. bertubuh kecil tapi semangat kuat dan besar. malah tahun ini adalah tahun kedua memenangi larian peringkat kampus. way to go brian!
DSC09275
mengakhiri post kali ini dengan portraiture puan syikin sebab saya suka reflection di glasses dia. hehe.


TAHNIAH WARGA KAMPUS KENINGAU!

05 Februari 2010

Tugasan secara pukal


BMM 3101- hantar pada 22 Februari 2010 -berkumpulan

PJM 3106 - hantar pada 22 Mac 2010 - individu

WAJ 3106 - hantar pada 1 Mac 2010 -individu dan berkumpulan

PSS 3106 - hantar pada 27 Mac 2010 -individu

PSS 3105 - hantar pada 1 April 2010 -berkumpulan

EDU 3104 - hantar pada belum diberitahu


Tugasan yang kita dapat secara pukal...

Semoga kita dapat siapkan pada masa yang telah di tetapkan

30 Januari 2010

KKBI PSS3105

Tarikh terima: 30 Januari 2010
Tarikh serah: 1 April 2010

Soalan Tugasan:
Merujuk kepada kawasan yang dikenal pasti, sediakan satu pelan tindakan tentang audit penghijauan di kawasan anda.

28 Januari 2010

BMM3101

Dapatkan panduan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu SR di link ini.

~sharing is caring~

13 Januari 2010

UNIT BERUNIFORM

Berikut merupakan senarai nama bagi unit-unit beruniform PISMP ambilan Januari 2009 IPGM Kampus Keningau.

PERSATUAN PENGAKAP (KLM32)

  1. Azlan Bin Mustafah
  2. Chong Oi Lan
  3. Connee Binti Paison
  4. Elvy Charoon Yahya
  5. Erlie Jeckson
  6. Flora Gubin
  7. Hariyanti Binti Usman
  8. Isabella Dominikus
  9. Jennifer Jainus
  10. Mazni Binti Matzin
  11. Mohd Firhan Bin Asilin
  12. Mohd Subri B. Mohamad
  13. Mohd Zahiddin Madaile
  14. Roysiein Anak Denis
  15. Severinus A.Naim
  16. Siti Zuraidah Jali
  17. Suziani Binti Sapin
  18. Sylvia Lirang Njok
  19. Tham Sew Gie
  20. Tracy Joan Ah Lieu


PERSATUAN PANDU PUTERI

  1. Adilah Binti Saridih
  2. Anggie Anjis
  3. Edna Binti John
  4. Helsiah Moin
  5. Hiah Anak Jabang
  6. Ledwina Ibar
  7. Loreadana Carlista Frederick
  8. Lyediana Sopital
  9. Marcella Basilius
  10. Mariana Ak Ngabong
  11. Midia Anak Seon
  12. Nina Karina Binti Naim
  13. Noorazila Azmin
  14. Norhayati Othman
  15. Nurfarhana Salline Salleh
  16. Nurul Khairunie Mahtar
  17. Rebecca Khiu
  18. Santa Thomas
  19. Siti Noor Ain Bt. Jemin
  20. Vivien Lodin


PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

  1. Aloha Binti Ibin
  2. Alyvian Thomas
  3. Bernadette Fontaine Binagua
  4. Emiline Aren Anak Kuet
  5. Farah Diana Ahmad Jaffery
  6. Farhqna Binti Jasni
  7. Fatin Amalina Binti Ag.Hamid
  8. Ho Fui Chen
  9. Jaynrose Fernella James
  10. Kenny Voo Su Khen
  11. Kiven Ron Chin
  12. Linda Binti Sudian
  13. Meris Anak Serang
  14. Nor Kumaladewi Muhammad
  15. Nurafiqah Bt. Idris
  16. Shiraley B. Zorzamin Khan
  17. Shirley Peter Kating
  18. Thonliep Anak Nobs
  19. Velerie Wheelervon Priamis
  20. Saibah Binti Osman @Gelbert


KADET REMAJA SEKOLAH

  1. Amri Izzad B. Tahir
  2. Aznizah Bt. Maksit
  3. Azwani Izzaura Basri
  4. Fhatin Nurnaqibah Alyaa
  5. Haslina Bt. Brahim
  6. Izatul Neziah Jeral
  7. Khatayrina Sulaiman
  8. Lau Pik Swee
  9. Mohd Hasifi Hartono Bin Kamis
  10. Mohd Khalid B. Jasmi
  11. Mohd Sayhwan Bin Kulim
  12. Muhammad Khairol Bin Jefri
  13. Nordiana Bt. Bohari
  14. Nur Aznah Weeltha
  15. Rejiah Jamili
  16. Roselind Ucha Ak. Jubong
  17. Siti Affisah Samin
  18. Siti Nurhidayah Mohd Nor
  19. Theresia Ginus
  20. Valeria Grace Daholok @Peter

Bersama bergerak dalam unit beruniform.

08 Januari 2010

Murid bermasalah dalam P&P mendapat perhatian

PUTRAJAYA: Mulai tahun ini, semua murid Tahun Satu akan menjalani ujian khusus selepas dua bulan memulakan persekolahan bagi menguji tahap penguasaan dalam menulis, membaca dan mengira (3M) selaras dengan pelaksanaan program Literasi dan Numerasi (Linus).

Menerusi ujian itu, murid yang dikenal pasti lembap dalam pembelajaran akan dimasukkan ke kelas pemulihan, manakala yang mengalami kecacatan fizikal seperti masalah telinga atau mata ditempatkan di kelas pendidikan khas di sekolah sama.

06 Januari 2010

Siapa berminat

Tajuk buku: Asas Sains Politik

Penulis: K. Ramanathan

Terbitan: Penerbitan Fajar Baki

Tahun terbitan: Julai 2003

Harga: RM 25.00 (harga sem. Malaysia)

Tempahan terbuka hanya kepada guru pelatih PISMP Pengajian Sosial ambilan Januari 2009 IPGM Kampus Keningau. Harga akan dikemukakan kemudian dan bayaran akan dilakukan setelah elaun selamat dikreaditkan ke dalam akaun kita. Sekiranya tempahan melebihi 10 buah buku, saya akan melakukan penempahan melalui kedai buku yang berdekatan. Sesiapa yang berminat sila berhubung kepada Cik Chong Oi Lan secepat mungkin.

Terima Kasih.

Politik & Kerajaan

Kod subjek: PSS3106

Kredit: 3(3+0)

Jam kontrak: 45 jam

Pensyarah: En. D. Kumar A/L Doraisamy

Pembahagian kumpulan:

Kumpulan 1
Chong Oi Lan
Norhayati Othman

Kumpulan 2
Siti Noor Ain Jemin
Nurafiqah Idris
Ledwina Ibar

Kumpulan 3
Mohd. Zahiddin Madaile
Mohd. Hasifi Hartono Kamis
Mohd. Firhan Asilin

Kumpulan 4
Bernadette Fontaine Banagua
Nur Aznah Weeltha
Nurul Khairunie Mahtar

Kumpulan 6
Vivien Lodin
Nina Karina Naim
Nurfarhana Salline Salleh

Kumpulan 7
Velerie Weelervon Primus
Anggie Anjis
Noorazila Azmin

Pendidikan Pembangunan Lestari

Kod mata pelajaran: PSS3105

Kredit: 3(2+1)

Jam kontrak: 60 jam

Pensyarah: Pn. Afinah A.D. Matsud

Pembahagian Kumpulan:

Kumpulan 1 (Tajuk 1)
Mohd. Hasifi Hartono Kamis
Shirley Peter Kating
Bernadette Fontaine Banagua
Adilah Saridi

Kumpulan 2 (Tajuk 2a)
Velerie Wheelervon Primus
Chong Oi Lan
Norhayati Othman

Kumpulan 3 (Tajuk 3b)
Mohd. Firhan Asilin
Ledwina Ibar
Lyediana Sopital

Kumpulan 4 (Tajuk 2b)
Mohd. Zahiddin Madaile
Nina Karina Naim
Siti Noor Ain Jemin

Kumpulan 5 (Tajuk 3a)
Nurul Khairunie
Nur Aznah Weeltha
Nurafiqah Idris

Kumpulan 6 (Tajuk 4)
Anggie Anjis
Noorazila Azmin
Vivien Lodin
Nurfarhana Salline Salleh

04 Januari 2010

JAWATANKUASA KELAS SESI 2010

PEMILIHAN JAWATANKUASA (CALON-CALON)

KETUA KELAS:
MOHD. HASIFI HARTONO KAMIS
MOHD. ZAHIDDIN MADAILE

PENOLONG KETUA KELAS:
LEDWINA IBAR
CHONG OI LAN
LYEDIANA SOPITAL
BERNADETTE FONTAINE BANAGUA

BENDAHARI:
NOORAZILA AZMIN
NORHAYATI OTHMAN


KEPUTUSAN JAWATANKUASA KELAS SESI 2010

KETUA KELAS:
MOHD. HASIFI HARTONO KAMIS

PENOLONG KETUA KELAS:
CHONG OI LAN

SETIAUSAHA:
SHIRLEY PETER KATING

BENDAHARI:
NOHAYATI OTHMAN


JAWATANKUASA KECIL

PENGURUS SUBJEK

PSS 3105 (EN. DIDDY KUMAR):
SITI NOOR AIN JEMIN

PSS 3106 (ADM):
LEDWINA IBAR

PJM 3103 (EN. DATU MASRIN):
LYEDIANA SOPITAL

BMM 3103 (NBI):
MOHD. FIRHAN ASILIN

EDU 3106 (EN. AGUSTIN):
BERNADETTE FONTAINE BANAGUA

ELS 3101 (NAS):
NURUL KHAIRUNIE MAKHTAR

WAJ 3106 (AHH):
ADILAH SARIDI


AJK KHAS

KEBERSIHAN:
NOORAZILAH AZMIN
NINA KARINA

KECERIAAN:
VIVIEN LODIN
VELERIE WHEELERVON PRIMUS

FOTOSTAT:
NURFARHANA SALLINE SALLEH
NURAFIQAH IDRIS

AKTIVITI LUAR:
NUR AZNAH WEELTHA
MOHD. ZAHIDDIN MADAILE

TUTORIAL:
ANGGIE ANJIS


YURAN KELAS:
RM 30
(bayar bila elaun dah bank in)

03 Januari 2010

2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS

&

SELAMAT MENERUSKAN PENGAJIAN

23 Disember 2009

Keputusan Peperiksaan

Bagi PISMP semester 2 ambilan Januari 2009 telah dipamerkan petang tadi.

Marilah kita sama-sama bersyukur kepada yang esha kerana dengan izin-Nya dan usaha kita yang berterusan kita semua LULUS DAN LAYAK MENERUSKAN PENGAJIAN.

PISMP PENGAJIAN SOSIAL

PISMP PEMULIHAN BAHASA MELAYU

PISMP BAHASA MELAYU

PISMP PRA SEKOLAH

Surat buat kawan-kawan

Kapada: penduduk bumi Salong dan yang sewaktu dengannya.

Kehadapan kekandan dan adinda tersayang.... (ayat ini tiada kena mengena). Bagaimana dengan cuti anda semua?? Baik atau sedang-sedang sahaja? Ada beberpa perkara yang saya ingin umumkan bagi makluman kawan-kawan semua:

Pertama. Kampus kita kelihatan macam seperti biasa. Semua blok kuliah, asrama, pusat sumber, gym dan padang masih sama seperti biasa. Cuma ada beberapa penambahan kecil di dalam pusat sumber dan kawasan padang (nanti kamu tengoklah sendiri).

Kedua. Menurut sumber yang boleh dipercayai (saya telefon ke SUP) keputusan peperiksaan yang dinanti-nantikan oleh kita semua telah muktamad akan diumumkan pada tahun 2010 (tahun hadapan). Jadi kepada semua kawan-kawan yang bertanya... bersabar sahajalah kamu. Habiskan cuti itu dengan seaman-amannya selagi cuti masih ada.

Ketiga. Saya selaku admin kepada blog ini ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan Hari Natal kepada semua kawan-kawan yang beragama Kristian dan selamat tahun baru buat semua. Tahun 2010 semakin hampir dan sudahkan kamu semua memikirkan tentang azam tahun 2010?

Itu sahaja pengumuman untuk kali ini. Selamat bercuti dan jumpa lagi pada tahun hadapan.

yang ikhlas,
Culan

11 Disember 2009

keputusan peperiksaan;

nah kita boleh check result exam di sini

bahagian pendidikan guru

sertakan no mykad dan angka giliran.

oleh kerana saya lupa no angka giliran saya, jadi saya tidak dapat check. hehe.

selamat berjaya kawan-kawan.

08 Disember 2009

Cemerlang bukan hanya pada A

Forum Utusan Malaysia | 4 Disember 2009 |

SAYA tertarik dengan pandangan yang dikemukakan oleh Profesor Rosnani Hashim dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkenaan isu pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dibandingkan antara pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang berlaku sekarang.

Juga cadangan menghantar guru Melayu dari SK untuk `belajar' daripada guru Cina dari SJKC kaedah mengajar Matematik dan Sains yang dikatakan lebih baik.

Keputusan UPSR baru-baru ini perlulah dianalisis secara lebih mendalam, bukan sahaja ke atas angka-angka yang terbit daripadanya, tetapi juga perlu dilihat dari aspek falsafah dan hasil yang ingin dicapai.

Perlu ditekankan, hari ini pelajar diasak dengan tekanan berapa banyak A diperoleh daripada peperiksaan. Pelajar yang mendapat lebih banyak A dianggap lebih cerdik, bergeliga dan menjadi kebanggaan. Sebaliknya mereka yang mendapat kurang A dianggap tidak baik dan dipandang rendah.

Benar, sepintas lalu mereka yang mendapat lebih banyak A adalah lebih baik berbanding yang mendapat kurang A. Tetapi apakah itu matlamat akhir kurikulum pendidikan kita dan bertepatan dengan Dasar Pendidikan Nasional?

Perlulah diinsafi, dengan cabaran globalisasi dunia hari ini, pelajar bukan sahaja perlu dilengkapkan dengan kepandaian intelektual (melalui A dalam peperiksaan) tetapi juga seimbang dengan kemahiran insaniah yang meliputi aspek kemanusiaan lain.

Antaranya seperti kerjasama, toleransi, semangat setiakawan, kekitaan, hormat kepada orang lebih tua dan pemberi ilmu. Apabila berjaya kelak, mereka akan menjadi warga yang cintakan negara, tidak mengkhianati bangsa dan bersama-sama membantu membangunkan negara. Namun elemen itu dilihat semakin kurang ditekankan demi mengejar bilangan A dalam peperiksaan.

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan oleh Prof. Rosnani, generasi yang bagaimana ingin dilahirkan oleh kerajaan. Adakah generasi bijaksana (berdasarkan kecemerlangan peperiksaan) tetapi gagal menjadi insan syumul? Ataupun generasi yang cemerlang bukan sahaja dari aspek akademik malahan sempurna nilai insaniah mereka? Konsep keseimbangan ini amat perlu direnung kerana kita tidak mahu melahirkan generasi robotik yang mementingkan diri sendiri sahaja kerana negara akan rugi kemudian hari.

Kurikulum pendidikan di SJKC memang menitikberatkan latih tubi dan banyak masa diperuntukkan untuk itu. Sebagai korban, masa untuk pengajaran Bahasa Malaysia, Pengetahuan Sivik dan Tatasusila serta Sejarah dikurangkan.

Selain itu, jika dilihat secara umum taburan SK dan SJKC, kebanyakan SK terletak bukan di kawasan bandar (kerana demografi masyarakat Melayu adalah di kawasan kampung) berbanding SJKC yang banyak bertaburan di kawasan bandar. Dari situ, perbezaan demografi dan infrastruktur telah jelas menyebelahi SJKC.

Pola perbezaan ini menyumbang kepada keberkesanan pelajaran. Hasilnya, lahirlah sepasukan pelajar baru masuk ke universiti yang tidak pandai untuk berkomunikasi dengan baik dalam bahasa kebangsaan (malah dalam bahasa Inggeris juga), tidak pandai bergaul dengan rakan sekuliah (melainkan rakan sebangsa sendiri sahaja) dan tidak menghormati pensyarah.

Mereka juga didapati kurang kemahiran berfikir dengan kritis apabila timbul persoalan yang memerlukan jawapan berdasarkan idea dan intelektual pelajar. Sebaliknya, apabila disoal dengan soalan langsung daripada buku, mereka dapat menjawab dengan cemerlang. Dari situ, dapat disimpulkan pelajar kita hari ini adalah ibarat sepan, hanya menyerap ilmu yang diberi sahaja dan mengeluarkannya kembali dalam dewan peperiksaan tetapi gagal mengembangkan idea daripada asas ilmu yang diberikan.

Cadangan daripada Prof. Rohani agar gagasan dan idea baru yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan berkaitan dengan pendidikan perlulah dirujuk kepada pakar, ada benarnya. Ini kerana merekalah kelompok cerdik pandai yang tahu dengan lengkap ruang lingkup dan cara bagaimana ingin mencanai pelajar agar menjadi bukan sahaja generasi berilmu, tetapi yang lebih penting berakhlak, beragama dan mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi. Dan menghantar guru dari SK yang rata-ratanya guru Melayu ke SJKC yang rata-ratanya bukan Melayu bukan sahaja tidak perlu malah ia difikirkan tidak menyelesaikan masalah sebenarnya.

Dipetik daripada email Tuan Hj. Isa

Erti Sebenar Guru Cemerlang

Sumber: Forum Utusan Malaysia |3 Disember 2009|

SAYA merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, yang menyarankan agar guru-guru menerima sahaja tugasan yang diberi kerana ia akan membentuk sikap bertanggungjawab dan dedikasi kepada tugas sebagai pendidik.

Sebagai guru, saya percaya semua guru bersetuju dengan pandangan beliau. Pendedahan kepada pelbagai bidang tugas memang satu nilai tambah kepada modal insan guru.

Namun begitu, saya berpendapat, sebagai Ketua Pengarah Pelajaran, beliau patut sudah mengetahui tentang bebanan tugas guru yang sudah menyebabkan hampir 80 peratus guru hilang fokus, masa dan tenaga yang sepatutnya ditumpukan kepada tugasan sebenar, iaitu mengajar di dalam kelas. Perkara ini jika berlarutan, kalau ditambah bilangan guru 10 kali ganda pun, tapi kalau semuanya hendak buat kerja pentadbiran, memang tidak berubah keadaan sekolah-sekolah kita.

Inilah yang menimbulkan rungutan guru-guru. Apabila proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) terganggu, murid ketinggalan dalam akademik dan menimbulkan masalah disiplin. Kemudian ibu bapa pula merungut. Padahal sebagai guru, kita sudah melakukan apa yang termampu dengan masa dan tenaga yang terhad.


Tugas perkeranian ini bukan sahaja sudah menyebabkan tumpuan kepada bidang akademik terganggu, malah ia telah mengelabui mata para pentadbir dalam bidang pendidikan juga, bermula dari pentadbir sekolah, sehinggalah ke peringkat jabatan pelajaran negeri-negeri.

Malah, pada pendapat saya, pelantikan Ketua Pengarah Pelajaran dari kalangan guru yang merupakan orang akademik (yang akhirnya terpaksa duduk di pejabat membuat tugasan pentadbiran) ialah bukti bagaimana fokus kepada akademik telah dilonggarkan, kerana tuntutan kerja-kerja pentadbiran. Bayangkanlah kalau seseorang pada tahap kematangan dan pengalaman yang ada pada Alimuddin, duduk di dalam kelas untuk mengajar. Beliau barangkali boleh menghasilkan beratus-ratus lagi anak bangsa yang bakal menyumbang kepada negara. Tapi akhirnya beliau diletakkan di pejabat.

Kenapa tidak kita berikan kerja pentadbiran kepada orang pentadbiran, dan kita orang akademik, buatlah kerja akademik. Kenapa guru yang sudah berpengalaman bertahun-tahun akhirnya disuruh membuat kerja pentadbiran? Bukankah pengalaman dan pengetahuan mereka boleh membantu lebih ramai murid menjadi cemerlang? Adakah menjadi orang akademik terhebat masih rendah tarafnya berbanding orang pentadbiran yang duduk di pejabat?

Lihatlah bagaimana pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, prestasi melintang (sudah tidak akan diamalkan lagi) pelantikan guru pakar, guru bestari dan guru cemerlang. Adakah mereka yang diberi semua penghargaan ini dilantik di kalangan guru yang anak murid mereka menunjukkan peningkatan prestasi akademik? Tidak!

Kebanyakan penerima anugerah dan pentadbir-pentadbir sekolah, pejabat pelajaran daerah dan jabatan pelajaran negeri dilantik di kalangan orang yang menonjol di bidang pentadbiran semata-mata. Sebab itulah kita lihat masih ada murid yang gagal subjek-subjek tertentu walaupun diajar oleh guru pakar, guru cemerlang dan guru bestari. Ini kerana yang `bestari', `cemerlang' dan `pakar' ialah kerja pentadbiran guru itu, bukan teknik P&Pnya. Sekarang ini dengan peperiksaan PTK, guru yang malas masuk kelas pun boleh dapat kenaikan gaji dan pangkat.

Malah, saya sendiri pernah melihat seorang guru yang sangat konsisten. Guru ini setiap tahun (selama hampir 18 tahun) mencatatkan peratus lulus subjek Sains melebihi 95 peratus di semua kelas yang diajarnya, walau pun saban tahun mendapat kelas paling hujung, walaupun mengajar murid yang buta huruf, walaupun format peperiksaan kerap bertukar.

Beratus-ratus muridnya daripada tidak mengenal huruf, akhirnya mendapat A dalam subjek Sains SPM. Tetapi guru ini tidak pernah diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, hanya kerana guru ini tidak mempunyai hubungan baik dengan pentadbir sekolah yang hanya mementingkan kerja pentadbiran. Guru ini pula memang menolak kerja pentadbiran kerana kerja pentadbiran akan menyebabkan dia mengabaikan murid-muridnya, sesuatu yang guru ini enggan lakukan.

Bagi saya, sekalipun guru ini dilihat `melawan ketua', tetapi komuniti kecil guru-guru dan murid-murid sekolah menyanjung dan menghormati guru ini kerana keberaniannya meletakkan fokus pada apa yang berhak, iaitu murid-murid. Guru ini juga tidak lokek membantu guru-guru muda dari segi memberi bimbingan tentang teknik P&P yang berkesan. Bagi guru muda seperti saya, inilah guru dalam erti kata sebenar.

Bagaimana boleh berlaku, dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, guru yang pandai mengajar diketepikan berbanding guru yang hanya pandai menaip dan mengemas fail? Di manakah profesionalisme guru? Bagi saya, seorang guru itu profesional jika dia pandai mengajar kerana itulah sebenarnya tugas hakiki seorang guru. Tapi hari ini, guru yang membuat kerja yang betul tidak diberi penghargaan sepatutnya, dan guru yang tidak pandai mengajar pula yang diletakkan di tempat tinggi, diberi elaun, kuasa dan jawatan. Bagaimanakah guru-guru yang setiap hari berhempas-pulas dengan murid di dalam kelas hendak menghormati pentadbir mereka yang tidak pandai mengajar pun?

Malah, pentadbir itu pula yang akan duduk di belakang kelas menilai sama ada guru lain pandai mengajar atau tidak. Hanya kerana mereka pentadbir, mereka ada kuasa memberi markah. Tapi mereka menjadi pentadbir bukan kerana mereka pandai mengajar, tapi pandai membuat kerja lain selain mengajar. Bagaimanakah pentadbir sekolah seperti ini layak menuntut penghormatan daripada warga guru? Saya pernah melihat seorang pengetua sekolah yang diletakkan mengajar hanya dua waktu seminggu, terpaksa meminta guru lain mengambil alih kelasnya kerana dia terlalu kerap keluar dan tidak ada di sekolah.

Jika hari ini masyarakat melihat guru sebagai tidak professional, itu ialah kerana hampir semua guru terpaksa membuat kerja menaip dan mengemas fail, suatu kerja yang boleh dibuat oleh budak lepasan SPM.

Jika hari ini masyarakat melihat guru tidak berilmu, ia adalah kerana guru asyik mengisi borang, bukan mengisi dada dengan ilmu.

Dipetik daripada email Tuan Hj. Isa

28 November 2009

UCAPAN KEPADA PISMK OUM


Ucapan khas ini ditujukan kepada PISMK-OUM, kakak-kakak dan abang-abang yang tengah bersedia untuk berkhidmat di dunia kerjaya sebagai guru.
Untuk pengetahuan umum (ada-ada jak) Pismk Oum merupakan senior kami yang paling senior dan banyak membantu saya dan rakan-rakan yang lain dari segi perkembangan JERIS (hahaha). Betulah tu, dalam kesempatan ini saya sebagai wakil dan bapa sementara salong ingin mengucapkan selamat maju jaya apabila tiba di sekolah yang telah ditetapkan.

Di sini saya juga ingin menyatakan rasa berterima kasih yang amat kepada bro-bro OUM dan sis-sis OUM.Disini saya ingin memberikan sedikit pesanan selaku pemerhati kepada perkembangan mereka-mereka ini heheheheh

>>>>>>>>>>>PESANAN POSTO<<<<<<<<<<<<

Mohd Alfizari Bin Abd Rahman- Tq bagi barang-barang wakaf tu :-) Mohamad Akmal Bin Mat Rodzee- Sorry abe Akmal, belum sempat nak record lagu kita tu :-( Musafarudin Bin Othman- kirimkan dia kekasih yang baik hati dan besar hati hehehe Aminn Muhammad Rosli Bin Yusoff-
Mahu buat pengakuan berani mati (abe , saye la paling last men gitar time malam 2 huhuhu) sory :-( Azfar Zhafran Bin Mohd Najib-Tahun depan saya ganti jual reload huhuhuh Abdullah Sanim Bin Jaapar- Tak sempat salam hari 2 Nasiruddin Bin Jafary- Paling fiest salam dengan dorang hari 2 Lee Lip Chaw- Basketball player

>>>> Pesanan Sekali GUS<<<<<<

Adriana Bt Muhamad Akhir Clarice John Mariam Bt Basir Marina Nicholas Masferanah Bt Marimin Norhayati Bt Abdul Latip Sanimah Bt Tali Santi Bt Pani Siti Hafizarina Bt Manju Zashima Bt Ahmad Sibi Zarina Bt Satar

>>>>>>>>SELAMAT MAJU JAYA DAN KAWIN CEPAT HAHAHHA<<<<<<<<<<


DENGAN BANGGANYA SAYA MEMPERSEMBAHKAN PRODUK-PRODUK IPGM KAMPUS KENINGAU YANG BAKAL DILANCARKAN PADA TAHUN 2010.

PRODUK INI BUKAN PRODUK KESIHATAN, PRODUK DIGITAL ATAUPUN PRODUK YANG BOLEH DI JUAL

PRODUK INI MERUPAKAN HASIL DARIPADA PERTAPAAN SELAMA 5 TAHUN DI IPGM

DENGAN ITU TANPA MEMBUANG MASA SAYA SAYA MEMPERSEMBAHKAN

PISMK-OUM 2010