Memaparkan catatan dengan label Semarak Bahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semarak Bahasa. Papar semua catatan

17 Oktober 2009

Semarak Bahasa bahagian 3

"Seterusnya, penyampaian hadiah bagi ketegori yang dinanti-nantikan oleh semua... ketegori penglibatan paling aktif dalam semua aktiviti minggu Semarak Bahasa, disandang oleh... PISMP Pengajian Sosial amlan Januari 2009. Diminata wakil kelas untuk menerima hadiah..."

Inilah hasil penat lelah kami bekerja keras dalam membantu menjayakan aktiviti minggu Semarak Bahasa. Terima kasih atas hadiah ini... Ini boleh jadi sarapan kami 1 minggu dalam kelas ne...

Gambar atas: Velerie, wakil menerima anugerah khas untuk kelas...

Gambar bawah: Semua ketegori kami ada hadiahnya...


Gambar bawah: Gembira dengan titik peluh berbayar dengan hadiah lumayan... syukur


Ini hadiah kita... kata Velerie


Gambar kenangan pemenang bersama dengan ketua Timbalan pengarah, ketua JPM dan pengerusi program.

TERIMA KASIH penduduk bumi Salong kerana kita telah bersama-sama meraih banyak hadiah sebagai jamuan akhir tahun kita. Nanti hari isnin masa tutorial kita buat parti sikit.

16 Oktober 2009

Semarak Bahasa bahagian 2


Ini wajah pemenang tempat ke-2 pertandingan multimedia yang telah disertai oleh beliau anjuran Persatuan Bahasa Melayu, PISMP Bahasa Melayu dan Jabatan Pengajian Melayu bersempena dengan minggu Semarak Bahasa. Seperti yang dijanjikan pada terbitan berita bumi Salong yang lepas, penulis akan menceritakan serba sedikit kisah ahli bumi Salong ini.


Oragnya segak, sesegak namanya Mohd. Firhan Asilin. Berumur 20 tahun pada tahun ini dan dilahirkan pada 22 Mac 1989. Beliau berasal dari Papar dan menetap di Kimanis. Itulah serba sedikit mengenai latar belakang beliau.

Semasa menyertai pertandingan multimedia yang dipertandingkan, Firhan mengambil biografi tokoh bahasa A. Samad Said sebagai bahan persembahan dan hasilnya beliau mencapai kejayaan yang agak memberansangkan. TAHNIAH diucapkan. Tahun depan boleh cuba lagi.

Bersalam dengan pemenang tempat pertama pertandingan persembahan multimedia

Semarak Bahasa bahagian 1

Bersempena dengan minggu Semarak Bahasa yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu IPGM Kampus Keningau, ahli bumi Salong dengan berbesar hati dengan tulang seringan kapas telah menyertai kesemua acara yang dipertandingkan. Terbitan berita Semarak Bahasa bahagian 1 menceritakan perjuangan rakan bumi Salong dalam pertandingan lagu puisi ketegori berkumpulan yang disertai oleh:

Dari kiri (gambar atas): Velerie, Bernadette dan Adilah


Gambar atas: wajah penuh penghayatan

Gambar bawah: mendaklamasi sajak dengan penuh perasaan dan penghayatan


... dan akhirnya, perjuangan yang bermakna...
rakan bumi Salong mendapat tempat ke-2 daripada 3 kumpulan yang menyertai
TAHNIAH diucapkan.



Salah seorang rakan bumi Salong yang turut membatu dalam menjayakan Majlis penutupan Semarak Bahasa... cerita mengenai kejayaan beliau dalam pertandingan minggu Semarak Bahasa akan diceritakan dalam siri seterusnya.

Kami ahli bumi Salong mengucapkan TAHNIAH & TERIMA KASIH kepada pihak peganjur:
  • Persatuan Bahasa Melayu
  • PISMP Bahasa Melayu semester 6
  • Jabatan Bahasa Melayu
...kerana telah berjaya menganjurkan majlis dan minggu yang amat bermakna ini. Jasamu dikenang. Budi bahasa budaya kita.