17 Julai 2010

KKBI PJM3110

Kursus Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani bermatlamat melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan tentang tunjang-tunjang pembelajaran dalam Sukatan Pelajaran PJ Sekolah Rendah dan kemahiran untuk merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang Iebih saintifik, efektif dan efesien mengikut strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran PJ.


Sehubungan dengan itu, pelajar dikehendaki menyediakan SATU FOLIO yang mengandungi maklumat tentang teori pembelajaran dan pedagogi PJ, Rancangan Pengajaran Harian PJ untuk murid-murid Tahap Satu dan melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian secara pengajaran mikro.


Bagi melaksanakan tugasan ini, anda dikehendaki;

i. Mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan teori-teori pembelajaran, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang sesuai.
ii. Merumuskan dapatan maklumat dengan ringkas dan padat yang berkaitan dengan teori-teori pembelajaran, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
iii. Menyediakan satu Rancangan Pengajaran Semester/Mingguan dan Harian yang Iengkap dan merangkumi maklumat pelajar, maklumat pelajaran, objektif pengajaran dan pembelajaran, strategi (kaedah dan teknik) pengajaran dan pembelajaran yang digunakan, Bahan Bantu Mengajar, Nilai, KBKK, penggabungjalinan dan penyerapan dengan Iengkap dan sistematik.
iv. Merakam (Video) pelaksanaan sesi pengajaran mikro mengikut RPH yang disediakan.
v. Semua Bahan Bantu Mengajar yang digunakan hendaklah dilampirkan.
vi. Membuat refleksi terhadap penyediaan tugasan ini.

Arahan tugasan:

1. Tugasan hendaklah dibuat secara INDIVIDU dan disiapkan dalam tempoh LAPAN (8) MINGGU.

2. Tulisan jenis Arial font 12, Iangkau satu setengah baris dalam sepuluh (10) hingga lima belas (15) muka surat sahaja.

3. Sumber atau bahan rujukan perlu dinyatakan mengikut format yang ditentukan (contoh: APA)

4. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai (Lampiran).

5. Tugasan hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy selewat-lewatnya pada 20/09/2010.

6. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan makiumat berikut:

· NAMA PELAJAR

· ANGKA GILIRAN

· NO.K.P

· KUMPULAN /UNIT

· KOD DAN NAMA MATA PELAJARAN

· NAMA PENSYARAH PEMBIMBING: ENCIK JAIS BIN SIARUS

Tiada ulasan: