06 Ogos 2009

SASPEK H1N1

5 Ogos 2009, IPGM Kampus Keningau - Influenza H1N1 yang semakin menular di negara kita kebelakangan ini telah membawa kebimbangan kepada semua penduduknya terutamanya guru-guru pelatih Kampus Keningau. Kesemua pensyarah dan pelatih sentiasa berjaga-jaga dengan kesihatan diri masing-masing dan orang disekelilingnya. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan langkah memakai topeng mulut dan hidung di sini. Pensyarah juga sentiasa perihatin dengan kesihatan para pelatih.

Hasil daripada keperihatinan pensyarah dan pelatih, seorang guru pelatih telah di hantar ke hospital Keningau setelah mendapati beliau menghadapi masalah kesihatan dan hasil daripada temubual dengan sumber yang boleh dipercayai, didapati bahawa mangsa (nama dirahsiakan) merupakan SUSPEK sintom H1N1. Mangsa kini sedang menjalankan ujian kesihatan di hospital dan keputusannya akan diketahui tidak lama lagi.

Oleh dengan itu, dimaklumkan kepada semua warga IPGM Kampus Keningau agar tidak berasa bimbang dan jangan terpengaruh dengan khabar angin yang kurang tepat. Apa yang paling penting sentiasalah berhati-hati dan sentiasa peka dengan kondisi kesihatan diri dan rakan-rakan terdekat. Sekiranya anda kurang sihat, segeralah menjalankan pemeriksaan kesihatan di hospital atau klinik kesihatan terdekat. Semoga semua ini akan berakhir dengan baik. -beritaPISMPPS-

Tiada ulasan: