26 Jun 2009

Pembubaran Jawatankuasa Kelas

Siapakah yang bakal memegang jawatan ketua dan penolong ketua kelas pada semester ini??
Siapakah yang bakal menjadi setiausaha dan bendahari kelas??
Siapakah yang bakal menjadi pengurus buku rekod kehadiran kelas???
Siapakah bakal pengurs-pengurus subjek yang berjaya itu??


Kesemua persoalan ini bakal terjawab pada minggu hadapan. Pastikan anda teruskan bersama saya moderator tetap PISMPPengajian Sosial, tahun 1, semester 2.

H1N1 di Sabah

H1N1: Dua kelas SMK Abdul Rahim, Kudat ditutup

PUTRAJAYA: Dua kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim 2, Kudat, Sabah ditutup semalam berikutan penularan Influenza A (H1N1) di sekolah berkenaan, membabitkan 125 murid dan guru diarah untuk kuarantin di rumah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata penularan wabak itu adalah daripada seorang guru berumur 24 tahun di sekolah berkenaan, yang bercuti ke Istanbul selama 17 hari, kembali ke Malaysia pada 18 Jun lalu dan kembali mengajar pada 22 Jun 2009.

"Beliau hanya menunjukkan gejala demam dan batuk pada 23 Jun, telah pergi mendapatkan rawatan di Hospital Kudat pada hari sama, kemudian dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan disahkan positif H1N1 semalam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata lapan ahli keluarganya turut dikuarantin di rumah dan kes itu menyumbang kepada 14 kes baru wabak H1N1 yang dilaporkan di Malaysia hari ini, yang terdiri daripada 13 kes import dan satu kes jangkitan tempatan.


Katanya ini menjadikan jumlah terkumpul kes H1N1 sehingga jam 8 pagi ini berjumlah 105 kes iaitu 90 kes import dan 15 kes jangkitan tempatan.

Tiada kematian dilaporkan.


p.s~Berhati-hati dengan manusia disekitar anda...

22 Jun 2009

Habis cuti

Cuti sudah tamat...
dah balik ke kampus,
Majlis Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) untuk KPLI ambilan Jun 2009 bermula...
kelas jangan tanya, kelas memang sentiasa ada, penghuninya macam 'chipsmore'
Asrama ada penyelengaraan elektrik: blok D.

Sebagai moderator,
saya ingin mengucapkan
SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS
&
SELAMAT MENERIMA JUNIOR

15 Jun 2009

Kesatuan guru bantah

NUTP tak setuju lanjut Kursus Perguruan Lepasan Ijazah 18 bulan

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah cadangan Kementerian Pelajaran memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) daripada setahun kepada 18 bulan.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata tempoh setahun sudah memadai kerana pelatih terbabit sebelum ini sudah menghabiskan masa empat tahun di universiti.

"Jika kita fikir secara logik mereka sudah belajar bertahun-tahun di universiti. Kalau dicampur dengan tempoh belajar pada peringkat KPLI jika ia dilanjutkan, hampir enam tahun baru mereka dapat merasa gaji," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Misrah Ibrahim, berkata pihaknya kini pada peringkat akhir memuktamadkan kertas kerja mengenai cadangan itu dan paling awal ia akan dilaksanakan pada pengambilan Januari depan.


Misrah berkata, keputusan itu diambil berikutan desakan pelbagai pihak yang mendakwa tempoh setahun sekarang kurang berkesan dalam melahirkan guru berkualiti.

Hashim sebaliknya mencadangkan supaya tempoh latihan praktikal dilanjutkan, berbanding tiga bulan sekarang.

Beliau juga mencadangkan sistem pengambilan ke KPLI diperkemaskan bagi memastikan pelajar betul-betul berminat untuk menjadi guru.

"Saya mencadangkan supaya kementerian mengadakan minggu suai kenal selama dua minggu bagi memberi ruang kepada pelajar untuk menarik diri daripada menyertai KPLI jika merasakan tidak sesuai untuk berkhidmat sebagai guru.

"Sistem ini diguna pakai bagi pengambilan kadet anggota tentera dan polis. Jika yang terpilih semuanya terhadap profesion keguruan, maka kerajaan tidak akan rugi dan mereka pun cepat dapat berkhidmat," katanya.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Aminah Ayob, juga berpendapat bahawa tempoh setahun pengajian KPLI sudah memadai.

Aminah bersetuju jika tempoh praktikal pelajar KPLI dilanjutkan bagi memberi pendedahan sewajarnya kepada bakal guru.

"Apa yang penting adalah kandungan dan penyampaian pedagogi dengan sempurna, pembelajaran secara mikro serta latihan tiga bulan di sekolah dapat membantu mereka menjadi guru yang berkualiti," katanya.

dipetik dari: Berita Harian online

APA KOMEN ANDA???