29 Mei 2009

Selamat Bercuti

Peperiksaan dah habis...
Cuti mendatang...

SELAMAT BERCUTI SEMUA
SEMOGA kamu sentiasa selamat dalam apa jua yang kamu lakukan...amin...

p.s~jangan lupa balik IP 21hb nanti dah lah...

26 Mei 2009

~Tamat~

TAHNIAH!!!
Akhirnya...MySpace
Setelah berpenat lelah selama berminggu-minggu...
memerah otak Thinkingdalam masa 2 jam 30 minit untuk setiap kertas...
berakhirlah ia pada hari ini... dan akan disambung pada semester hadapan.

Cuti bakal bermula...Too Happy 1
30hb Mei - 21 Jun 2009
smoga kita semua bercuti dengan tenang sebelum menerima kejutan Electrickeputusan peperiksaan.

Ini iklan terbuka...
pada masa cuti ini ada aktiviti belia yang melibatkan pelajar IPT...
memandangkan di Keningau ne kita salah sebuah IPT, jadi kita ditawarkan mengikuti program ini...

PROGRAM ANAK IPT
ANJURAN JABATAN BELIA & SUKAN BAHAGIAN KENINGAU
16 JUN - 21 JUN 2009
BERTEMPAT DISEKITAR KENINGAU

Sesiapa yang berminat boleh berjumpa terus dengan
Chong Oi LanRoll
atau
Bernadette Fontaine BanaguaBounce

16 Mei 2009

Exam

Sila layari laman blog http://sk-version1.blogspot.com/ untuk mendapatkan latihan-latihan / soalan spot peperiksaan anda. Terima kasih.

Soalan latihan EDU3102 dari IPGM IPP

Bahagian B
-dasar pendidikan menurut Islam
-implikasi falsafah timur terhadap pendidikan
-implikasi pendidikan terhadap Islam
-implikasi perlaksanaan kurikulum pendidikan
-fahaman parealisme
-implikasi fahaman essentialisme
-pandangan progressive
-5 sumbangan tokoh pendidikan (Aminuddin Baki)

Bahagian C
-cadangan Laporan Razak
-dasar Leizre Farre Inggeris dalam pendidikan di Malaysia
-ciri2 guru yang dihasratkan oleh FPG
-model dan objektif Tyler

Segalanya Cikgu...

Tarikh 16 Mei pada setiap tahun bukanah tarikh yang asing bagi kita semua yang pernah bergelar pelajar, guru, bekas guru mahupun bakal guru. Tarikh ini merupakan tarikh peringatan bagi kita semua agar menghargau guru-guru yang telah banyak berjasa kepada kita semua dan juga menjadi ingatan kepada guru dan bakal guru agar memikul tanggungjawab mendidik anak bangsa dengan penuh amanah. Selain itu, tarikh keramat ini juga merupakan hari bagi mengenang jasa serta pengorbanan seorang manusia yang bergelar pendidik.

Disini saya sebagai moderator blog PISMP Pengajian Sosial ini ingin merakamkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru dan juga bakal-bakal guru di seluruh Malaysia... Jasamu tetap dikenang. "Guru Pembina Negara Bangsa" tatapi sajak karya Usman Awang...

Guru Oh Guru
Oleh Usman Awang (1979)

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



14 Mei 2009

Latihan Exam EDU3101 dari IPIK

Struktur
Falsafah Pendidikan Islam dan Timur
FPK
FPG
Perjuangan insan pendidik
Guru sebagai pembentuk insan

Esei
Perkembangan sistem pendidikan Malaysia
Konsep modal insan
Pembentukan dan perlaksanaan KBSR

Soalan latihan EDU3102 dari IPGM KTB

1. Perbezaan pertumbuhan dan perkembangan

2. Maksud fitrah.

3. Tiga peringkat moral Kolberg.

4. Nyatakan 4 peringkat perkembangan kognitif Jean Piaget

Sensorimotor, pra operasi, operasi konkrit, operasi formal.

5. Konsep kendiri.

6. Introvert, ektrovert dan ambivert.

7. Helah bela diri.

8. Maslow – page 103

9. Masalah pembelajaran – disleksia, hyper active.

10. Strange situation – page 101

11. Teori Ekologi Manusia – page 17

12. Scaffolding – page 60

13. Zon Proksimal – page 59

14. Keperluan khas

buku yang dirujuk: Perkembangan Kanak-kanak untuk PISMP, 2009 (Hasliza Hamzah et. al)

sumber: http://notapismp.blogspot.com/

Latihan Exam EDU3101 dari IPGM KTB

Objektif

  • Kena baca semua..

Struktur

  • Perbezaan PenyataRazak vs Rahman Talib
  • Peranan Sekolah Bestari
  • Prinsip dan objektif KBSR
  • Cabang falsafah - aksiologi
  • Implikasi perkembangan falsafah pendidikan ke arah pembentukan FPN
  • Sumbangan HAMKA
  • Perspektif agama
  • Falsafah Pendidikan Islam

Esei

  1. Tafsirkan ciri2 KBSR & Huraikan matlamat KBSR
  2. Sejarah pendidikan di Malaysia, peranan modal insan, kerjaya guru sebagai modal insan
  3. Tokoh2 pendidikan negara, huraikan sumbangan beliau.
  4. Implikasi syor2 Laporan Razak
aku dapat ne dari:
http://notapismp.blogspot.com/
IPGM Kampus Tunku Bainun
TQ geng...

Latihan Exam PSS3102 dari IPBA

tajuk 1- perspektif sosiologi sebagai disiplin ilmu
struktur:
1a) konsep, persepktif, fungsi
1b) konflik, interaksi

tajuk 2- budaya, masyarakat dan negara
struktur:
1a) konsep budaya dan masyarakat, elemen budaya (contoh bahasa, norma, kawalan, nilai)
1b) masyarakat sebagai sistem sosial, interaksi dan latar belakang, kelas sosial, gender
esei: soalan 1

tajuk 3- Sosiolisasi
struktur:
1a) konsep sosialisasi
1b) sosialisasi dalam putaran hidup manusia (contoh bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa)

tajuk 4- interaksi dan struktur sosial
esei: soalan 2

tajuk 5- devian dalam kawalan sosial
struktur:
1a) maksud devian, punca devian dalam kalangan pelajar
1b) fungsi kawalan sosial (konformiti nilai budaya dan norma, menentukan sempadan moraliti, menggalakkan keharmonian, menggalakkan perubahan sosial)

tajuk 6- kaum dan etnik
esei: soalan 3

aku ambil dari:
http://sk-version1.blogspot.com/
TQ bro...MySpace

Terbukti benar

TAHNIAH!!!MySpace
Terutama kepada para peminat dan para pengundi Adul; tak kenal tak pa (Khay nanti ko ambil gambar dia mau kasih masuk di sini...biar dia bertambah famus) kerna anda telah menjalankan tanggung jawab mengundi beliau. Kini telah ternyata kakang Adul seorang yang hebat... hebat membancu air sehingga ramai peminatnya... sehinggakan ada yang mengeluarkan kenyataan:
"Kalo bukan Adul yang bancuh air saya tedak mau oder air"MySpace
lebih kurang macam tu lah...

Bagi tidak mengenali kakang Adul, jangan panik jangan risau... Biar aku perkenalkan... Dia ne sorang manusia biasa, penduduk asal bumi tapi kelebihannya dia pandai bancuh air... dialah manusia yang paling dikehendaki di cafe kampus Keningau bila kami nak oder air...
"Adul, Meloping kau2 1, kasi banyak ais aa..."MySpace

Kalau tak percaya dia ne famus... korang boleh tengok kat undian di bawah...

hah... na kan... ternyata benar...
MySpace

p.s~Sorri lah tak dah hadiah tu ko...len kali aku masukkan gambar ko kat sini sebagai hadiah... bagi para pengundi Susi dan Ramdan, jangan kecewa k... cuba g len kali...lol

12 Mei 2009

AWAS!!!

Jabatan H** IPGM Kampus Keningau
semakin mengganas!!!

Lokasi: Bumi Salong
:
Mangsa: Mohd. F*****
:
Isu: Surat pink (tidak hadir ke pelancaran Generasi Bebas Jenayah)
:
:
Adakah patut, disebabkan tidak hadir ke pelancaran Generasi Bebas Jenayah anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan (P) dan penganjur lain yang terlibat, kawan kita seorang ne diberi surat pink (surat amaran). Sedangkan ini merupakan aktiviti luar dan kita hanya menjadi jemputan sahaja. Sedangkan penganjur lagi kan tak kecoh, ini diorang lak yang lebih-lebih. menambahkan tekanan kepada pelajar sahaja.

Tak faham aku dengan H** ne. Apa bah yang sepatutnya mereka mahukan ini... Adakah mereka ne sudah tidak ada kerja lain??? Kalau benar tiada kerja lain, tu cafeteria kita yang semakin kurang baik perkhidmatannya korang tidak pun p pantau. Asyik nak cari salah laku pelajar. Amacam mau maju kalau asyik cari kesalahan orang lain sedangkan kesalahan sendiri tidak disedari. Jari telunjuk di tunding ke arah orang sedangkan 4 jari yang lain menunding ke arah diri sendiri!! Tak faham betul aku dengan pihak ne.

Ne surat pink yang dihantar kepada salah seorang penduduk bumi Salong
:
:


Memang pink
:
:
:
gambar mangsa yang terpaksa dikaburkan

:
:
:
Ini gambar sebenar mangsa bersama dengan surat pink
yang dibandingkan dengan kad manila...
menurut kata-kata mangsa
"kalau besar gini barulah surat amaran!!" (nada menyindir)

:
:
Hati-hati dengan pergerakkan anda sekarang...
kita berada dalam PENJARA...
amat menakutkan.

JADUAL PEPERIKSAAN SEM 1/2009

Tarikh:
15 Mei 2009 (Jumaat)

Masa:
2.00 p.m

Tempat:
Dewan Besar IPGM Kampus Keningau

Perkara:
Taklimat Peperiksaan Mei 2009

Kehadiran:
PPISMP Sem 2, PISMP sem 1, PISMP sem 5, PISMP sem 3, PISMK-OUM sem 7, KDP 14M OUM. (wajib)

Tarikh

Masa

Mata Pelajaran

20 Mei 2009

2.30 p.m – 5.00 p.m

EDU3101 : FPK

21 Mei 2009

2.30 p.m – 5.00 p.m

EDU3102 : PKK

25 Mei 2009

8.30 a.m – 11.00 a.m

PSS3101

26 Mei 2009

8.30 a.m – 11.00 a.m

PSS3102


11 Mei 2009

Klinik Silk Screen Printing

TAHNIAH!!!
buat kawan-kawan yang telah menyertai
Klinik Silk Screen Printing 2009
:
:
:
anjuran bersama
Jabatan Belia dan Sukan (P) Keningau,
Kelab Penaja Rakan Muda Keningau,
Kelab Sukan Lasak Keningau.
:
:
:
Klinik 2 hari ini memberi peluang untuk kami
mempelajari pelbagai teknik dan kaedah
melakukan silk screen printing
Kami berazam akan membuka perniagaan printing
pakaian tuk pelajar IP Keningau...
Sekarang ne dalam usaha mengumpul modal...
:
:
:
Sekilas pandang sepanjang ber'klinik'
:
:
:

Usaha menutup identiti
:
:
:

Penyerahan screen printing (perasan la tu cheehh...)
:
:
:

Gambar sempoi terpilih
juru gambar: Cik Nina Karina Naim
model: penduduk bumi Salong
:
:
:

Hasil printing
:
:
:
:

Ayat ini ayat Nurul Khairunie Makhtar
dilukis oleh murid SMK Keningau II (pokok jak)
:
:
:

Imej printing Induk
:
:
:

Terima kasih buat kerana semua yang sudi ikut program ne...
diharap kamu sudi join aktiviti belia lagi...
Next activity: keluarga angkat IPT

05 Mei 2009

MUET...

GOOD LUCK TO ALL OF YOU...
DO YOUR BEST OK.


30 April 2009

Tepuk semangat

1 X tepuk tangan, 2 X tepuk meja

majulah diri dengan semangat
semangat untuk berjaya
terus maju berusaha
kita pasti berjaya

we are, we are champion

we are, we are champion

eyyyaaa...

29 April 2009

Tugasan EDU 3101

kumpulan 1: Falsafah Pendidikan Kebangsaan
kumpulan 2: Wawasan 2020
Kumpulan 3: dasar pendidikan nasional
kumpulan 4: misi nasional/PIPP

Arahan tugasan:
  1. setiap kumpulan bina soalan sendiri (protokol temubual)
  2. sela cari seorang pensyarah yang berkenaan untuk ditemubual.
  3. sila pastikan biodata pensyarah tersebut disertakan dalam lampiran.
  4. format laporan temubual rujuk dengan mana-mana pensyarah di JPM
  5. hasil temubual akan dibentangkan di kelas
  6. Hasil laporan hantar pada Rabu depan
  7. laporan temubual dihantar kepada Pn. Norhayati (hard copy) mesti mengandungi laporan temubual, rumusan, refleksi kumpulan dan biodata pensyarah

28 April 2009

NYALAKAN API KEBERANIAN...

Salam ceria semua salong 'group'....

Hari ini giliran saya untuk berkongsi motivasi dengan anda semua...tiap-tiap hari yang telah saya lalui selama lebih kurang seminggu ini....ada sahaja bermain di minda saya...suatu perubahan yang drastik yang saya tidak ketahui..adakah ini tranformasi orang berjaya???

Motivasi yang saya kongsikan pada hari ini adalah sifat keberanian....adakah anda mempunyai sikap keberanian?? atau 'bah kaulah, saya nda ok nee...' tidak yakin dengan diri....jikalau ditanya siapa-siapapun ahli motivasi antara ramuan orang berjaya adalah keberanian diri seseorang itu...

Keberanian ditakrifkan sebagai seseorang yang berani melawan perasaan sikap takut, berani melawan pengorbanan dan berani melakukan sesuatu pembaharuan yang terbaharu..tetapi apa-apapun takrifan berkenaan dengan keberanian adalah terpulang dengan sikap individu itu sendiri....

Untuk kita pula...sebagai seorang bakal pendidik..kita perlu menanamkan sikap berani mula dari saat ini....kalau bukan sekarang untuk kita berani bila lagi??? untuk itu saya seru untuk semua kita lebih berani melakukan suatu pembaharuan dalam kehidupan....ianya sejajar dengan motto kelas kita...

'PENGAJIAN SOSIAL BERANI BERSAING'.

24 April 2009

Segalanya disini

Bumi mana tidak ditimpa hujan.
Sedangkan lidah lagi tergigit...
Perselisihan faham itu satu perkara biasa dalam kehidupan sehari-harian. Setiap apa yang berlaku sama ada yang baik atau yang buruk pasti ada hikmat disebaliknya. Setiap peristiwa ad a keistimewaannya. Take the good with the bad...

Tak kenal maka tak cinta.
Don't Judge a book by its cover.
Jika tidak mengenali seseorang itu mana mungkin anda akan memahaminya. Hanya orang yang mengenal orang sahaja akan mengetahui sikap orang yang sebenar. Anda tidak mungkin dapat menilai keperibadian seseorang hanya melalui luarannya sahaja. So, watch out!

Itulah diantara pepatah yang saya rasa sesuai digunakan sekarang. PENGAJIAN SOSIAL BERANI BERSAING itu merupakan kata semangat bagi kelas kami. Siapa berani lawan??? marilah... anda belum kenal siapa kami yang sebenarnya. Walaupun kami sering bertikam lidah, bercanggah pendapat (kadang-kala) ini bermakna wujud komunikasi antara kami biar dalam apa bentuk kamunikasi sekalipun. Walaubagaimanapun, semua tugas yang diamanahkan, kami selesaikan dengan sempurna.

Tanpa komunikasi diantara kami, semua ini tidak akan berlaku. Saya berkata sebegini bukan disebabkan saya memihak kepada ahli kelas saya sendiri... tetapi saya merasakan saya berhak untuk menilai siapa rakan-rakan seperjuangan saya sendiri. Sepanjang hampir 2 tahun kita bersama-sama, antara percaya atau tidak telah banyak yang kita harungi bersama. Bagi anasir jahat (yang tidak berani memaparkan nama apabila meninggalkan hasutan) sila datang berdepan dengan kami sendiri sebelum menilai siapa kami yang sebenarnya. Cerminlah dahulu dirimu itu. Dont talk like you a perfect person! Judge your self before judge anyone else.

Setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Apa yang paling penting bagaimana kita menggunakan kebijaksanaan yang dikurniakan Tuhan untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara itu. TIDAK PERCAYA??? anda boleh fikirkan sendiri. Think before talk.

p.s~ memetik kata-kata Mdm. Z (2008) "be a profesional"