18 Ogos 2009

SK Dallas, Kota Belud, Sabah

Sekolah Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pilihan Nurfarhana Selline Salleh, ledwina Ibar, Anggie Anjis, Shirley Peter kating dan Chong Oi Lan. SK Dallas merupakan salah sebuah sekolah kurang murid (SKM). Sekolah ini terdiri daripada 84 orang pelajar (lelaki=38 orang, perempuan=46 orang) dengan 13 orang guru termasuk guru besarnya dan dibantu oleh sorang kakitangan bukan mengajar. Sekolah ini boleh dikatakan unik kerana ia terletak di sekitar kaki gunung Kinabalu. Walaupun SK Dallas merupakan sekolah Kurang Murid, namun ia dilengkapi dengan kemudahan seperti sekolah biasa. Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada anak-anak penduduk sekitar Pekan Nabalu, Kg Simpangan, Kg Tomis, Kg Singaron dan Kg Kaung Ulu. Murid-murid terdiri daripada kaum Dusun, Bajau dan Melayu.

Kedudukan sekolah betul-betul berada di kaki gunung Kinabalu

Cuma mengambil masa 20 minit untuk sampai ke sekolah dengan berjalan kaki...
Latihan persediaan untuk dihantar mengajar di kawasan pedalaman...^_^

Murid-murid turut berjalan kaki ke sekolah menggunakan laluan yang sama

84 orang murid dengan hanya menggunakan 6 buah bilik darjah

Rukun Negara dilafaskan semasa perhimpunan

Murid-murid di sekolah ini mempunyai sikap yang terpuju. Mereka tidak mempunyai sebarang masalah disiplin dan mudah dikawal.

P.S~ kepada kawan-kawan yang berminat untuk menerbitkan perkembangan Program PBS di sekolah pilihan masing-masing anda dalam blog ini anda bolehlah berbuat demikian atau e-mailkan kepada moderator dan moderator akan terbitkan. Terima kasih.

2 ulasan:

wisadunkie berkata...

cool~
real excitement

Tanpa Nama berkata...

saw my sisters in here..huhu i miss this school :)