21 Ogos 2009

JUARA NASYID TAHUN 2009 'THE MEN'NICE'

Tahniah buat 4 jejaka dari salong dan 1 jejaka pinjaman dari kelas opsyen Bahasa Melayu.

Keningau, 20 Ogos (Khamis): sekumpulan pelatih telah merampas gelaran juara Nasyid 2009 tertutup IPGM Kampus Keningau, daripada pemegangnya tahun lalu. Antara yang terlibat dalam pertandingan kali ini ialah sweet Aura, Sweet Zydande, Sweet Firhan, Sweet ONO, dan Sweet Amri (penyanyi jemputan), dan tidak dilupakan kepada Sweet Fontaine (jurufoto). Pihak berita difahamkan yang mana juara pada tahun ini hanya berlatih dalam 15 minit sahaja.
"kami tak sempat nak latihan, sebab kami terlalu sibuk di sekolah, dan tidak ada masa yang sesuai untuk kami latihan, dan disaat-saat akhir kami mendapat satu AURA yang luar biasa...dan pada ketika itulah kami baru kami nak latihan dan mencari lagu." Sweet Vonn

Tahniah diucapkan kepada ahli kumpulan nasyid The Men'Nice. Semoga usaha dan pengorbanan ini akan dikekalkan dari tahun ke tahun dan kami dari pihak berita Salong mengucapkan tahniah kepada juara dan kepada semua pemenang serta kepada para penganjur yang berjaya menganjurkan program yang baik seumpama ini.

Koleksi Gambar Pemenang THE MEN'NICE
Bergambar dengan Hamper Kemenangan, dri kiri:
weet Firhan, Sweet Ono, Sweet Amri, Sweet Aura, Sweet Zydande

Bergambar bersama 'jurufoto' (Fontaine) dan Ketua Jabatan HEP EN. Mazlan Ngah (3 dari kiri)

Kumpulan 'The Men'Nice bergambar bersama EN. Mazlan Ngah (3 dari kiri)

Saat-saat Kemenangan THE MEN'NICE

Semuanya tampil dengan gaya tersendiri

Aksi Nyanyian dimulakan dengan penyanyi serantau Sweet Zydande

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah semua.. satu kebangaan buat kita semua..

Firhan berkata...

siapa lah tanpa nama 2 huhuhuhu tq2

::CuLan:: berkata...

aku sokong tanpa nama... tapi lain kali letaklah nama ya... kami pun nak kenal jua siapa awak...^_^

Satu perkara lagi... bila kita nak tukar baju kelas ne en ketua kelas (Firhan)... baju tu dah lapuk daaa... boleh masuk arkid negara uda tu... tambah 2 tahun boleh masuk muzium... kekkeee

~~menakutkan~~