23 Ogos 2009

Salam puasa

Dibulan yang mulia ini moderator ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan, para pensyarah IPGM Kampus Keningau dan semua pembaca yang budiman.

21 Ogos 2009

JUARA NASYID TAHUN 2009 'THE MEN'NICE'

Tahniah buat 4 jejaka dari salong dan 1 jejaka pinjaman dari kelas opsyen Bahasa Melayu.

Keningau, 20 Ogos (Khamis): sekumpulan pelatih telah merampas gelaran juara Nasyid 2009 tertutup IPGM Kampus Keningau, daripada pemegangnya tahun lalu. Antara yang terlibat dalam pertandingan kali ini ialah sweet Aura, Sweet Zydande, Sweet Firhan, Sweet ONO, dan Sweet Amri (penyanyi jemputan), dan tidak dilupakan kepada Sweet Fontaine (jurufoto). Pihak berita difahamkan yang mana juara pada tahun ini hanya berlatih dalam 15 minit sahaja.
"kami tak sempat nak latihan, sebab kami terlalu sibuk di sekolah, dan tidak ada masa yang sesuai untuk kami latihan, dan disaat-saat akhir kami mendapat satu AURA yang luar biasa...dan pada ketika itulah kami baru kami nak latihan dan mencari lagu." Sweet Vonn

Tahniah diucapkan kepada ahli kumpulan nasyid The Men'Nice. Semoga usaha dan pengorbanan ini akan dikekalkan dari tahun ke tahun dan kami dari pihak berita Salong mengucapkan tahniah kepada juara dan kepada semua pemenang serta kepada para penganjur yang berjaya menganjurkan program yang baik seumpama ini.

Koleksi Gambar Pemenang THE MEN'NICE
Bergambar dengan Hamper Kemenangan, dri kiri:
weet Firhan, Sweet Ono, Sweet Amri, Sweet Aura, Sweet Zydande

Bergambar bersama 'jurufoto' (Fontaine) dan Ketua Jabatan HEP EN. Mazlan Ngah (3 dari kiri)

Kumpulan 'The Men'Nice bergambar bersama EN. Mazlan Ngah (3 dari kiri)

Saat-saat Kemenangan THE MEN'NICE

Semuanya tampil dengan gaya tersendiri

Aksi Nyanyian dimulakan dengan penyanyi serantau Sweet Zydande

18 Ogos 2009

SK Dallas, Kota Belud, Sabah

Sekolah Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pilihan Nurfarhana Selline Salleh, ledwina Ibar, Anggie Anjis, Shirley Peter kating dan Chong Oi Lan. SK Dallas merupakan salah sebuah sekolah kurang murid (SKM). Sekolah ini terdiri daripada 84 orang pelajar (lelaki=38 orang, perempuan=46 orang) dengan 13 orang guru termasuk guru besarnya dan dibantu oleh sorang kakitangan bukan mengajar. Sekolah ini boleh dikatakan unik kerana ia terletak di sekitar kaki gunung Kinabalu. Walaupun SK Dallas merupakan sekolah Kurang Murid, namun ia dilengkapi dengan kemudahan seperti sekolah biasa. Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada anak-anak penduduk sekitar Pekan Nabalu, Kg Simpangan, Kg Tomis, Kg Singaron dan Kg Kaung Ulu. Murid-murid terdiri daripada kaum Dusun, Bajau dan Melayu.

Kedudukan sekolah betul-betul berada di kaki gunung Kinabalu

Cuma mengambil masa 20 minit untuk sampai ke sekolah dengan berjalan kaki...
Latihan persediaan untuk dihantar mengajar di kawasan pedalaman...^_^

Murid-murid turut berjalan kaki ke sekolah menggunakan laluan yang sama

84 orang murid dengan hanya menggunakan 6 buah bilik darjah

Rukun Negara dilafaskan semasa perhimpunan

Murid-murid di sekolah ini mempunyai sikap yang terpuju. Mereka tidak mempunyai sebarang masalah disiplin dan mudah dikawal.

P.S~ kepada kawan-kawan yang berminat untuk menerbitkan perkembangan Program PBS di sekolah pilihan masing-masing anda dalam blog ini anda bolehlah berbuat demikian atau e-mailkan kepada moderator dan moderator akan terbitkan. Terima kasih.

14 Ogos 2009

1 Malaysia


Dibawah pancaran sinaran mentari pagi yang indah...
IPGM kampus Keningau diwarnai dengan alunan paluan kompang...

Diiringi dengan nyanyian medly lagu patriotik yang mengasyikkan...

Beserta persembahan yang menyentuh jiwa setiap warga yang menonton dan menghayatinya...

Tidak dilupakan senyuman ceriah yang terpancar pada wajah setiap warganya...

senyuman yang melambangkan keamanan,kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan...

Dengan kibaran bendera JALUR GEMILANG


Dengan laungan kata-kata keramat
"MERDEKA"

Maka, kini kita telah melangkah kebulan yang amat bermakna bagi kita semua rakyat Malaysia... bulan Ogos bulan kemerdekaan yang diraihkan dengan penuh penghayatan dan pengetian merdeka...
Inilah kita rakyat, pendidik dan bakal pendidik yang menyumbang kepada pembinaan negara bangsa...

Marilah bersama-sama kita hayati erti kemerdekaan
Mari kita kekalkan dan kukuhkan semangat perpaduan yang sudah sedia terjalin...


1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-52 tahun

13 Ogos 2009

Kemerdekaan Malaysia ke-52


Gambar atas: Logo kemerdekaan Malaysia ke-52 Gambar Bawah: Logo 1 Malaysia



Tema kemerdekaan tahun ini:
"1 malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"

Lagu tema: 1 Malaysia

lirik lagu 1 Malaysia.

Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus:
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus (4x)

Satu Malaysia untuk semua

Download sini

Pencipta lagu: Nik Nizam, Errie Naham
Lirik: Lokman Ghani
Penyanyi: Roy

Menurut laman http://ibnismail.wordpress.com lagu “1 Malaysia” dipilih sebagai lagu tema Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52 Tahun 2009.

08 Ogos 2009

Tugasan PJM3102

Tajuk permainan kanak-kanak

1. Cari apa-apa yang berkaitan dengan permainan kanak-kanak
2. Cipta/reka/rancang satu permainan kanak-kanak yang berkonsepkan alam sekeliling dan melibatkan perkembangan kanak-kanak tersebut.

Taklimat PBS

Tarikh taklimat: 7 Ogos 2009 (Jumaat)
Masa: 8.00 p.m
Tempat: Dewan Kuliah
Kehadiran: PISMP sem 4 & PISMP Sem 2

Kandungan taklimat:
Tarikh PBS:
17 -21 Ogos 2009

Tempat:
sekolah pilihan sendiri (tidak melebihi 4 orang pelatih melainkan dengan kebenaran)
*senarai nama dan alamat sekolah bagi kelas PPISMP sem 2 perlu dihantar segera ke unit praktikum selewat-lewatnya pada 10 Ogos 2009 (Isnin) bagi memudahkan unit praktikum menyediakan surat pengenalan diri kepada para pelatih.

Tugasan PBS:
PISMP sem 4 - berdasarkan kepada subjek minor 2
PISMP sem 2 - berdasarkan kepada subjek mejor
*dapatkan soalan tugasan dari pensyarah subjek


Tugasan lain:
Disertakan beberapa borang dari unit praktikum bagi pelatih untuk mengumpulkan maklumat sekolah pilihan.














Borang kehadiran dan penilaian pelatih di sekolah haruslah diserahkan kepada guru besar dan mendaptkan cop sekolah berkenaan sebagai bukti kehadiran pelatih ke sekolah tersebut. Kehadiran ini perlu dihantar ke unit praktikum oleh ketua opsyen setelah selesai menjalani PBS.

Atas: borang kehadiran
Bawah: borang penilaian

~SELAMAT MENJALANKAN PBS~

06 Ogos 2009

SASPEK H1N1

5 Ogos 2009, IPGM Kampus Keningau - Influenza H1N1 yang semakin menular di negara kita kebelakangan ini telah membawa kebimbangan kepada semua penduduknya terutamanya guru-guru pelatih Kampus Keningau. Kesemua pensyarah dan pelatih sentiasa berjaga-jaga dengan kesihatan diri masing-masing dan orang disekelilingnya. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan langkah memakai topeng mulut dan hidung di sini. Pensyarah juga sentiasa perihatin dengan kesihatan para pelatih.

Hasil daripada keperihatinan pensyarah dan pelatih, seorang guru pelatih telah di hantar ke hospital Keningau setelah mendapati beliau menghadapi masalah kesihatan dan hasil daripada temubual dengan sumber yang boleh dipercayai, didapati bahawa mangsa (nama dirahsiakan) merupakan SUSPEK sintom H1N1. Mangsa kini sedang menjalankan ujian kesihatan di hospital dan keputusannya akan diketahui tidak lama lagi.

Oleh dengan itu, dimaklumkan kepada semua warga IPGM Kampus Keningau agar tidak berasa bimbang dan jangan terpengaruh dengan khabar angin yang kurang tepat. Apa yang paling penting sentiasalah berhati-hati dan sentiasa peka dengan kondisi kesihatan diri dan rakan-rakan terdekat. Sekiranya anda kurang sihat, segeralah menjalankan pemeriksaan kesihatan di hospital atau klinik kesihatan terdekat. Semoga semua ini akan berakhir dengan baik. -beritaPISMPPS-

Tutorial WAJ3105

Title: Operation and Computation
Tutorial 2.3
In group 2 or 3, discuss:
Why and when we need rough estimation?
Answer:
  • Need to estimate budget when we repair the roof.
  • Estimate marriage budget to make sure we do not over budget.
  • We can calculate faster.
  • Need estimate in our daily life.
  • When we manage our plan wisely when we plan to shopping.
  • When we need to measure huge scales and uncountable things. There are not many things that we can count on our own.

What are the advantages and disadvantages of applying estimation in real life?
Answer:
Advantages:
  • Best way to calculate the uncountable amount.
  • We can make early preparation.
  • Not need calculator
  • Not wasting
  • make calculating easier

Disadvantages:
  • Less accurate
  • when we make a bad estimation, we got result
Group work:
Show an example of the mistakes in computation due to lack of understanding in the place value.


ISL:
Surf the internet to look for information on application in real life.

05 Ogos 2009

Situasi Mengerunkan

Dimulakan dengan...

Ono...
MySpace

Zahid...
MySpace

Bonn...

MySpace

Firhan...

MySpace

Angie...

MySpace

OiLan...

MySpace

Ayin...

MySpace

Fiqah...

MySpace

Adilah...

MySpace

Lady...

MySpace

SPK...

MySpace

Fon '10'...

MySpace

Farah...

MySpace

Wina...

MySpace

Intan...

MySpace

Khay...

MySpace

Vyan...

MySpace

Yati...

MySpace

Nina...

MySpace

Aznah...

MySpace

P.S~ Semoga semua berjalan dengan lancar... biasalah kalau dah masuk musim mau hantar tugasan ne... Cayocayo!!!