Tahniah diucapkan kepada pasukan Permata kumpulan nasyid PISMP Pengajian Sosial ambilan Januari 2009 atas kejayaan mendapat tempat kedua dalam pertandingan nasyid bersempena dengan bulan Rahmadan pada tahun ini. Penyertaan dalam pertandingan nasyid pada tahun ini telah membuahkan hasil setelah menyertai pertandingan ini pada setiap tahun sejak 3 tahun yang lalu (kira macam aktiviti wajib kelas lah ne). Semoga tahun depan kita akan menang lagi...
23 Ogos 2010
(LOCATION)
(YOU ARE INVAITED!!!!)
.......ALL MY FRIENDS ARE INVAITED TO MY LA'VIDA PARTY...........
Hari ini sudah masuk Ramahdan ke 11. Masih belum terlewat kiranya saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadat pusa kepada semua ahli bumi Salinatan dan seluruh warga IPG Kampus Keningau yang mejalankan ibadah puasa. Semoga ibadah puasa tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, Biro Agama dan Kerohanian IPG Kampus Keningau bakal menganjurkan beberapa pertandingan yang memerlukan penglibatan dari para pelatih. Salah satu daripadanya adalah pertandingan nasyid. Tahun ini, seperti tahun-tahun yang sudah, kelas Pengajian Sosial sem 4 menyertai pertandingan ini lagi. Kali ini setiap kumpulan yang menyertai harus menyanyikan 2 buah lagu dan kami memilih lagu Ramadhan Tiba dan Suci Sekeping Hati. Latihan sudah dimulakan sejak awal minggu lepas, minggu depan bersamaan dengan 24hb Ogos pertandingan akan berlangsung dan mengambil tempat di Dewan Besar IPG Kampus Keningau. Harap-harap tahun ne akan memberi harapan yang baik kepada penduduk bumi Salinatan.
Marilah kita mendoakan agar usaha kita akan berbalas dengan kejayaan.
7 & 8hb Ogos 2010: Opsyen PISMP Pengaian Sosial ambilan Januari 2009 telah mengadakan satu kajian mengenai Budaya Masyarakat Kadazandusun di Negeri Sabah. Kajian ini yang telah disertai oleh 20 orang guru pelatih IPG Kampus Keningau dan di pantau oleh 3 orang pensyarah pengiring. Kajian dua hari satu malam ini dijalankan di tiga tempat di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, antaranya Muzium Negeri Sabah, Universiti Malaysia Sabah dan Monsopiad Caltural Village.
MUZIUM NEGERI SABAH
MONSOPIAD CALTURAL VILLAGE
Tarian Anggalang & Magunatip suku kaum Murut Sabah
Tarian Sumazau, suku kaum Kadazandusun Sabah
Tarian Sazau, suku kaum Kadazandusun daerah Papar Sabah
Rumah Tengkorak Monsopiad
Kajian ini dikatakan berjaya dilaksanakan dan ahli jawatankuasa penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang menjayakan kajian ini. Kepada peserta kajian, lepas ini jangan lupa hantar laporan.
PISMP Pengajian Sosial Ambilan Januari 2009
p.s ~ Rasanya ini gambar pertama kelas kita yang semua ahlinya lengkap setelah tiga tahun bersama... :)
Projek Kewarganegaraan Projek kewarganegaraan ialah komponen penting dalam pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Pelajar dikehendaki menjalankan kerja amali di luar waktu interaksi di Institut.Kerja amali memerlukan pelajar menyertai dengan aktif dalam khidmat kepada komuniti luar institut.
Tajuk Melaksanakan satu projek kewarganegaraan sekolah rendah berdasarkan satu tajuk dalam
huraian sukatan pelajaran PSK Samada tahun 4 atau 5 atau 6
Hasil Pembelajaran 1. Menghasilkan kertas cadangan projek kewarganegaraan mengikut kriteria ditetapkan.
2.Mengurus dan melaksanakan projek kewarganegaraan
3.Mengumpul bahan dan maklumat dari pelbagai sumber tentang projek kewarganegaraan
4.Menyediakan satu laporan lengkap berdasarkan projek kewarganegaraan
5.Menulis satu reflksi berdasarkan pengalaman melaksanakan projek
6.Mengupas isu isu pengajaran dan pembelajaran PSK
ArahanTugas
1.Menyediakan kertas projek, mengurus dan melaksanakan secra kumpulan
2.Laporan projek disediakan secara individu mengikut format yang ditetapkan
3.Tugasan di taip komputer jenis Arial font 12
4.Sumber/bahan sokongan di sertakan
5.Laporan di sertakan dengan kertas cadangan projek
6.Bahagian kulit hadapan /luar dilengkapi dengan maklumat berikut:
Tarikh: 7 & 8 Ogos 2010 (Sabtu & Ahad)
Tempat: Muzium Negeri Sabah & Monsopiad Caltural Village
Tajuk kajian: Budaya Masyarakat Kadazan di Negeri Sabah.
Mata Pelajaran: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4
Tema:
Pensyarah pengiring: Tn. Hj Yaacob bin Ismail, Pn. Afinah A.D Matsud, Abdul Kadir Azis.
Tentatif Program
Tarikh: 7 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa: 1.30 p.m - 5.00 p.m
Tajuk: Mengkaji Budaya Masyarakat Kadazan di Negeri Sabah.
Tempat: Muzium Negeri Sabah, Kota Kinabalu.
Pakaian: T-shirt Hijau Kelas
Masa: 7.30 p.m - 11.00 p.m
Tempat: University Malaysia Sabah
Tajuk: Sambutan Hari Kaamatan IPTA/IPTS negeri Sabah 2010.
Pakaian: Batik Kelas (hitam)
Tarikh: 8 Ogos 2010 (Ahad)
Masa: 9.00 a.m - 12.00 p.m
Tempat: Monsopiad Caltural Village, Penampang.
Tajuk: Mengkaji Budaya Masyarakat Kadazan di Negeri Sabah.
Pakaian: T-shirt Biru kelas.