17 November 2009

Potensi Manusia Boleh Dimanipulasi



Kita perlu ada pemangkin dalam mengenali potensi diri. Setiap orang ada potensi diri yang mungkin mereka sendiri pun tidak tahu, POTENSI DIRI itu mungkin lahir dari 2 (ini berdasarkan teori perkembangan kanak-kanak)

  1. melalui bakat yang diwarisi (genetik)
  2. melalui minat yang mendalam
  3. potensi yang keluar semasa terdesak (ini selalu terjadi-bukan dari buku berdasarkan pengalaman sendiri)

Potensi yang wujud didalam diri setiap individu yang bergelar manusia itu berbeza-beza kerana kecenderungan MEREKA YANG BERLAINAN. kecendurangan manusia ini semuanya bergantung kepada penggunaan OKA dan OKI mereka. Apa benda OKA OKI tu.? Otak kanan dan otak kiri kita mempunyai fungsi dan kecenderungan tersendiri. Begitu unik sekali ciptaan TUHAN berikan kepada manusia.


Baiklah mengenali potensi diri melalui kecenderungan adalah lebih baik kerana setiap individu itu mempunyai minat yang berbeza. Ada yang minat musik, ada yang minat melukis, ada yang minat kedua-duanya. Semua ini bergantung kepada kecenderungan diri masing-masing.



kembali kepada mengenali potensi diri, potensi diri melalui warisan contohnya ayahnya seorang ahli matematik, anaknya juga mungkin cerdas dalam matematik seperti ayahnya. Potensi diri melalui minat yang mendalam membuatkan sesorang itu daripada tidak menguasai akan berjaya memperoleh pengetahuan yang diminatinya itu, semua ini bergantung kepada minat dan kemahuan yang tinggi untuk menguasai pengetahuan itu.



Salah seorang daripada rakan saya kini, dahulunya boleh dikatakan "BUTA" dalam bidang musik, oleh kerana kemahuannya dan minatnya yang mendalam kini beliau sudah mahir bermain alat musik dan dalam masa yang sama menyanyi.



Walaupun merasa payah semasa dalam mencari ilmu itu namun daripada kesungguhannya membuahkan hasil. Begitu juga yang berlaku kepada salah seorang daripada rakan saya yang mengenali potensi diri yang tercetus daripada dorongan kemahuannya untuk bebas daripada masalah yang menimpanya. Beliau begitu bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja (bisnes) namun apa yang berlaku, beliau sering berhadapan dengan masalah bebanan hutang akibat ditipu oleh klien-klien yang tidak berhati perut.



Daripada situ, potensi beliau untuk melepaskan diri daripada keadaan itu begitu hebat sehingga beliau berjaya mengeluarkan potensi yang luarbiasa. Kini beliau sudah boleh tersenyum riang kerana daripada masalah yang dihadapinya, beliau secara tidak langsung dapat mengenali potensi diri sendiri dan berjaya membuktikan beliau berjaya memiliki empayar perniagaan sendiri.



Daripada cerita-cerita yang telah saya selitkan diatas tadi, mungkinkah setiap manusia itu lahir dengan potensi yang tersendiri? jawapannya ya memang betul setiap manusia itu mempunyai potensi tersendiri dan potensi manusia boleh dimanipulasi dan dilatih melalui kemahuan, paksaan dan lain-lain.



Akhir sekali, kenali potensi diri dan pastikan diri anda sentiasa gembira dalam melakukan pekerjaan yang anda lakukan.


Firhan Abqari

Tiada ulasan: