16 Oktober 2009

Semarak Bahasa bahagian 2


Ini wajah pemenang tempat ke-2 pertandingan multimedia yang telah disertai oleh beliau anjuran Persatuan Bahasa Melayu, PISMP Bahasa Melayu dan Jabatan Pengajian Melayu bersempena dengan minggu Semarak Bahasa. Seperti yang dijanjikan pada terbitan berita bumi Salong yang lepas, penulis akan menceritakan serba sedikit kisah ahli bumi Salong ini.


Oragnya segak, sesegak namanya Mohd. Firhan Asilin. Berumur 20 tahun pada tahun ini dan dilahirkan pada 22 Mac 1989. Beliau berasal dari Papar dan menetap di Kimanis. Itulah serba sedikit mengenai latar belakang beliau.

Semasa menyertai pertandingan multimedia yang dipertandingkan, Firhan mengambil biografi tokoh bahasa A. Samad Said sebagai bahan persembahan dan hasilnya beliau mencapai kejayaan yang agak memberansangkan. TAHNIAH diucapkan. Tahun depan boleh cuba lagi.

Bersalam dengan pemenang tempat pertama pertandingan persembahan multimedia

Tiada ulasan: