31 Oktober 2010

Minggu Kokurikulum

18 - 22 Oktober 2010 persatuan gerko dan permainan kampus telah mengadakan satu program minggu kokurikulum yang bertempat di padang IPG Kampus Keningau. Antara permainan yang dipertandingkan termasuklah permainan Bola Tampar, Tenis, Hoki, Bola Jaring, Bola Baling dan Bola Sepak mini. Penduduk Salinatan juga tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan ini dengan menghantar penyertaan dalam permainan Bola Baling, Bola Tampar dan Tenis serta mendapat tempat ke-2 permainan Bola Tampar (Kolaborasi FC: Gabungan dengan kelas PML), Tempat ke-2 Tenis (Velerie Wheelervon Primus). Tahniah kepada semua pemenang. Tahun depan kita cuba lagi. 
Permainan Bola Jaring

Permainan Bola Baling

Permainan Bola Tampar. Kolaborasi FC.

Permainan Hoki
Permainan Tenis: Velerie Wheelervon Primus
Marilah kita sama-sama merealisasikan hasrat negara untuk melahirkan belia yang sihat, aktif dan prograsif. Majulah sukan untuk negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan perkembangan secara menyeluruh dari pelbagai aspek termasuklah Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS). Dalam gelanggang kita lawan, di luar kita kawan.

More photograph [klik

Tiada ulasan: