10 Mei 2010

Pendidikan Alam Sekitar

Banjaran Crocker, Keningau - 8 hingga 9 Mei 2010: Sekumpulan pelatih IPG Kampus Keningau seramai 20 orang opsyen PISMP Pengajian Sosial (sem 3) ambilan Januari 2009 telah mengadakan 1 Program Pendidikan Alam Sekitar yang memberi penekanan keatas permainan alam sekitar dalam proses pengajaran dan pembelajaran alam sekitar di sekolah rendah. Program yang telah dijalankan selama 2 hari dan 1 malam ini dijalankan dengan jayanya di Taman Banjaran Crocker.

Taman Banjaran Crocker merupakan kawasan hutan simpan yang dibangunkan sebagai pusat pemeliharaan dan pemuliharan alam sekitar terutamnya. Sepanjang berada di taman ini, pelbagai aktiviti dan permainan yang dijalankan dan dipelajari oleh semua peserta.

Antara Gambar yang sempat dirakamkan oleh penulis semasa menyertai Program ini.


Rumah pamaeran dan aktiviti


Peserta yang begitu bersemangat menuruni bukit menuju ke rumah aktiviti dan bila balik ke asrama harus memanjat bukit yang sama curamnya. Namun TAHNIAH kepada semua kerana berjaya menempuhi cabaran ini. Tegap sudah bah kita semua ni... :p


Kelihatan peserta yang begitu tekun mendengar penerangan dari fasilitator semasa menyertai permainan 'pandankan daun'


Aktiviti waktu malam:
Kembara menjejaki semut... masa 20 minit memerhatikan pergerakan dan aktiviti semut... Apa yang penting???... Kerjasama!!!


Antara barisan fasilitator yang begitu sporting dan sabar melayan karenah peserta. Terima kasih semua.

Kembara Jalanan

Kembara yang mengambil masa 2 jam dengan jarak sejauh 2.5 KM dari laluan utama.


Laluan yang digunakan...

Tangga tinggi dan curam...


Sempat mengambil gambar... tetap ceria walaupun kepenatan.


Antara cabaran yang harus ditempuhi... Bertemu dengan Mr. Pacat... Ini seekor pacat yang berjaya ditangkap oleh SPK (bukan nama sebenar)

Antara flora dan fauna yang sempat dirakamkan.





Bergambar kenangan dengan fasilitator bertugas...


Melalui program seumpama ini dapat memberikan pengalama secara tidak langsung kepada semua peserta dalam mengendalikan permainan alam sekitar apaberada di sekolah kelak. Program ini juga dapat mendidik serta menanamkan kesedaran dalam diri peserta mengenai betapa pentingnya menjaga dan menghargai alam sekitar agar manusia dapat hidup dengan lebih baik. Harapan kami, semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Akhir sekali, pihak penganjur kepada program ini ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbanga tenaga, buah fikiran dan wang ringgit sepanjang menjayakan program ini. Semoga segala sumbangan yang telah diberikan akan diberkatin oleh-Nya.

1 ulasan:

nurafiqah idris berkata...

i want to be there again!!
wey.jom bercuti di sana je lain kali.
:))

love u salinatan guys!