23 Disember 2009

Surat buat kawan-kawan

Kapada: penduduk bumi Salong dan yang sewaktu dengannya.

Kehadapan kekandan dan adinda tersayang.... (ayat ini tiada kena mengena). Bagaimana dengan cuti anda semua?? Baik atau sedang-sedang sahaja? Ada beberpa perkara yang saya ingin umumkan bagi makluman kawan-kawan semua:

Pertama. Kampus kita kelihatan macam seperti biasa. Semua blok kuliah, asrama, pusat sumber, gym dan padang masih sama seperti biasa. Cuma ada beberapa penambahan kecil di dalam pusat sumber dan kawasan padang (nanti kamu tengoklah sendiri).

Kedua. Menurut sumber yang boleh dipercayai (saya telefon ke SUP) keputusan peperiksaan yang dinanti-nantikan oleh kita semua telah muktamad akan diumumkan pada tahun 2010 (tahun hadapan). Jadi kepada semua kawan-kawan yang bertanya... bersabar sahajalah kamu. Habiskan cuti itu dengan seaman-amannya selagi cuti masih ada.

Ketiga. Saya selaku admin kepada blog ini ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan Hari Natal kepada semua kawan-kawan yang beragama Kristian dan selamat tahun baru buat semua. Tahun 2010 semakin hampir dan sudahkan kamu semua memikirkan tentang azam tahun 2010?

Itu sahaja pengumuman untuk kali ini. Selamat bercuti dan jumpa lagi pada tahun hadapan.

yang ikhlas,
Culan

Tiada ulasan: