28 November 2009

UCAPAN KEPADA PISMK OUM


Ucapan khas ini ditujukan kepada PISMK-OUM, kakak-kakak dan abang-abang yang tengah bersedia untuk berkhidmat di dunia kerjaya sebagai guru.
Untuk pengetahuan umum (ada-ada jak) Pismk Oum merupakan senior kami yang paling senior dan banyak membantu saya dan rakan-rakan yang lain dari segi perkembangan JERIS (hahaha). Betulah tu, dalam kesempatan ini saya sebagai wakil dan bapa sementara salong ingin mengucapkan selamat maju jaya apabila tiba di sekolah yang telah ditetapkan.

Di sini saya juga ingin menyatakan rasa berterima kasih yang amat kepada bro-bro OUM dan sis-sis OUM.Disini saya ingin memberikan sedikit pesanan selaku pemerhati kepada perkembangan mereka-mereka ini heheheheh

>>>>>>>>>>>PESANAN POSTO<<<<<<<<<<<<

Mohd Alfizari Bin Abd Rahman- Tq bagi barang-barang wakaf tu :-) Mohamad Akmal Bin Mat Rodzee- Sorry abe Akmal, belum sempat nak record lagu kita tu :-( Musafarudin Bin Othman- kirimkan dia kekasih yang baik hati dan besar hati hehehe Aminn Muhammad Rosli Bin Yusoff-
Mahu buat pengakuan berani mati (abe , saye la paling last men gitar time malam 2 huhuhu) sory :-( Azfar Zhafran Bin Mohd Najib-Tahun depan saya ganti jual reload huhuhuh Abdullah Sanim Bin Jaapar- Tak sempat salam hari 2 Nasiruddin Bin Jafary- Paling fiest salam dengan dorang hari 2 Lee Lip Chaw- Basketball player

>>>> Pesanan Sekali GUS<<<<<<

Adriana Bt Muhamad Akhir Clarice John Mariam Bt Basir Marina Nicholas Masferanah Bt Marimin Norhayati Bt Abdul Latip Sanimah Bt Tali Santi Bt Pani Siti Hafizarina Bt Manju Zashima Bt Ahmad Sibi Zarina Bt Satar

>>>>>>>>SELAMAT MAJU JAYA DAN KAWIN CEPAT HAHAHHA<<<<<<<<<<


DENGAN BANGGANYA SAYA MEMPERSEMBAHKAN PRODUK-PRODUK IPGM KAMPUS KENINGAU YANG BAKAL DILANCARKAN PADA TAHUN 2010.

PRODUK INI BUKAN PRODUK KESIHATAN, PRODUK DIGITAL ATAUPUN PRODUK YANG BOLEH DI JUAL

PRODUK INI MERUPAKAN HASIL DARIPADA PERTAPAAN SELAMA 5 TAHUN DI IPGM

DENGAN ITU TANPA MEMBUANG MASA SAYA SAYA MEMPERSEMBAHKAN

PISMK-OUM 2010





23 November 2009

Tanah Airku Tercinta



Rakaman vedio tersebut merupakan lagu koir yang didendangkan oleh penduduk bumi Salong pada festival Kebudayaan yang diadakan bulan lalu. Pihak admin memohon maaf atas kelewatan menyiarkan vedio rakaman ini. Pihak admin ingin mengucapkan tahniah kepada semua. Akhirnya kita berjaya jug merebut tempat dalam beberapa pertandingan yang kita sertai. Tidak sia-sia usaha kita. Latihan yang hanya mengambil masa tidak sampai 24 jam nampaknya agak baik dan mungkin sekiranya mendapat latihan yang lebih kerap kita mampu menghasilkan suara yang lebih baik. Lagu, lirik dan latihan adalah dibawah bimbingan Anggie Anjis dan muzik dimainkan oleh Alyvian Thomas. Terima kasih atas kerjasama semua.

Wawasan dan Tahan Airku (Medly)

demi esok dan esok lagi
pastinya untuk kita semua
membina dan dibina
oleh wawasan wawasan

kekuatan adalah wawasan
bahwa satu kekuatan
pengerak suara menuju wawasan
maju melalui wawasan

pom (x7)....
cantik berseri-seri
negaraku yang amatku cintai
terkenal di merata dunia
dan berdaulat Malaysia merdeka

bulan serta pun bintang
menyinari di langit Malaysiaku
hasratku hendaku sampaikan
apa saja untuk kemajuan

sungguh hatiku gembira
melihat segalanya bangsa
berpakat dengan bekerja
dibawah satu bendera

mari kita berdoa
supaya aman makmur dan bahagia
junjunglah namamu Malaysia
hidup aman kekal dan abadi

20 November 2009

Salam buat semua

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia saya ucapkan kepda semua pembaca. Saya selau moderator kepada blog ini ingin mengucapkan tahniah kepada semua guru pelatih IPGM seluruh Malaysia terutamanya guru pelatih yang berada di IPGM Kampus Keningau khususnya opsyen PISMP Pengajian Sosial ambilan Januari 2009 kerana telah berjaya menyelesaikan semester ini dengan jayanya. Sepanjang semester ini banyak perkara yang telah kita lalui dan pelajari serta telah menjadi sebahagian daripada proses pendewasaan kita. Semua peristiwa pahit dan manis yang telah kita lalui marilah kita jadikan ia sebagai pengalaman dan panduan pada hari esok terutamanya apabila kita mendidik anak bangsa kelak.

Dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan selamat menjani KISSM kepada abang dan kakak PISMK-OUM Kajian Sosial ambilan Januari 2006. Kami amat menghargai segala bimbingan, perkongsian ilmu dan tunjuk ajar yang telah anda semua berikan kepada kami sepanjang kami bersama dengan anda semua. Semoga akan ditempatkan di sekolah pilihan masing-masing dan semoga kita berpeluang untuk bertemu semula. Manalah tahu pada tahun 2013 kami ditempatkan disekolah dimana anda semua berada. Apa yang pasti, kami akan merindui anda semua.


Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua rakan-rakan. Penuhlah cuti selama 6 minggu yang kita miliki ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Semasa balik ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya. Ingat orang tersayang. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan dengan semangat, harapan dan wajah yang lebih bersemangat dan ceria.

17 November 2009

Potensi Manusia Boleh Dimanipulasi



Kita perlu ada pemangkin dalam mengenali potensi diri. Setiap orang ada potensi diri yang mungkin mereka sendiri pun tidak tahu, POTENSI DIRI itu mungkin lahir dari 2 (ini berdasarkan teori perkembangan kanak-kanak)

  1. melalui bakat yang diwarisi (genetik)
  2. melalui minat yang mendalam
  3. potensi yang keluar semasa terdesak (ini selalu terjadi-bukan dari buku berdasarkan pengalaman sendiri)

Potensi yang wujud didalam diri setiap individu yang bergelar manusia itu berbeza-beza kerana kecenderungan MEREKA YANG BERLAINAN. kecendurangan manusia ini semuanya bergantung kepada penggunaan OKA dan OKI mereka. Apa benda OKA OKI tu.? Otak kanan dan otak kiri kita mempunyai fungsi dan kecenderungan tersendiri. Begitu unik sekali ciptaan TUHAN berikan kepada manusia.


Baiklah mengenali potensi diri melalui kecenderungan adalah lebih baik kerana setiap individu itu mempunyai minat yang berbeza. Ada yang minat musik, ada yang minat melukis, ada yang minat kedua-duanya. Semua ini bergantung kepada kecenderungan diri masing-masing.



kembali kepada mengenali potensi diri, potensi diri melalui warisan contohnya ayahnya seorang ahli matematik, anaknya juga mungkin cerdas dalam matematik seperti ayahnya. Potensi diri melalui minat yang mendalam membuatkan sesorang itu daripada tidak menguasai akan berjaya memperoleh pengetahuan yang diminatinya itu, semua ini bergantung kepada minat dan kemahuan yang tinggi untuk menguasai pengetahuan itu.



Salah seorang daripada rakan saya kini, dahulunya boleh dikatakan "BUTA" dalam bidang musik, oleh kerana kemahuannya dan minatnya yang mendalam kini beliau sudah mahir bermain alat musik dan dalam masa yang sama menyanyi.



Walaupun merasa payah semasa dalam mencari ilmu itu namun daripada kesungguhannya membuahkan hasil. Begitu juga yang berlaku kepada salah seorang daripada rakan saya yang mengenali potensi diri yang tercetus daripada dorongan kemahuannya untuk bebas daripada masalah yang menimpanya. Beliau begitu bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja (bisnes) namun apa yang berlaku, beliau sering berhadapan dengan masalah bebanan hutang akibat ditipu oleh klien-klien yang tidak berhati perut.



Daripada situ, potensi beliau untuk melepaskan diri daripada keadaan itu begitu hebat sehingga beliau berjaya mengeluarkan potensi yang luarbiasa. Kini beliau sudah boleh tersenyum riang kerana daripada masalah yang dihadapinya, beliau secara tidak langsung dapat mengenali potensi diri sendiri dan berjaya membuktikan beliau berjaya memiliki empayar perniagaan sendiri.



Daripada cerita-cerita yang telah saya selitkan diatas tadi, mungkinkah setiap manusia itu lahir dengan potensi yang tersendiri? jawapannya ya memang betul setiap manusia itu mempunyai potensi tersendiri dan potensi manusia boleh dimanipulasi dan dilatih melalui kemahuan, paksaan dan lain-lain.



Akhir sekali, kenali potensi diri dan pastikan diri anda sentiasa gembira dalam melakukan pekerjaan yang anda lakukan.


Firhan Abqari

16 November 2009

Masih kah kau ingat????

Mari menguji ingatan dengan gambar kenangan kita dulu-dulu...

GAMBAR 1


GAMBAR 2


GAMBAR 3


GAMBAR 4


GAMBAR 5


GAMBAR 6


GAMBAR 7


GAMBAR 8


GAMBAR 9


GAMBAR 10


GAMBAR 11


GAMBAR 12

Piknik Kami



yang dirindui, adilah dan vonn.

images credit here.

07 November 2009

Selamat Semua

Kepada rakan-rakan semua,
Selamat mengulangkaji pelajaran dan marilah kita menjawab semua soalan peperiksaan dengan sebaik mungkin. Semoga kita semua berjaya mengharungnya.

Selepas peperiksaan jangan lupa dengan aktiviti kita...
Saya sudah tidak sabar untuk berendam di Sungai Bunsit, Taman Bandukan.

Bergembira bersantai bersama semua... semoga semua yang dirancang dapat di jalankan.

04 November 2009

PSS3104 Geografi dan persekitaran

Sumbangan tips peperiksaan PSS3104 dari IPGM Kampus Perlis

Struktur:

  1. matlamat/kepentingan/kurikulum geo
  2. teknik pemetaan
  3. kerja lapangan: persediaan awal
  4. lakarkan graf

Esei:
  1. hidrosfera: kepentingan air @ sistem hidrosfera/langkah mengatasi kekurangan air/hujan asid/bgmn kebakaran mempengaruhi sistem hidrologi/banjir
  2. kajian luar:(i) bukti tarikan pelancongan (ii) kesan akt pelancongan (iii) langkah mengatasi

Sumber: Peidih

TERIMA KASIH kerana sudi berkongsi ilmu. Seperti kata kawan kita, "sharing is caring". Selamat mengulangkaji pelajaran.

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

Sekadar latihan/spot

Struktur
a) konsep gaya pembelajaran
b) 3 ciri gaya pbelajaran independence dan dependence

a) 2 ciri2x main
b) 3 kepentingan main

a) 4 aspek perbezaan murid
b) huraikan kepada 3a

a) 4 cara guru tingkatkan motivasi murid
b) 3 strategi p&p untuk motivasikan murid dalam bilik darjah

Esei
1 a) 3 ciri yang dimiliki oleh individu mengikut 'maslow'
b) 5 implikasi teori konstruktivisme dalam p&p

2 a) jelaskan 5 perbezaan antara strategi pemusatan guru & strategi pemusatan guru

b) 5 kelebihan guna kaedah sumbang saran

3) a 5 ciri bilik darjah kondusif
b) huraikan 5 implikasi model pembelajaran inkuiri dalam p&p


Sumber: Velerie Wheelervon Primus

PSS3104 Geografi dan persekitaran

Tajuk-tajuk yang perlu diberi perhatian dari
IPGM Kampus Sultan Mizan

objektif:
- geo kurikulum
- mengapa geo diletakkan dalam unit pengajian sosial
- pemerhatian : maksud, kepentingan, cara.
- rajah alatan cuaca : barometer n dll..
- unsur cuaca n iklim
- jenis2 hujan
- lapisan litosfera bumi
- kepentingan biosfera
- kesan pembersihan hutan
- faktor kepadatan penduduk
- industri : kesan, kepentingan
- jenis pembandaran
- migrasi : kesan, faktor
- langkah kajian lapangan
- cara kira kecerunan
struktur:
- kurikulum geo
- kajian lapangan ; sebelum, semasa, selepas
- alat2 cuaca
- mengira kecerunan
- teknik pemetaan
- cara lukis graf
esei:
- banjir
- industri
*kesan, kepentingan, faktor
- kajian luar : langkah, prosedur

TERIMA KASIH kepada rakan yang berada di kampus Sultan Mizan kerana sudi berkongsi ilmu. Semoga kita semua memperoleh kejayaan.

PSS 3103 Sejarah Perkembangan Negara

IPGM Kampus Keningau

  1. Pemangkin Negara bangsa
  2. Kejayaan Malaysia dari sudut ekonomi
  3. Strategi dasar pendidikan Negara (strategi dan tujuan)
  4. Kegemilangan zaman kesultanan melayu Melaka (pentadbiran, ekonomi dan sosial)
  5. Faktor penentangan tokoh-tokoh terdahulu (contoh: Dol Said, Mat Salleh dan lain-lain)
  6. Kepentingan dasar keluarga kearah penerapan nilai-nilai murni dalam agama Islam.

IPGM Kampus Sultan Mizan
tiada pengkhususan, cuma fokuskan kepada :
1.perpaduan
  • masyarakat majmuk
  • tragedi dan keharmonian kaum
  • etnik, kepelbagaian kaum : bumiputera, sabah sarawak
  • kepentingan perpaduan
  • cabaran ke arah perpaduan (kepelbagaian agama, parti politik, sosial)
2.kepentingan sejarah
3.Melaka
  • hubungan luar : china, siam
  • kegemilangan
  • kemerosotan
4. Pembinaan Negara Bangsa
  • konsep negara bangsa : 1malaysia, DEB, malaysian malaysia
*fokuskan kepada Melaka*

03 November 2009

Quote of the Day

Education is what survives when what has been learned has been forgotten.

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

Kawan-kawan sedang mengulangkaji pelajaran subjek Murid dan Alam Belajar?? Ingin mendapatkan latih tubi?? Dapatkan soalan latihan di sini.