15 Jun 2009

Kesatuan guru bantah

NUTP tak setuju lanjut Kursus Perguruan Lepasan Ijazah 18 bulan

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah cadangan Kementerian Pelajaran memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) daripada setahun kepada 18 bulan.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata tempoh setahun sudah memadai kerana pelatih terbabit sebelum ini sudah menghabiskan masa empat tahun di universiti.

"Jika kita fikir secara logik mereka sudah belajar bertahun-tahun di universiti. Kalau dicampur dengan tempoh belajar pada peringkat KPLI jika ia dilanjutkan, hampir enam tahun baru mereka dapat merasa gaji," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Misrah Ibrahim, berkata pihaknya kini pada peringkat akhir memuktamadkan kertas kerja mengenai cadangan itu dan paling awal ia akan dilaksanakan pada pengambilan Januari depan.


Misrah berkata, keputusan itu diambil berikutan desakan pelbagai pihak yang mendakwa tempoh setahun sekarang kurang berkesan dalam melahirkan guru berkualiti.

Hashim sebaliknya mencadangkan supaya tempoh latihan praktikal dilanjutkan, berbanding tiga bulan sekarang.

Beliau juga mencadangkan sistem pengambilan ke KPLI diperkemaskan bagi memastikan pelajar betul-betul berminat untuk menjadi guru.

"Saya mencadangkan supaya kementerian mengadakan minggu suai kenal selama dua minggu bagi memberi ruang kepada pelajar untuk menarik diri daripada menyertai KPLI jika merasakan tidak sesuai untuk berkhidmat sebagai guru.

"Sistem ini diguna pakai bagi pengambilan kadet anggota tentera dan polis. Jika yang terpilih semuanya terhadap profesion keguruan, maka kerajaan tidak akan rugi dan mereka pun cepat dapat berkhidmat," katanya.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Aminah Ayob, juga berpendapat bahawa tempoh setahun pengajian KPLI sudah memadai.

Aminah bersetuju jika tempoh praktikal pelajar KPLI dilanjutkan bagi memberi pendedahan sewajarnya kepada bakal guru.

"Apa yang penting adalah kandungan dan penyampaian pedagogi dengan sempurna, pembelajaran secara mikro serta latihan tiga bulan di sekolah dapat membantu mereka menjadi guru yang berkualiti," katanya.

dipetik dari: Berita Harian online

APA KOMEN ANDA???

6 ulasan:

~call me intan~ berkata...

sy stuju kpli wat 18 bulan. sbb tempoh 12 bulan (cmpur cuti,praktikal sbnrnya x smpai pn), sgt x mencukupi kpd kpli utk melatih diri dorang sbg cikgu. yala, segelintir dorang ni pn pilih kerjaya guru sbb terdesak, teda suda pilihan lain. jdi bgs kasi lama sket tempoh pengajian. ksi train btl2 dan wat smpai dorang mencintai kerjaya guru.lgpn tmph 12 bulan sgt singkat ba. sesak dorang maw study, maw p BIG, maw p UBF..kursus itu, kursus ini.

kalo bilang dorang ambk masa lama merasa gaji, elaun bulanan rm1300 ada maa. bukannya langsung x dpt duit kn. mana lbh penting, kualiti guru ka, nilai duit yg diterima? lagi la kerajaan rugi kasi duit gaji rm2000++ sdgkn guru yg dilahirkn x berkualiti dan skdr mengajar ibarat melepas batuk ditangga.

haiya, kita lihat sendiri ba kpli2 di ipgm kita ni. sy x katakn semua, but msh terdpt org2 yg umur suda maw mcapai umur 26,27.., tp perangai msh kebudak2an dan x menunjukkn ciri guru. siap mendabik dada ada degree.dorang ni paham ka x tugas dan sikap seorang guru??

mmg patut tempoh masa kpli dipanjangkn!

::culaN:: berkata...

Intan telah memberikan pendapat yang amat bernas sekali dan saya turut bersetuju dengan pendapat anda itu.

Kalau duit dijadikan alasan (lambat merasa gaji) so kita lagilah lambat merasa gaji berbanding mereka. kalau mau cepat dapat gaji jangan pilih profesion ini.

kebanyakan manusia masa kini memilih bidang perguruan memberikan sebab utama lebih kepada nilai gaji dan bukannya tanggungjawab dan pengorbanan yang mereka harus galas dibahu masing-masing.

Pada pandangan saya pula, apa salahnya sekiranya Program KPLI digugurkan sama sekali. Alasannya, pogram PISMP hampir mendatangkan hasil.

Walaubagaimana sekalipun, semua ini ada pro da kontranya. Dan bagi isu tempoh pengajian KPLI ia patut dipanjangkan.

nurul khairunie berkata...

MANSUHKAN KPLI.









habis cerita.

Rashid berkata...

iyale.. adake nak panjangkan tempoh lagi..

.. yang penting panjangkan sikit masa praktikum kat sekolah tu. Biar tau 'dunia sebenar' kat sekolah. Dapatkan pengalaman dari guru-guru yang dah lama kat sekolah.. tentang apa budaya & situasi sebenar yang berlaku kat sekolah..

Suka berbincang ngan guru-guru yg datang berpraktikum ..

SangKunang berkata...

hujah 'tunggu lama nak rasa gaji' oleh kesatuan guru tu amatlah tidak boleh diterima akal.
elaun yg diterima oleh pelajar kpli sebanyak rm1400 tu sudah lebih dari cukup... jadi nak apa lagi?
jika penambahan tempoh belajar kpli tak dilaksanakan, maka kesianlah mereka2 yang memegang sijil kpli apabila ke sekolah kelak.
mereka dipandang sebagai tidak berkualiti, tidak cukup latihan, dan juga dipandang sebagai insan yang memilih keguruan sebagai kerjaya terakhir selepas ketandusan pekerjaan.
kesian diorang. tak salah pun. bukan diorang mintak jadi gini, bukan diorang mintak cercaan. tp mereka yang jadi mangsa !
jadi untuk memantapkan lagi kpli agar mereka tidak menjadi mangsa keadaan, saya menyokong penuh langkah kementerian untuk melanjutkan tempoh pengajian kpli...

SOKONG !

FdausAmad berkata...

Gua datang nk jemput lu mkn kenduri kt blog gua.
Ikut baca doa skali lagi bagus.

Follow terus pun takpa.

Budak budak kt blog gua tu dah tak seimbang,ramai berat ke belah punk.

dah 7 hari gua merantau jemput kenduri..