26 Jun 2009

H1N1 di Sabah

H1N1: Dua kelas SMK Abdul Rahim, Kudat ditutup

PUTRAJAYA: Dua kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim 2, Kudat, Sabah ditutup semalam berikutan penularan Influenza A (H1N1) di sekolah berkenaan, membabitkan 125 murid dan guru diarah untuk kuarantin di rumah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata penularan wabak itu adalah daripada seorang guru berumur 24 tahun di sekolah berkenaan, yang bercuti ke Istanbul selama 17 hari, kembali ke Malaysia pada 18 Jun lalu dan kembali mengajar pada 22 Jun 2009.

"Beliau hanya menunjukkan gejala demam dan batuk pada 23 Jun, telah pergi mendapatkan rawatan di Hospital Kudat pada hari sama, kemudian dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan disahkan positif H1N1 semalam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata lapan ahli keluarganya turut dikuarantin di rumah dan kes itu menyumbang kepada 14 kes baru wabak H1N1 yang dilaporkan di Malaysia hari ini, yang terdiri daripada 13 kes import dan satu kes jangkitan tempatan.


Katanya ini menjadikan jumlah terkumpul kes H1N1 sehingga jam 8 pagi ini berjumlah 105 kes iaitu 90 kes import dan 15 kes jangkitan tempatan.

Tiada kematian dilaporkan.


p.s~Berhati-hati dengan manusia disekitar anda...

1 ulasan:

~call me intan~ berkata...

warghhhh!!! tension btl!! cepat tul ni wabak merebak. sy rsa patut kasi beku dulu ba percutian p mana2 musim2 wabak melanda ni. ni sebok jua maw p melancong sna sini, pastu bw penyakit dgn org sekeliling.haisy!