05 November 2010

Happy Deepavali

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia dan selamat menyambut hari Deepavali buat rakan-rakan penganut agama Hindu di mana sahaja berada terutamanya mereka yang berada di Malaysia. Di kesempatan ini, saya mewakili rakan-rakan sekelas mengucapkan Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua rakan-rakan dan pensyarah kampus yang meraihkannya.

Bagi pengetahuan semua, perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya (Wikipedia).

04 November 2010

CONTOH RPH PSK

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KEMBANG KUNCUP, KENINGAU, SABAH.

Tarikh             :           19 Ogos 2010 (Selasa)
Masa              :           10.00 -11.00 Pagi (60 minit)
Tema              :           Tema 5: Malaysiaku Negaraku
Topik              :           Berbangga Dengan Identiti Negara
Subtopik        :           Keranamu Malaysia
Tahun             :           4 Salinatan
HP                  :           Di akhir pengajaran murid dapat:
1)    Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua langkah yang diambil untuk mengharumkan nama negara.

Isi Pelajaran                          :           Berbangga dengan identiti negara.
Penerapan Nilai Murni       :           Menghargai, menghormati, Menyayangi
Unsur-unsur Patriotisme    :           berbangga sebagai warganegara Malaysia.
Kemahiran Berfikir              :           Membanding beza
Pengetahuan Sedia ada    :           Mengetahui latar belakang negara Malaysia.

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP)
Bil
Sumber
Kuantiti
1.
Tayangan slaid (Power Point)
1
2.
Lagu “Keranamu Malaysia”
1

Langkah/ masa
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran & pembelajaran
Catatan
Penutup
(5 Minit)

Merumus isi pelajaran
1.   Guru meminta murid untuk mengulang isi pelajaran tentang langkah-langkah mengharumkan nama negara. 

2.   Guru mengarahkan seorang murid untuk merumuskan isi pelajaran.

3.   Guru mendengarkan lagu “Keranamu Malaysia” dan murid menyanyi bersama.
Nilai-nilai:
·         Menghargai
·         Berbangga

SPP:
·         Tayangan slaid