29 September 2010

Kembara Sosial

KEMBARA SOSIAL PROGRAM KELUARGA ANGKAT BINA INSAN GURU PISMP SEMESTER 4/FASA 4

TARIKH: 
1 OKTOBER 2010 & 3 OKTOBER 2010 (JUMAAT & AHAD) 

TEMPAT:
KG. MALIMA SOOK, KENINGAU, SABAH


ANJURAN:
PISMP PENGAJIAN SOSIAL & PISMP PRA SEKOLAH AMBILAN JANUARI 2009



1.   MATLAMAT

Program ini diadakan bagi memenuhi kehendak tugasan Bina Insan Guru (BIG) yang telah diamanahkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang berhasrat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan  Falsafah Pendidikan Guru dan nilai-nilai keguruan.

OBJEKTIF 
  • Melatih pelatih dalam kemahiran merancang, melaksana dan mengurus program atau aktiviti.
  • Melaksanakan sesuatu aktiviti berasaskan semangat berpasukan, amanah dan kesediaan berbakti.
  • Mengeratkan ikatan silaturahim antara pelatih dengan masyarakat di kampung tersebut.
  • Memberi peluang kepada para pelatih untuk mengenali dan mengetahui secara lebih dekat corak kehidupan kampung tersebut.
  • Menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.
  • Menjadi insan guru yang berilmu, beradab, berwatak, inovatif, kreatif dan berketrampilan.
  • Menimbulkan keinsafan dan tanggungjawab mulia sebagai insan guru.

SOALAN TUGASAN KKP WAJ3107

TUGASAN KERJA KURSUS –KKP
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
SENI DALAM PENDIDIKAN


Seni Dalam Pendidikan -  melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian,berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.


PENERANGAN TUGASAN:
TUGASAN 1 (Individu)
Bina satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi satu mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah (KBSR) atau pra sekolah dengan menghubungkaitkan unsur seni visual, muzik dan pergerakan dalam pengajaran tersebut.

   Rancangan Pengajaran yang disediakan hendaklah menggunakan mukataip Time New Roman atau Arial bersaiz 12.
   Sertakan huraian ringkas elemen seni visual, muzik dan pergerakan berdasarkan kesesuaiannya dengan mata pelajaran yang dipilih.
·         Muka depan tugasan anda perlu melengkapkan butiran berikut:

Nama:
No Mykad:
Kumpulan/Unit:
Tajuk:
Nama Pensyarah Pembimbing:
(Catatkan juga Kod Mata pelajaran WAJ3107)

27 September 2010

Tugasan Tutorial PSS3108

Sediakan catatan ringkas mengenai tajuk tugasan yang berkenaan dengan definisi/maksud, ciri-ciri dan contoh.

Pembahagian tajuk tugasan
1. Kemahiran sosial (Angie, Intan)
2. Memahami masyarakat (Wina, Ayin)
3. Sosialisasi politik (Piqa, Farah)
4. Sejarah negara (Za8, Ono)
5. sistem kerajaan, perundangan dan demokrasi (Vyan, Nina)
6. Kebebasan bersuara (Fontaine, Aznah)
7. Hak pekerja (Khay, Adilah)
8. Budaya (Oilan, Yati)
9. Agen perubahan (SPK, Lady)
10. Kawalan sosial & kontrak sosial (Bon, Firhan)

p.s~ pembentang pada minggu hadapan. 

23 September 2010

Jadual Ujian Akhir Kursus (UAK)

Semester 4/2010
Tarikh: 4 Oktober 2010 (Isnin)
Masa: 08.30 pagi - 10.00 pagi
Subjek: WAJ3107 Seni dalam Pendidikan
Tempat: Dewan Tan Seri Suffian Kuroh.

21 September 2010

5 prinsip Rukun Negara

5 Prinsip Rukun Negara
 Lima Prinsip Rukun Negara
Harus Menjadi Cara Hidup Kita
Bukan Sekadar Ikrar Sahaja
Sekali Sekala Dibaca Semata
Lima Prinsip Rukun Negara
Telah Menjadi Teras Perpaduan
Membentuk Satu Negara
Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa

Chorus: 
Amalkanlah Rukun Negara
Dalam Hidup Harian Kita
Tanpa Mengira Tua Muda
Mengekalkan Warisan Kita

Lima Prinsip Rukun Negara
Telah Menjadi Teras Perpaduan
Membentuk Satu Negara
Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa

Lima Prinsip Rukun Negara

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Itulah Lima Prinsip Rukun Negara

20 September 2010

Tidak disangka-sangka...

Hari ini hari pertama kembali berkuliah, bertemu dengan penduduk bumi Salinatan. Walaupun hari isnin ramai yang mengketegorikan hari yang agak membosankan, tapi tidak pada kami untuk hari ini... ya, sebab ada perkara yang mengembirakan. Antaranya... kami dapat ole-ole dari Kelantan, ketupat palas sebiji tuk seorang (kecuali Fiqa yang belum kembali ke bumi Salinatan) dari Tn. Hj. Yaacob pensyarah subjek PSS3108 kami. Memang mengembirakan hati sampai tak sempat mau ambil gambar rupa sebenar, cuma sempat ambil gambar daunya saja, isinya sudah habis di makan. Apa-apa pun memang sedap dan terima kasih cikgu, kalau ada bawa lagi yaaa... hehehee~
Daun ketupat palas & bekasnya... memang sedap 
Kegembiraan kedua yang tidak disangka-sangka dan dibawa oleh Mr. Lee Myong Rong... Jeng jeng jeng....
Yaaaa... hahahhaa~~~ macam bermimpi pula bila tengok sijil ni, tapi memang betul-betul wujud sebab saya sudah tengok dengan mata kepala saya sendiri semasa mengembalikan buku di perpustakaan petang tadi. Macam mana kami boleh dapat kami sendiri tidak pasti, memang diluar jangkaan. Tapi yang ketara, memang hampir seluruh penduduk bumi Salinatan meminjam buku teks dan buku-buku lain untuk siapkan tugasan. Tahiah ya geng... Nanti kita framekan sijil ne dan gantung di kelas...

Selamat menyiapkan tugasan buat semua yang tengah sibuk membuat tugasan. Tugasan, tugasan juga, makan jangan dilupa yaaa... 

16 September 2010

16 SEPTEMBER






16 Setember
Tarikh paling bermakna buat seluruh penduduk Borneo Utara (Sabah), Sarawak, Brunei dan Semenanjung Tanah Melaju.
Hari sebuah negara baru ditubuhkan
Hari kita mengecapi kebebasan
Hari kita merasai pentadbiran dengan kerajaan sendiri
Hari pengabungan menghasilkan nama MALAYSIA.

Ketahui sejarah dan hargai kemerdekaan.

 

14 September 2010

Salam Aidilfitri

Tangan dihulur tak kesampaian...
Senyuman ku ukir tidak kelihatan...
Salam ku kirim tanda ingatan...
Di aidilfitri kita bermaafan...
Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir & Batin

03 September 2010

Salam merdeka ke-53

Merdeka!!!
31 Ogos 1957
Tarikh keramat
Hari Tanah Melayu bebas dari cengkaman penjajah
Kebebasan yang dikecapi ini haruslah kita jaga agar ia terus berkekalan sampai bila-bila.