22 Julai 2010
20 Julai 2010
Projek Kewarganegaraan PSS3108
Selamat menjalankan tugas dan semoga kertas cadangan projek kita akan diluluskan tanpa sebarang bantahan. Marilah kita sama-sama mendoakannya agar semuanyA berjalan dengan lancar.
17 Julai 2010
Tahniah!!
KKBI PJM3110
Kursus Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani bermatlamat melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan tentang tunjang-tunjang pembelajaran dalam Sukatan Pelajaran PJ Sekolah Rendah dan kemahiran untuk merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang Iebih saintifik, efektif dan efesien mengikut strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran PJ.
Sehubungan dengan itu, pelajar dikehendaki menyediakan SATU FOLIO yang mengandungi maklumat tentang teori pembelajaran dan pedagogi PJ, Rancangan Pengajaran Harian PJ untuk murid-murid Tahap Satu dan melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian secara pengajaran mikro.
Bagi melaksanakan tugasan ini, anda dikehendaki;
ii. Merumuskan dapatan maklumat dengan ringkas dan padat yang berkaitan dengan teori-teori pembelajaran, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
iii. Menyediakan satu Rancangan Pengajaran Semester/Mingguan dan Harian yang Iengkap dan merangkumi maklumat pelajar, maklumat pelajaran, objektif pengajaran dan pembelajaran, strategi (kaedah dan teknik) pengajaran dan pembelajaran yang digunakan, Bahan Bantu Mengajar, Nilai, KBKK, penggabungjalinan dan penyerapan dengan Iengkap dan sistematik.
iv. Merakam (Video) pelaksanaan sesi pengajaran mikro mengikut RPH yang disediakan.
v. Semua Bahan Bantu Mengajar yang digunakan hendaklah dilampirkan.
vi. Membuat refleksi terhadap penyediaan tugasan ini.
Arahan tugasan:
1. Tugasan hendaklah dibuat secara INDIVIDU dan disiapkan dalam tempoh LAPAN (8) MINGGU.
2. Tulisan jenis Arial font 12, Iangkau satu setengah baris dalam sepuluh (10) hingga lima belas (15) muka surat sahaja.
3. Sumber atau bahan rujukan perlu dinyatakan mengikut format yang ditentukan (contoh: APA)
4. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai (Lampiran).
5. Tugasan hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy selewat-lewatnya pada 20/09/2010.
6. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan makiumat berikut:
· NAMA PELAJAR
· ANGKA GILIRAN
· NO.K.P
· KUMPULAN /UNIT
· KOD DAN NAMA MATA PELAJARAN
· NAMA PENSYARAH PEMBIMBING: ENCIK JAIS BIN SIARUS
14 Julai 2010
Perkhemahan Unit Beruniform
09 Julai 2010
KKP Teknologi Dalam Pengajaran & Pembelajaran
1. Portfolio Pelajar – 20 % markah
- Nota-nota ringkas kuliah dan artikel
- Bahan-bahan edaran kursus daripada pensyarah
- Bahan-bahan hasil pembentangan semasa aktiviti tutorial
- Bahan-bahan hasil kerja-kerja amali
- Sumber rujukan lain berkenaan kursus
- Struktur Portfolio
- Refleksi individu
2. Projek akhir :Persembahan elektronik dengan mengabungjalin kemahiran teknologi pembelajaran dan pengajaran yang telah dipelajari. (40 % markah)
- Pelajar membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang didalamnya dimuatkan persembahan elektronik selama 15-20 minit.
- Di dalam persembahan elektronik, dimuatkan foto pegun, video klip dan audio.
- Pelajar membuat persembahan kepada kelas