25 April 2010

Jasamu dikenang

Sambutan Jubli Perak Kampus Keningau telapun berakhir dua hari yang lalu. Sepanjang sambutan ini, penduduk bumi Salinatan begitu sibuk dalam membantu menjayakan majlis ini. Buktinya, keseluruhan penduduk tersenarai dalam AJK yang begitu mecabar termasuklah AJK Jamuan, AJK Teknikal dan AJK Protokol. Tidak dilupakan juga dengan penglibatan penduduk bumi Salinatan dalam menganjurkan pertandingan permainan tradisional Terompah Gergasi. Pihak pengelola utama pertandingan turut merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama kita itu.

Penduduk juga tidak melepaskan peluang untuk mengaut keuntungan melalui gerai-gerai jualan yang dibuka khas sempena sambutan ini.


Dengan adanya majlis sebegini diharapkan dapat memberikan peluang kepada semua guru pelatih untuk belajar mengenai pengrusan dan pembentukan peribadi yang cemerlang.

Tiada ulasan: