03 Mac 2009

Salam dari Moderator

Walaupun sudah beberapa hari kita menyelesaikan misi BIG fasa pertama kita... Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat kembali ke IPGM kampus Keningau dan selamat menyiapkan segala tugasan yang telah di tinggalkan selama 4 hari dan 3 malam demi untuk menjayakan misi BIG kita itu... Saya selaku moderator blog ini ingin memohon maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog ini dengan berita-berita serta gambar-gambar terbaharu yang ada dalam simpanan disebabkan oleh beberapa kekangan termasuklah keadaan internet yang lembab (sejak kebelakangan ini), sibuk menyiapkan tugasan serta persediaan untuk menyertai pemilihan KAGUM.

Kepada submoderator yang lain, kiranya kamu mempunyai gambar-gambar atau cerita-cerita menarik mengenai misi BIG kita di Binsuluk Nature Resort bolehlah hantarkan ke blog kita yang tersayang ini...
p.s~Ini saja lah gambar yang saya sempat hantarkan dengan tahap kelajuan internet sekarang.

2 ulasan:

Rezz Fukumoto berkata...

wah nampak nya ada jua belangkas kat binsuluk. boleh la nie buat final year prijek kat sana.. huhu

~ComeLan~ berkata...

ya.. kami pun tidak sangka ada belangkas di binsuluk... tapi di sana memang banyak hidupan laut... kira beruntung jua lah kami sebab berpeluang tengok belangkas tu depan-depan mata...