28 Jun 2011

Subjek Semester 6/Tahun 4

PSS3107 Nilai & Etika dalam Pengajian Sosial
PSS3112 Pertumbuhan & Pembangunan Ekonomi
BMM3103 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
PRK3102 Praktikum fasa II (major + elektif 1)
WAJ3113 Kokurikulum - Persatuan
WAJ3114 Bina Insan Guru fasa VI

Tahun 4, Semester 6

Admin memohon kemaafan kerana blog ini telah lama ditinggalkan tanpa dikemaskini disebabkan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. 

Di awal semester 6 ini, belum terlambat rasanya untuk admin mengucapkan selamat kembali ke kampus IPG masing-masing dan selamat menjalani kuliah kepada semua rakan guru pelatih di seluruh Malaysia. Bagi rakan pelatih semester 6 yang bakal menjalani praktikum pada minggu depan, selamat berpraktikum admin ucapkan dan semoga kita semua dapat menempuhi 8 minggu ini dengan cemerlang. Bagi abang dan kakak senior semester 8, selamat menyiapkan pembentangan kajian tindikan anda, kami juga bakal menyusul jejak anda semester depan. Bagi adik-adik junior pula (terutama pelatih baharu), selamat berkuliah dan sesuaikanlah diri dengan budaya IPG dan dalamilah profesion perguruan. 

Buat rakan-rakan Salinatan, Marilah kita harungi 3 semester terakhir ini dengan hati yang lapang, tabah, gembira dan kekalkan jalinan kekeluargaan kita ini. Admin mendoakan semoga semua yang kita telah rancang akan tercapai. walaupun bukan dalam masa ini, mungkin dalam jangka masa panjang. Love all of you. 

Selamat berkuliah dan selamat berpraktikum.