22 Julai 2010

BMM 3117

Pendekatan dan strategi pengajaran [kilk]

20 Julai 2010

Projek Kewarganegaraan PSS3108

PISMP Pengajian Sosial Ambilan Januari 2009 akan menlaksanakan satu projek kewarganegaraan seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran PSS3108 Pengajian Sosial Sekolah Rendah. Projek ini dijalankan berpandukan kepada tema Kenali Budaya yang terdapat dalam buku Teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun 4. Projek ini mengkehendaki guru pelatih untuk menghuraikan "Budaya Masyarakat Kadazan di Negeri Sabah". Projek ini dijangka akan dilaksanakan pada 7 & 8 Ogos 2009 (Sabtu & Ahad), bertempat di Monsopiad Cultural Village dan Muzium Negeri Sabah.





Selamat menjalankan tugas dan semoga kertas cadangan projek kita akan diluluskan tanpa sebarang bantahan. Marilah kita sama-sama mendoakannya agar semuanyA berjalan dengan lancar.

17 Julai 2010

Tahniah!!

Tahniah diucapkan kepada semua guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2009 kerana telah berjaya menamatkan Perkhemahan Kursus Kejurulatihan UBF tahun 2010.


Persatuan Pengakap KLM32


Persatuan Pandu Puteri Kadet


Persatuan BSMM


Persatuan KRS

Semoga kita akan menjadi bakal guru yang terlatih dan berkualiti. Sepakat dan kolektif menjulang kecemerlangan.

KKBI PJM3110

Kursus Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani bermatlamat melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan tentang tunjang-tunjang pembelajaran dalam Sukatan Pelajaran PJ Sekolah Rendah dan kemahiran untuk merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang Iebih saintifik, efektif dan efesien mengikut strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran PJ.


Sehubungan dengan itu, pelajar dikehendaki menyediakan SATU FOLIO yang mengandungi maklumat tentang teori pembelajaran dan pedagogi PJ, Rancangan Pengajaran Harian PJ untuk murid-murid Tahap Satu dan melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian secara pengajaran mikro.


Bagi melaksanakan tugasan ini, anda dikehendaki;

i. Mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan teori-teori pembelajaran, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang sesuai.
ii. Merumuskan dapatan maklumat dengan ringkas dan padat yang berkaitan dengan teori-teori pembelajaran, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
iii. Menyediakan satu Rancangan Pengajaran Semester/Mingguan dan Harian yang Iengkap dan merangkumi maklumat pelajar, maklumat pelajaran, objektif pengajaran dan pembelajaran, strategi (kaedah dan teknik) pengajaran dan pembelajaran yang digunakan, Bahan Bantu Mengajar, Nilai, KBKK, penggabungjalinan dan penyerapan dengan Iengkap dan sistematik.
iv. Merakam (Video) pelaksanaan sesi pengajaran mikro mengikut RPH yang disediakan.
v. Semua Bahan Bantu Mengajar yang digunakan hendaklah dilampirkan.
vi. Membuat refleksi terhadap penyediaan tugasan ini.

Arahan tugasan:

1. Tugasan hendaklah dibuat secara INDIVIDU dan disiapkan dalam tempoh LAPAN (8) MINGGU.

2. Tulisan jenis Arial font 12, Iangkau satu setengah baris dalam sepuluh (10) hingga lima belas (15) muka surat sahaja.

3. Sumber atau bahan rujukan perlu dinyatakan mengikut format yang ditentukan (contoh: APA)

4. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai (Lampiran).

5. Tugasan hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy selewat-lewatnya pada 20/09/2010.

6. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan makiumat berikut:

· NAMA PELAJAR

· ANGKA GILIRAN

· NO.K.P

· KUMPULAN /UNIT

· KOD DAN NAMA MATA PELAJARAN

· NAMA PENSYARAH PEMBIMBING: ENCIK JAIS BIN SIARUS

14 Julai 2010

Perkhemahan Unit Beruniform

PISMP Ambilan Januari 2009 IPG Kampus Keningau seramai 80 orang guru pelatih yang terdiri daripada 4 unit beruniform akan menyertai Perkhemahan Kursus Kejurulatihan UBF. Kursus akan bermula pada 14 Julai 2010 sehingga 16 Julai 2010 (3 hari 2 malam). Admin mengucapkan selamat berkhemah dan selamat berkursus kepada semua rakan-rakan. Harungilah segala cabaran yang mendatang dengan hati terbuka dan selesaikan masalah dengan fikiran yang waras.

IPG Berwajah Baru

Bermula pada 1 Jun 2010, Institut Pendidikan Guru dengan rasminya telah mempunyai struktur pentadbirannya sendiri. Penyeragaman pertama yang dilakukan adalah pada logo dan lagu rasmi IPG. Logo ini telah mula digunakan pada tarikh 1 Jun 2010.

Logo IPG




Penerangan Logo IPG

09 Julai 2010

KKP Teknologi Dalam Pengajaran & Pembelajaran

1. Portfolio Pelajar – 20 % markah

  • Nota-nota ringkas kuliah dan artikel
  • Bahan-bahan edaran kursus daripada pensyarah
  • Bahan-bahan hasil pembentangan semasa aktiviti tutorial
  • Bahan-bahan hasil kerja-kerja amali
  • Sumber rujukan lain berkenaan kursus
  • Struktur Portfolio
  • Refleksi individu

2. Projek akhir :Persembahan elektronik dengan mengabungjalin kemahiran teknologi pembelajaran dan pengajaran yang telah dipelajari. (40 % markah)

  • Pelajar membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang didalamnya dimuatkan persembahan elektronik selama 15-20 minit.
  • Di dalam persembahan elektronik, dimuatkan foto pegun, video klip dan audio.
  • Pelajar membuat persembahan kepada kelas